Leftenan Muda TUDM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia
Tentera Darat Tentera Laut Tentera Udara
Pangkat Pegawai Angkatan Tentera
Fil Marsyal Laksamana Armada Marsyal TUDM
Jeneral Laksamana Jeneral TUDM
Leftenan Jeneral Laksamana Madya Leftenan Jeneral TUDM
Mejar Jeneral Laksamana Muda Mejar Jeneral TUDM
Brigedier Jeneral Laksamana Pertama Brigedier Jeneral TUDM
Kolonel Kepten Kolonel TUDM
Leftenan Kolonel Komander Leftenan Kolonel TUDM
Mejar Leftenan Komander Mejar TUDM
Kapten Leftenan Kapten TUDM
Leftenan Leftenan Madya Leftenan TUDM
Leftenan Muda Leftenan Muda Leftenan Muda TUDM
Pegawai Kadet Kanan
Kadet
Lain-lain Pangkat Angkatan Tentera
Pegawai Waran I Pegawai Waran I Pegawai Waran Udara I
Pegawai Waran II Pegawai Waran II Pegawai Waran Udara II
Staf Sarjan Bintara Kanan Flait Sarjan
Sarjan Bintara Muda Sarjan Udara
Koperal Laskar Kanan Koperal Udara
Lans Koperal Laskar Kelas I Laskar Udara Kanan
Prebet Laskar Kelas II Laskar Udara I
Prebet Laskar Muda Laskar Udara II
Perajurit Muda Perajurit Muda Perajurit Muda

Leftenan Muda TUDM (singkatan Lt M TUDM) merupakan pangkat TUDM bagi pegawai muda yang ditauliahkan. Ia merupakan pangkat terbawah di dalam pegawai Angkatan Tentera Malaysia. Perkatan leftenan diterbitkan daripada bahasa Perancis; lieu bermaksud "berada dalam" seperti satu kedudukan; dan tenant bermaksud "menyandang" seperti "menyandang kedudukan"; oleh itu "leftenan" adalah seseorang yang menyandang kedudukan sekiranya ketidak hadiran pegawai lebih kanan dari beliau.

Pangkat Leftenan Muda dalam TUDM juga ditauliahkan kepada pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) yang telah tamat menjalani latihan selama tiga tahun di Institut Pengajian Tinggi Awam. Mereka ini diletakkan di dalam Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM) juga dikenali sebagai Leftenan Muda PSSTUDM (singkatan Lt M PSSTUDM). Mulai Pentauliahan Diraja Tahun 2012 (Angkatan Tetap) pangkat Leftenan Muda diwujudkan semula dalam pasukan tetap Angkatan Tentera Malaysia.


Insignia[sunting | sunting sumber]

Insignia yang digunakan oleh TUDM bagi pangkat pegawai adalah hampir sama dengan RAAF. Ia hanya dibezakan dengan tulisan perkataan Malaysia pada pangkal insignia tersebut.

Leftenan Muda TUDM Pakaian No 3
Insignia