Pegon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Huruf Pegon ialah huruf Arab atau lebih tepat tulisan Jawi yang diubah suai untuk menuliskan perkataan bahasa Jawa dan bahasa Sunda. Perkataan Pegon dipercayai berasal daripada bahasa Jawa, iaitu pégo yang bererti menyimpang lantaran perlakuan bahasa Jawa yang ditulis dalam huruf Arab dianggap sesuatu yang tidak lazim oleh orang Jawa.

Berlainan dengan huruf Jawi yang ditulis gundul (tiada baris), pegon hampir selalu diletakkan tanda vokal. Jika ia tidak ditulis dengan tanda vokal, ia digelar Gundhul dan bukannya Pegon. Bahasa Jawa mempunyai tulisan vokal (aksara swara) yang lebih banyak daripada bahasa Melayu sehingga vokal perlu ditulis untuk menghindari kerancuan.

Di bawah ini ialah senarai huruf-huruf pegon. Huruf-huruf yang tidak ada dalam huruf Arab yang sejati dibulatkan.

Pegon.jpg
Huruf-huruf Pegon

Pegon swara.jpg
Sandhangan (Harkat) huruf Pegon

Huruf Pegon di Jawa digunakan kebanyakannya oleh kalangan orang Islam yang taat terutamanya di pesantren-pesantren. Biasanya tulisan ini hanya digunakan untuk menulis ulasan pada Al-Quran. Akan tetapi banyak juga naskhah-naskhah manuskrip cerita yang secara keseluruhan ditulis dalam Pegon. Contohnya, naskhah-naskhah Serat Yusup.

Bacaan Selanjutnya[sunting | sunting sumber]

  • Th. Pigeaud, Literature of Java, volume III, 1970, 76 - 80
  • B. Arps, Tembang in Two Traditions, 1992
  • Titik Pudjiastuti, Sadjarah Banten, 2000, 94 - 111

Lihat juga[sunting | sunting sumber]