Mukim Glami Lemi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mukim Glami Lemi
Bendera bagi Mukim Glami Lemi
Official seal of Mukim Glami Lemi
Jata
Mukim Glami Lemi (berwarna merah) dalam daerah Jelebu
Mukim Glami Lemi (berwarna merah) dalam daerah Jelebu
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriNegeri Sembilan Negeri Sembilan
DaerahJelebu
MukimGelami Lemi
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Jelebu
Luas
 • Jumlah143.9 km2 (55.6 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
9,675 orang
 • Kepadatan67.23/km2 (174.1/batu persegi)

Mukim Glami Lemi merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah/subdistrict).

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Mukim Glami Lemi merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam Negeri Sembilan, dan juga merupakan satu mukim yang terletak dalam pentadbiran Daerah Jelebu.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Glami Lemi merupakan sebuah mukim di daerah Jelebu bersempadan mukim Kenaboi di utara, mukim Hulu Teriang, Kuala Kelawang dan Peradong di selatan serta mukim Ulu Semenyih, Selangor di barat.[1] Mukim ini juga mempunyai keluasan 143.9 kilometer persegi.[2]

Bentuk muka bumi di mukim Glami Lemi ialah tanah tinggi iaitu kebanyakannya di bahagian utara dan timur mukim ini. Antara gunung yang terletak di mukim Glami Lemi ialah Bukit Batu Hangus[3] dan Bukit Rekah Dagang[4].

Demografi[sunting | sunting sumber]

Jumlah penduduk di mukim Glami Lemi ialah seramai 9,675 orang mengikut bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 67 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di sini berbangsa Cina iaitu 50.4% peratus dari jumlah penduduk.[2]Majoriti penduduk di sini juga berumur antara 15 hingga 64 tahun.[5]

Jumlah penduduk mengikut kaum pada tahun 2010[2]
Kategori Kaum Bilangan
Warganegara Malaysia Cina 4,731
Bumiputera 4,321
India 305
Lain-lain 23
Bukan warganegara - 295
Jumlah penduduk mengikut peringkat umur pada tahun 2010[5]
Peringkat Umur Bilangan
65 tahun ke atas 864
15 hingga 64 tahun 6,281
0 hingga 14 tahun 2,530

Pautan luar[sunting | sunting sumber]