Pergi ke kandungan

Kampung Kupang

Kampung Kupang
کامڤوڠ كواڤڠ
Bangunan bercat biru di Kampung Kupang
Bangunan bercat biru di Kampung Kupang
Kampung Kupang yang terletak di Brunei
Kampung Kupang
Lokasi di Brunei
Koordinat: 4°50′38″U 114°47′40″T / 4.8438°U 114.7945°T / 4.8438; 114.7945
NegaraBrunei
DaerahTutong
MukimKeriam
Penduduk
 (2016)[1]
  Jumlah
1,795
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
TB2941

Kampung Kupang ialah sebuah kampung di Daerah Tutong, Brunei. Ia merupakan salah sebuah kampung di bawah Mukim Keriam. Kampung ini mempunyai penduduk seramai 1,795 orang pada tahun 2016.[1]

Etimologi

[sunting | sunting sumber]

Mengikut cerita rakyat, nama Kampung Kupang diambil sempena nama pokok yang digelar sebagai kupang, berkongsi nama serupa dengannya. Pokok ini mempunyai keistimewaannya dan berbeza dengan pokok lain. Antara keistimewaannya ialah kulit pokok ini kelihatan ditumbuhi oleh sejenis kulit kerang iaitu kupang (Mytilus edulis). Pokok-pokok ini tumbuh dalam jumlah yang sedikit dan berada di tanah yang tinggi seperti di kawasan berbukitan. Ketinggian pokok ini dikatakan sama seperti pokok durian dan bentuknya persis seperti pokok durian. Tiada siapa yang benar-benar mengetahui siapa orang yang mula-mula menemui pokok kupang ini dan yang mula-mula menamakan kampung ini sebagai "Kampung Kupang".[2] Disebabkan pokok ini dari awal hanya tumbuh dalam kuantiti yang kecil dan taburannya terhad, malangnya pada masa ini pokok ini tidak lagi ditemui dan mungkin telah pupus.[3]

Infrastruktur

[sunting | sunting sumber]

Seperti kampung-kampung lain, kampung ini mempunyai akses kepada beberapa kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan seperti jalan raya, air, telefon dan elektrik. Terdapat juga beberapa bangunan kerajaan iaitu sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Kampung Kupang, sebuah sekolah kerajaan iaitu Sekolah Rendah Orang Kaya Ali Wanika Setia Diraja Kupang, sebuah sekolah agama iaitu Sekolah Agama Kupang, dua balai polis, Penjara Maraburong, Pusat Al-Islah, Biro Kawalan Narkotik yang mana kedua-dua bangunan diletakkan di kawasan khas, serta gerai sayur-sayuran dan buah-buahan sebanyak 14 buah unit.[2]

Masjid Kampung Kupang merupakan masjid utama di Kampung Kupang yang telah dirasmikan oleh Ketua Kadi Brunei pada 10 Februari 1984.[4] Ia boleh menempatkan 500 orang jemaah dalam setiap satu sesi sembahyang.[4]

  1. 1 2 "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 18 Jun 2021.
  2. 1 2 KOMPILASI RENCANA KNK 2017 (PDF). Kenali Negera Kitani. 2017. m/s. 59–63.
  3. KOMPILASI RENCANA KNK 2014 (PDF). Kenali Negera Kitani. 2014. m/s. 47–52.
  4. 1 2 "SenaraiMasjid – Masjid Kampong Kupang". www.kheu.gov.bn. Dicapai pada 12 July 2021.