Pasukan siber

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Pasukan siber ialah satu cabang tentera yang dikhususkan untuk peperangan siber, keselamatan siber, dan anti peperangan siber. Tanggungjawabnya juga termasuklah operasi memerangi keganasan siber[1] dan menubuhkan peluncuran kuasa siber.[2] Pasukan siber boleh menjadi sebahagian daripada cabang tentera atau markas gabungan. Pada masa ini, ia tiada definisi rasmi walaupun Kamus Ketenteraan dan istilah berkaitan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat memberikan konsep relevan yang menunjukkan pasukan siber boleh ditubuhkan oleh anggota yang menjalankan operasi ruang siber dan aktiviti-aktiviti termasuk rangkaian pengendalian komputer (dan tiga konsep bawahannya, iaitu serangan, pertahanan, dan eksploitasi), dan operasi harian dan pertahanan ruang siber.[3]

Dari sudut perspektif undang-undang antarabangsa, penggunaan pasukan siber atau sebuah pasukan bersenjata dalam pengertian teknikal semasa konflik siber boleh dibentuk di bawah kerangka pertahanan diri seperti yang ditetapkan dalam Perkara 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[4]

Angkatan siber terkini dan pemerintahan siber tentera[sunting | sunting sumber]

Kini terdapat angkatan siber di beberapa buah negara seperti kes Angkatan Pertahanan Siber Norway. Salah satu aktivitinya melibatkan kejadian pada tahun 2017 apabila ia mengumumkan tindak balasnya terhadap serangan siber yang dilakukan oleh "Fancy Bear", iaitu kumpulan pengintip siber yang dikaitkan dengan kepentingan Rusia.[5] Angkatan siber yang baru ditubuhkan termasuklah Markas Pertahanan Siber (DCC) Kementerian Pertahanan Belanda. Komandan pertamanya, Brig. Jen. Hans Folmer, menggariskan matlamat cabang dan bagaimana keupayaan siber membentuk bahagian integral bagi tindakan ketenteraan Belanda dalam satu artikel yang dipanggil "Markas Pertahanan Siber: Cabang Baru bagi Angkatan Pertahanan".[6]

Senarai berikut menggariskan angkatan siber terkini yang beroperasi di seluruh dunia:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Broadurst, Rod; Grabosky, Peter (2005). Cyber-Crime: The Challenge in Asia. Hong Kong: Hong Kong University Press. m/s. 175. ISBN 9622097359.
  2. ^ Koch, Robert; Rodosek, Gabi (2016). ECCWS2016-Proceedings of the 15th European Conference on Cyber Warfare and Security. Reading, UK: Academic Conferences and Publishing Ltd. m/s. 191. ISBN 9781910810934.
  3. ^ Paul, Christopher; Porche III, Isac; Axelband, Elliot (2014). The Other Quiet Professionals: Lessons for Future Cyber Forces from the Evolution of Special Forces. Santa Monica, CA: Rand Corporation. m/s. 24. ISBN 9780833059734.
  4. ^ Information Resources Management Association (2018). Cyber Security and Threats: Concepts, Methodologies, Tools, and Applications: Concepts, Methodologies, Tools, and Applications. Hershey, PA: IGI Global. m/s. 1565. ISBN 9781522556343.
  5. ^ "'Fancy Bear' also growls at Norway". www.newsinenglish.no (dalam bahasa Inggeris). January 16, 2017. Dicapai pada 2018-10-11.
  6. ^ Stover, Steven (May 23, 2017). "Partnership between Dutch and Army Cyber Brigade Benefits Both Nations". www.army.mil (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-10-11.