Pekan Titi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pekan Titi
Lambang nsembilan.png
Geografi
StatusMukim
Asal namaN/A
Negara Malaysia
Negeri Negeri Sembilan
DaerahDaerah Jelebu
MukimPekan Titi
KeluasanN/A

Pekan Titi merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Negeri Sembilan. Pekan Titi terletak di Kuala Kelawang , Negeri Sembilan, Malaysia.

Tempat yang berhampiran dengan pekan Titi ialah Kuala Kelawang, Kampung Pejadi, Kampung Tambun, Kampung Titi Teras, Kampung Mentaus dan Kampung Padang Serai.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

  1. Dari Seremban menuju ke Kuala Kelawang dan Temerloh di Pahang.Melalui Kampung Baru Bukit Temiang, Gunung Telapa Buruk, Kampung Pejadi, Kuala Kelawang dan terus ke Titi.
  1. Dari Kajang, Selangor ke Semenyih menghala ke air terjun Sungai Tekala dan Empangan Semenyih. Belok ke kanan menuju ke Kuala Kelawang dan melalui Bukit Tangga yang berliku-lizu zig-zag. Terus ke pekan Titi. Laluan ini menjadi medan utama para pelumba basikal Le Tour de Langkawi 2007 dan sebelumnya.

Zaman Jepun 1941-1945[sunting | sunting sumber]

Pada zaman Jepun, ramai orang Cina telah dibunuh oleh tentera Jepun yang berdendam dengan orang Cina. Sebuah tugu peringatan telah dibina di kawasan perkuburan Cina di Titi. Antaranya ialah keluarga kepada Chan Kian Seng, seorang pemandu teksi.

Zaman Darurat 1945-1952[sunting | sunting sumber]

Pekan Titi mempunyai ramai penduduk Cina. Semasa zaman darurat, ramai pengganas komunis berkubu di sini dan dipercayai masih ada kubu bawah tanah bagi pengganas komunis untuk bersembunyi dan menyimpan makanan. Di sinilah pemimpin kanan komunis mengadakan perbincangan dan memberikan arahan seperti Cheung Kuo. Cheung Kuo merupakan pemimpin komunis ke-2 penting selepas Chin Peng dan pemimpin utama komunis di Selangor- Negeri Sembilan.

Bukit Tangga dan Gunung Telapa Buruk menjadi lokasi penting bagi menghilangkan diri daripada dijejak oleh tentera Komanwel.

Peta pekan Titi, Negeri Sembilan

Gambar-gambar sekitar Titi, negeri Sembilan

Pekan Berhampiran[sunting | sunting sumber]

  1. Ulu Triang
  2. Kenaboi

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pekan Titi merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negara Negeri Sembilan, dan juga merupakan satu dari mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Jelebu.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]