Orang Melayu Bugis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Melayu Bugis ialah masyarakat Melayu berketurunan Bugis yang terdapat di Semenanjung Malaysia seperti di Johor dan tertumpu di kawasan Pekan, Pahang dan juga di kawasan Kuala Selangor dan kuala Linggi di Negeri Sembilan. Terdapat juga Melayu-Bugis di Sulawesi Selatan. Mereka juga dikenali sebagai Peranakan-Bugis.

Walau bagaimanapun masyarakat Melayu Bugis ini berbeza dengan suku Bugis asli yang terdapat di Sulawesi Selatan. Ini kerana Melayu Bugis ialah hasil perkahwinan campur antara lelaki Bugis yang merantau ke Tanah Melayu sejak ratusan tahun dahulu dengan gadis Melayu tempatan. Manakala suku Bugis asli di Sulawesi Selatan masih pekat dengan pertuturan Bahasa Bugis, adat resam dan tradisi Bugis yang sangat berbeza dengan adat Melayu selain dari mengamalkan budaya hidup Indonesia. Antara mereka juga telah terputus hubungan sejak ratusan tahun. Yang ada persamaan, hanyalah dari segi warisan makanan dan seni tarian yang masih dikekalkan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]