Pegawai Waran II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pegawai Waran II ialah pangkat kedua tertinggi perkhidmatan Lain-Lain Pangkat dalam Tentera Darat Malaysia. Tarafnya di antara Staf Sarjan dan Pegawai Waran I. Ia setaraf dengan Pegawai Waran Udara II dalam Tentera Udara DiRaja Malaysia dan Pegawai Waran II dalam Tentera Laut DiRaja Malaysia. Seperti kedudukan pangkat dalam ATM, pangkat Pegawai Waran II juga dikenali sebagai Bintara dan diklasifikasi Pegawai Tidak Tauliah Kanan dalam kelasnya. Kedudukan pangkat beliau sebagai Penyelia Kanan ialah dimana beliau akan bertanggungjawab kepada orang yang diatasnya (Pegawai Bertauliah) dan anggota bawahannya yang terdiri dari Staf Sarjan, Sarjan, Koperal, Lans Koperal dan Prebet. Gred Gaji bermula Z 10 (36) RM 3599.00 dan Maksimum RM 7699.00.

Kelebihan[sunting | sunting sumber]

Didalam perkhidmatan Tentera Darat Malaysia, Pegawai Waran II juga boleh dilantik sebagai Pegawai Waran Pangkalan atau Base Warrant Officer/Sergeant Major Regiment. Malah jika berada di unit-unit kecil, Pegawai Waran II juga dilantik sebagai Pegawai Waran Unit/Pegawai Waran Kompeni/Company Warrant Officer ataupun Crew Master/Crew Chief didalam susunan organisasi bebas unit.

Gelaran[sunting | sunting sumber]

Anggota yang berpangkat ini akan dipanggil sebagai "Encik", beliau tidak boleh menerima tabik hormat sebagaimana Pegawai Tauliah. Perlantikan Pegawai Waran dibuat oleh Menteri Pertahanan yang diusulkan oleh Panglima Perkhidmatan dan disokong oleh Pegawai Memerintah Unit. Dengan itu, perlantikan ini bukannya satu tauliah sebagai pegawai di dalam perkhidmatan tentera, tetapi adalah satu waran kuasa untuk memberikan penjawat jawatan kelebihan dan keistimewaan tertentu sebagai Pegawai Waran.