Mukim Pekan Tutong
Mukim Pekan Tutong | |
|---|---|
Mukim Pekan Tutong diwarnai dengan biru | |
| Negara | Brunei |
| Daerah | Tutong |
| Penduduk (2016)[1] | |
• Jumlah | 10,551 |
| Zon waktu | UTC+8 (BNT) |
| Poskod | TAxx41 |
Mukim Pekan Tutong ialah sebuah mukim di Daerah Tutong, Brunei. Mukim ini mempunyai penduduk seramai 10,551 pada tahun 2016.[1] Pekan Tutong terletak dalam mukim ini, iaitu pekan pentadbiran dan ekonomi bagi Daerah Tutong.
Kampung
[sunting | sunting sumber]Kampung-kampung di bawah Mukim Pekan Tutong adalah seperti berikut:
| Kampung | Penduduk (2016)[1] |
|---|---|
| Bukit Bendera | 1,067 |
| Kampung Kandang | 305 |
| Kampung Kuala Tutong | 295 |
| Kampung Panchor Dulit | 541 |
| Kampung Panchor Papan | 483 |
| Kampung Penabai | 888 |
| Kampung Penanjong | 2,065 |
| Kampung Petani | 997 |
| Kampung Sengkarai | 1,989 |
| Kampung Serambangun | 357 |
| Kampung Tanah Burok | 465 |
| Tutong Kem | 1,099 |
| Jumlah | 10,551 |
Walau bagaimanapun, hanya terdapat empat komuniti kampung seperti yang disenaraikan oleh Jabatan Daerah Tutong,[2] yang mana setiap komuniti ini mempunyai ketua kampung sebagai ketua komuniti. Sengkarai dan Penanjong mempunyai seorang ketua kampung setiapnya, manakala Penabai dan Kuala Tutong berkongsi seorang ketua kampung.[3] Panchor Dulit dan Panchor Papan juga berkongsi seorang ketua kampung.[3] Penduduk yang tinggal di kampung-kampung yang tidak mempunyai ketua kampung boleh merujuk kepada yang ketua bagi kampung yang berjiran.
Mukim ini juga merangkumi Pekan Tutong, iaitu pusat pentadbiran dan satu-satunya pekan di Daerah Tutong. Walau bagaimanapun, Pekan Tutong ialah kawasan bandaran yang mana ia di luar hierarki pembahagian pentadbiran. Namun begitu, kawasan tersebut bertindih dengan kawasan kampung; Pekan Tutong secara rasmi merangkumi sebahagian kawasan Bukit Bendera dan Kampung Petani.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.
- ^ "Mukim-Mukim di Daerah Tutong". tutong.gov.bn. Dicapai pada 2018-04-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ a b "MUKIM PEKAN TUTONG". tutong.gov.bn. Dicapai pada 2018-04-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan) - ^ "Sejarah Ringkas". www.bandaran-tutong.gov.bn. Dicapai pada 2018-04-05. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=(bantuan)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]