Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera British
Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera British, juga dirujuk sebagai Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Seri Paduka Baginda, ialah satu peranan berperlembagaan bagi pemerintahan beraja British, pada masa kini Ratu Elizabeth II, adalah ketua negara merangkap "Ketua Angkatan Tentera".[1][2] Pemerintahan raja berperlembagaan yang paling lama, namun, telah memberi hak kuasa eksekutif de facto, dengan menjalankan Prerogatif Diraja, pada Perdana Menteri dan Setiausaha Negara bagi Pertahanan. Perdana Menteri (bertindak dengan Kabinet) membuat keputusan penting mengenai penggunaan angkatan tentera.[3][4] Bagaimanapun, Baginda Ratu kekal badan kuasa tertinggi angkatan tentera.[5]
Konvensyen berperlembagaan baru nampaknya sudah termaktub sejak tahun 2003, dimana UK hanya akan mengambil tindakan ketenteraan (selain daripada keadaan yang harus segera bertindak pada ancaman keselamatan negara) dengan persetujuan Dewan Rakyat. Walaubagaimanapun, Baginda Ratu masih boleh memerintah mengikut kehendaknya. Para pegawai dan anggota lain tentera serta pasukan polis territorial juga bersumpah taat setia kepada raja dan penggantinya, dan bukan kerajaan – ini memastikan bahawa semua para menteri (terutamanya Perdana Menteri) boleh dipertanggungjawabkan, dan oleh itu tidak 'mengatasi undang-undang', bukan seperti raja.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Queen and Armed Forces, royal.gov.uk. Diarkibkan 13 April 2015 di Wayback Machine
- ^ The Royal Prerogative SN/PC/03861, House of Commons of the United Kingdom. Retrieved on 2013-05-12.
- ^ Governance of Britain, July 2007. Retrieved on 2013-05-12.
- ^ Review of the Royal Prerogative Powers: Final Report, Ministry of Justice, October 2009. Retrieved on 2013-05-12.
- ^ "Whose hand is on the button?". BBC. 2 December 2008. Dicapai pada 2009-03-14.