PSIKO: Pencuri Hati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari PSIKO : Pencuri Hati)
PSIKO: Pencuri Hati
PengarahNam Ron[1]
PenulisAmin Shakib
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiHelmizan Jepon
Disunting olehHafeez Mohd Noor
Muzik olehShamsul Cairel
Diedarkan olehAlternate Pictures
Tarikh tayangan
  • 5 September 2013 (2013-09-05) (Malaysia)
Masa tayangan
94 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.07 juta
Pecah panggungRM 0.11 juta

PSIKO: Pencuri Hati merupakan sebuah filem seram ngeri Malaysia 2013 arahan Nam Ron dan dibintangi oleh Bront Palarae, Syed Hussein Syed Mustafa, Sharifah Amani, Amerul Affendi, Shera Aiyob dan Julia Ziegler. Filem ini mengisahkan mengenai Sidi (Bront Palarae) yang merupakan seorang penulis novel. Untuk memantapkan lagi karyanya, Sidi menyelidiki seorang pembunuh bersiri. Kemunculan Wani (Sharifah Amani) yang bertemu dengan Sidi di sebuah pulau telah berakhir dengan tragedi. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 5 September 2013. Filem ini telah memenangi dua anugerah dalam Anugerah Skrin 2014.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Seorang penulis novel bernama O.Sidi (Bront Palarae) yang menggemari subjek seram ngeri dalam setiap karyanya.Akibat terlampau obses, jiwanya menjadi kacau dan dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan novel terbaru berjudul ‘Mangsa’.

Dalam pada Sidi menyiapkan novel tersebut, secara kebetulan ibu kota digemparkan dengan insiden pembunuhan bersiri yang sangat kejam di mana pembunuh tersebut merobek dan mengambil hati setiap mangsa.Bagaikan orang mengantuk disorong bantal, Sidi mengambil kesempatan mengkaji kes pembunuhan tersebut dengan lebih mendalam untuk memuatkan kisah benar di dalam bab terakhir novel Mangsa.

Namun begitu, Sidi yang turut menghidap penyakit Obsessive Compulsion Disorder (OCD) semakin dihantui oleh ketakutannya sendiri sehingga mengubahnya menjadi seorang yang psiko. Disebabkan tekanan yang melampau, rakan Sidi, Man (Amerul Affendi) telah mengajaknya bercuti ke sebuah pulau untuk mencari ilham dan menenangkan fikiran.

Takdir pula menemukan Sidi dengan sepasang suami isteri, Dr Khai (Sein Ruffedge) dan Wani (Sharifah Amani) yang sedang mengalami pergolakan rumah tangga.Tanpa disangka, hubungan Sidi dan Wani menjadi rapat apabila Wani mendapat tahu bahawa Sidi adalah penulis novel thriller kegemarannya.[2]

Suami mana yang tidak cemburu melihat isteri sendiri menjauhkan diri darinya namun mendekati lelaki lain? Disebabkan itu, Dr. Khai telah menyimpan dendam dan bertindak memarahi Wani.Tidak berapa lama selepas itu, kesemua mereka dikejutkan dengan berita kematian isteri pemilik resort tempat mereka menginap. Dr. Khai yang menyimpan dendam terhadap Sidi telah menuduh penulis novel tersebut membunuh Siti dan entah mengapa Sidi tidak mampu menafikannya...[3]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

PSIKO: Pencuri Hati diarahkan oleh Namron dengan skrip ditulis oleh Amin Shakib. Ia merupakan filem ketiga arahannya dan yang pertama dalam tempoh 4 tahun selepas filem Gadoh yang dikeluarkan pada 2009.

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

PSIKO: Pencuri Hati dikeluarkan pada 5 September 2013. Rata-rata pengkritik memberikan kritikan yang positif terhadap filem ini. Farhana Abd Rahman dari portal hiburan Gua.com.my dan portal hiburan Tupai.com.my memberi filem ini 4 bintang dari 5 dengan memuji pengarahan Nam Ron serta persembahan lakonan.[4]Bissme S. dari The Sun Daily turut senada dengan Farhana Abd Rahman.[5][6] Pengarahan Nam Ron turut disentuh oleh Hassan Mutalib dari portal hiburan Dailyseni.com dengan kemampuan beliau menggunakan sinematografi, muzik dan editing untuk menjadikan filem ini lebih hebat berbanding filem tempatan yang lain. Portal perfileman thoughtsonfilms.com pula mengatakan "filem ini menceritakan sebuah kisah yang bagus dalam cara penyampaian yang bagus."[7][8] Faten Saphilia dari KOSMO! memuji mutu arahan, sinematografi dan mutu lakonan filem ini.[9]Filem ini mendapat rating 5.7 per 10 dalam portal perfileman IMDb.[10]

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Sharifah Amani mengangkat trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2014
Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Lelaki Terbaik Syed Hussein Syed Mustafa Tercalon
Bront Palarae Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Sharifah Amani Tercalon
Cerita Asal Terbaik Amin Shakib Tercalon
Pengarah Harapan Terbaik Nam Ron Tercalon
Anugerah Skrin 2014 Pelakon Lelaki Terbaik Bront Palarae Menang
Pelakon Wanita Terbaik Filem Sharifah Amani Menang
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014[11][12] Filem Terbaik Khairul Anuar Latip, Ken S. Yap, Shamsul Cairel Tercalon
Pengarah Terbaik Nam Ron Tercalon
Pelakon Lelaki Terbaik Bront Palarae Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Sharifah Amani Tercalon
Lakon Layar Terbaik Nam Ron, Fared Ayam, Amin Shakib Menang
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Syed Hussein Syed Mustafa Menang
Amerul Affendi Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PSIKO : Pencuri Hati - Cinema Malaysia.
  2. ^ Psiko Pencuri Hati bukan filem biasa. Sinar Harian, NUREZZATUL AQMAR MUSTAZA
  3. ^ Psiko Pencuri Hati - The Star.
  4. ^ Ulasan "Psiko: Pencuri Hati"[pautan mati kekal]
  5. ^ Eddie Anggap Masalah Komunikasi Punca Perceraian
  6. ^ (Review) Psiko, Pencuri Hati
  7. ^ SHADOWS AND DUST – PSIKO: PENCURI HATI
  8. ^ Nam Ron's Psiko Pencuri Hati: Form Over Content
  9. ^ Misteri pembunuh psiko
  10. ^ Psiko: Pencuri Hati (Thief of Heart) (2013) imdb
  11. ^ "Perca Kata Kritik Filem". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2014-11-11.
  12. ^ Senarai Penuh Pemenang Majlis Pengkritik Filem Malaysia

Pautan luar[sunting | sunting sumber]