Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sharifah Amani)
Lompat ke: pandu arah, cari
Sharifah Amani
Sharifah Amani Menang Anugerah Skrin 2014.jpg
Sharifah Amani mengangkat trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Anugerah Skrin 2014
Kelahiran Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya.
(1986-06-10) 10 Jun 1986 (umur 31)
Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara  Malaysia
Nama lain Sharifah Amani, Nani
Pekerjaan Pelakon
Tahun aktif 2004-kini
Saudara Sharifah Aleya (kakak)

Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Sharifah Amani merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Amani lahir pada 10 Jun 1986 di Petaling Jaya, Selangor. Amani anak kepada pasangan Syed Zainal Rashid Al-Yahya dan Fatimah Abu Bakar. Dia anak kedua dari empat beradik yang kesemuanya perempuan. Mereka adalah Sharifah Aleya, Sharifah Amani, Sharifah Aleysha, dan Sharifah Aryana. Beliau mewarisi darah kacukan Arab, Cina dan India.[perlu rujukan]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Amani pernah bergelar Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Sepet pada Festival Filem Malaysia ke-18 (FFM18). Amani atau lebih mesra sebagai Nani dinobatkan pula sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Gubra. Sepet dan Gubra adalah arahan Yasmin Ahmad. Pada majlis ini juga tercetusnya kata-kata "It sound stupid when I speak in Malay" ketika dia hendak memberi ucapan setelah memenangi anugerah ini. 'Publicity Stunt' ini mendapat liputan yang meluas sehingga mengundang komen-komen orang-orang kenamaan tertutamanya Menteri Kebudayaan, Dato' Seri Utama Rais Yatim sehingga menggelarkan dirinya amat kurang ajar. Namun, selang beberapa hari selepas insidennya itu, Sharifah Amani telah memohon maaf terhadap ketelanjuran kata-katanya. Namun, disebalik kontroversi tersebut beliau sebenarnya mencipta rekod sebagai pemenang termuda untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM) kerana memenanginya ketika berusia 20 tahun, menewaskan rekod Erma Fatima(22 Tahun).

Pada tahun 2007, sekali lagi nama Amani mencetuskan kontroversi. Kali ini beliau dikecam apabila mengambil keputusan untuk membotakkan kepala bagi menenuhi tuntutan watak Rohani dalam filem Muallaf arahan Yasmin. Menerusi filem tersebut, Rohani digambarkan menjadi mangsa penderaan bapanya yang pemabuk dan mencukur rambut Rohani sehingga luka. Pelbagai pihak termasuk Majlis Agama Islam turut menegur keputusan Amani untuk melakonkan babak itu.

Tahun 2010 ketika berlangsungnya acara Anugerah Skrin 2010 pada 24 Disember, Amani menerima anugerah untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik Filem yang mana ketika naik ke pentas menerima anugerah, penyampai anugerah Seniman Aziz Sattar, aktres Erra Fazira dan Eja bergurau mengenai pakaian artis yang menjolok mata. Amani ketika itu menggayakan gaun malam fesyen kemban berwarna putih dan kainnya belah paras lutut. Keesokkan harinya, di dada dada akhbar Rais Yatim mengegur cara berpakaian setiap artis yang hadir. Sehubungan dengan itu Kumpulan Media Prima Berhad digesa supaya membuat penilaian semula berhubung etika berpakaian dalam majlis anugerah anjurannya berikutan kekecewaan beberapa pihak mengenai artis wanita berpakaian tidak sopan dan seksi. Biarpun bukan Amani seorang yang berpakaian seksi, namun nama beliau tetap terpalit kontroversi.

Namun dalam acara tersebut Amani muncul cemerlang apabila dua buah produksi lakonannya iaitu filem Muallaf dan drama TV Antara Garisan meraih anugerah Filem Terbaik dan Drama Terbaik. Amani berucap ketika mewakili produksi Muallaf menyeru penggiat seni dan peminat agar menghargai insan seni yang masih aktif berkarya semasa hayat masih ada. Beliau berkata demikian untuk merujuk kepada penghargaan yang diterima oleh pengarah filem Yasmin Ahmad setelah kematiannya.

Populariti & Ke Peringkat Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Seiring populariti dan bakatnya, Amani sudahpun 4 kali tercalon untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia dimana beliau telah menenanginya sekali, menerusi filem Gubra. Amani juga dicalonkan untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular (ABPBH) pada tahun 2005, 2007, 2008 dan 2009.

Pada tahun 2009, Amani mengorak langkah apabila menceburkan diri di belakang tabir. Beliau menjadi Penolong Pengarah untuk filem Talentime dan juga Penolong Pengarah Lagak Ngeri untuk filem Merong Mahawangsa. Beliau juga kini sedang mengembangkan sayap ke United Kingdom apabila dilamar pihak pengurusan bakat di sana.

Pada tahun 2010 ketika berlangsungnya Festival Filem Asia Pasifik ke 54, Amani telah dicalonkan untuk kategori Aktres Terbaik menerusi filem Muallaf namun tewas kepada aktres veteran Filipina, Anita Linda. Amani merupakan aktres Malaysia termuda yang pernah dicalonkan untuk kategori tersebut sebaris dengan bekas pemenang seperti Tiara Jacquelina & Maya Karin serta aktres-aktres yang pernah dicalonkan dalam anugerah tersebut seperti Zaiton, Saadiah Baharom, Azean Irdawaty, Rubiah Suparman, Michelle Yeoh, Vanidah Imran, Lee Sinje, Umie Aida & Janet Khoo.

