Pekan Tutong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai pekan. Untuk mukim, sila lihat Mukim Pekan Tutong.
Tutong
Bandaran
Pekan Tutong
Pekan Tutong is located in Bumi
Pekan Tutong
Pekan Tutong (Bumi)
Koordinat: 4°48′24.0″N 114°39′33.0″E / 4.806667°N 114.659167°E / 4.806667; 114.659167Koordinat: 4°48′24.0″N 114°39′33.0″E / 4.806667°N 114.659167°E / 4.806667; 114.659167
Diisytiharkan (kawasan Sanitary Board)1929
Diisytiharkan (bandaran)1970
Kerajaan
 • BadanJabatan Bandaran Tutong
 • PengerusiAzmi bin Abdul Rahim
Keluasan
 • Jumlah2.4 ha (5.9 ekar)
Laman webhttp://bandaran-tutong.gov.bn

Pekan Tutong merupakan salah sebuah pekan di Brunei. Ianya adalah pusat pentadbiran dan komersial bagi Daerah Tutong, salah satu dari empat daerah di negara ini.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran bagi Pekan Tutong dikendalikan oleh Jabatan Bandaran Tutong menerusi Lembaga Bandaran Tutong, yang mana ianya diketuai oleh Pengerusi Lembaga Bandaran Tutong serta ahli-ahlinya terdiri dari Pegawai Daerah Tutong, Penghulu Mukim Pekan Tutong, beberapa pegawai-pegawai kerajaan atau wakilnya, dan orang-orang yang dilantik bagi mewakili penduduk dan badan-badan bukan kerajaan setempat.[1]

Pada asalnya Lembaga Bandaran dikenali dengan nama inggeris Sanitary Board sebelum ditukar menjadi nama yang ada sekarang pada tahun 1970.[2]

Kawasan[sunting | sunting sumber]

Kawasan di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran Tutong mempunyai keluasan 0.024 kilometer persegi dan ianya terdiri daripada sebahagian Kampong Petani dan Bukit Bendera.[2] Kawasan Lembaga Bandaran yang ada sekarang ini adalah sama seperti yang telah diisytiharkan pada 13 November 1929.[2]

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Ekonomi Pekan Tutong adalah berasaskan kepada perniagaan. Terdapat beberapa pusat perniagaan yang mana tiga daripadanya adalah dipunyai oleh Jabatan Bandaran Tutong, iaitu Gerai Selera Tutong, Pasar Malam Pekan Tutong dan Pasarneka dan Tamu Daerah Tutong.[3] Perniagaan-perniagaan yang terdapat dalam Pekan Tutong adalah seperti kedai-kedai, restoran dan premis-premis makanan. Terdapat juga beberapa buah bank dan premis yang menawarkan insurans dan pinjaman.

Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa tempat bagi penduduk setempat dan sekitar Pekan Tutong mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Kompleks Sukan Tutong mempunyai kemudahan bagi beberapa sukan seperti bola sepak, belapan, renang dan sukan gelanggang seperti tenis dan badminton.[4] Kompleks Dewan Kemasyarakatan mempunyai dua dewan bagi mengadakan majlis-majlis rasmi dan kekeluargaan. Kawasan Kompleks Dewan Kemasyarakatan juga digunakan bagi acara Keberangkataan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan bagi beramah-mesra dengan rakyat dan penduduk Daerah Tutong sempena hari keputeraan baginda pada tiap-tiap tahun iaitu dalam bulan Julai.[5]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Institusi pendidikan dalam Pekan Tutong terdiri daripada beberapa buah sekolah dalam peringkat rendah dan menengah, serta sebuah dalam bidang ugama dan sebuah lagi bagi aliran arab. Sekolah-sekolah tersebut adalah:

  • Sekolah Rendah Muda Hashim;
  • Sekolah PERTAMA;
  • Sekolah Chung Hwa;
  • Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Nor'ain;
  • Sekolah Menengah Muda Hashim;
  • Sekolah Menengah Sufri Bolkiah; dan
  • Ma'had Islam Brunei.

Penuntut-penuntut lepasan sekolah menengah yang ingin meneruskan ke peringkat tingkatan enam pergi ke Pusat Tingkatan Enam Tutong yang terletak di Kampung Bukit Beruang, iaitu satu-satunya pusat tingkatan enam di Daerah Tutong. Manakala bagi penuntut-penuntut yang ingin meneruskan dalam bidang pengajian tinggi, serta pendidikan teknikal dan vokasional pergi ke institusi berkenaan di luar daerah, samada Di Daerah Brunei-Muara atau Belait.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]