Kerjaya Lain[sunting | sunting sumber]

Sebelum popular dengan filem Sepet, Amani terlebih dahulu menghiasi kaca televisyen sebagai pengacara TV. Beliau mengacarakan program Salaam Bollywood pada tahun 2004 dan 2005.

Beliau juga menjadi pengacara di dalam rancangan muzikal, Latido di TV9 pada tahun 2006 hingga 2007. Sebelum itu pada tahun 2005, beliau bergandingan bersama kakaknya, Aleya mengacarakan program talk-show Selamba Serius.

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Filem & Pengarah Peranan Nota
1992 Selubung Kanak-kanak Palestin * Pelakon kanak-kanak
2000 Mimpi Moon Kanak-kanak * Pelakon kanak-kanak
2005 Sepet
International Title: The Chinese Eye
Orked Atan
  • (Menang) Aktres Harapan Festival Filem Malaysia ke 18.
Gol & Gincu Najihah Hafizam aka Jiji
2006 Gubra
International Title: Anxiety
Orked Atan
  • (Menang) Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke 19.
Possessed Fara
Cinta Arianna
  • (Pencalonan) Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke 20.
2007 Puaka Tebing Biru Atilia
Mukhsin Orked Atan Penampilan khas
1957: Hati Malaya Ani / Aishah
2008 Punggok Rindukan Bulan Riza
Selamat Pagi Cinta Suci
Cicakman 2 - Planet Hitam Iman
2009 Sayang Mia
  • (Pencalonan) Aktres Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22.
Mualaf
International Title: The Convert
Rohani
  • Aktres Terbaik - Anugerah Skrin 2010
  • (Pencalonan) Aktres Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-54
2010 Magika Bawang Putih
Appalam Siti
2011 The Hunter
  • Bjarne Wong
2012 Pontianak Vs. Orang Minyak Maria Ogawa
2013 Kolumpo (filem) Siti Nur Hayy
PSIKO : Pencuri Hati Wani
  • (Pencalonan) Aktres Terbaik Festival Filem Malaysian Ke 26
  • Aktres Terbaik Anugerah Skrin 2014
2014 Terbaik Dari Langit Sara
2016 Pekak (filem) Dara
2017 Sindiket TBA

Krew Filem[sunting | sunting sumber]

Krew Filem
Tahun Filem Peranan Nota
2009 Talentime Penolong Pengarah Pengarah filem ini memenangi anugerah Pengarah Terbaik FFM 22.
2010 Sangkar
  • Sharifah Amani
Pengarah Filem ini merupakan sebuah filem pendek
2011 Merong Mahawangsa Penolong Pengarah Lagak Ngeri Filem ini merupakan filem Malaysia berbajet kedua paling tinggi (RM 8 juta)

Televisyen[sunting | sunting sumber]

TV
Tahun Siri TV Peranan Nota
2006 Gol & Gincu Najihah Hafizam Penampilan khas 1 episod.
2007 Emil Emilda Emilda
2008 Sindarella Zoela
2009 Rona Roni Makaroni Rona
2010 Tiramisu
  • Faisal Ishak
  • 25 Episod
Melur
  • Hero : Pierre Andre
2011 Cita & Cinta
  • Asma Aizal Yusoff
  • 25 Episod
Zalia
  • Hero : Keifli Idir & Beto Khushairi
2015 Ajaibnya Cinta Hammara
2016 Cinta 100 KG Wati
TV
Tahun Filem Televisyen Peranan Saluran Nota
2009 Antara Garisan
  • Shahrulezad Mohamedin
  • Hero: Ungku Ismail Aziz
Astro Prima
2010 Dalil Cinta Nisa Slot: Cerekarama, TV3 (Pencalonan) Aktres Terbaik - Drama - Anugerah Skrin 2010
Karma Salina Tia Slot: Cerekarama, TV3
2011 Kashaf Imani
  • Azma Aizal Yusof
Nisa
  • Hero: Beto Khushairi
Slot: Astro Prima
La Ikro Hafiddin Nurlisa Slot: Astro Prima
2012 Fatihah Untuk Abah Fatihah TV3
2014 Nostalgila Zett Astro First Eksklusif
Saloma: Pandang Kasih Siput Sarawak
2016 Fatin Fatin TV3
  • (Pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik (Drama) - Anugerah Skrin 2016

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Silky Girl

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2005 Artis Baru Wanita Popular Dicalonkan
Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2007 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2008 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
2009 Pelakon Filem Wanita Popular Dicalonkan
Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2005 (FFM 18) Sepet Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Pelakon Harapan Wanita Menang
2006 (FFM 19) Gubra Pelakon Wanita Terbaik Menang
2007 (FFM 20) Cinta Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
2009 (FFM 22) Sayang, You Can Dance Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
2014 (FFM 26) Psiko Pencuri Hati Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan
Anugerah Skrin
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2005 Sepet Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Dicalonkan
2010 Muallaf Menang
Dalil Cinta Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Dicalonkan
2014 Psiko Pencuri Hati Pelakon Wanita Terbaik (Filem) Menang
2016 Fatin Pelakon Wanita Terbaik (Drama) Dicalonkan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]