Penara Dakkan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bentuk muka bumi penara Dakkan yang biasa dilihat, di Hyderabad, India

Penara Dakkan adalah dataran penara terletak di selatan tanah benua India (nama "Dakkan" serapan bahasa Prakrit dakkhin atau dakkhaṇa[1][2] berkaitan dengan kata daksina; bahasa Sanskrit: दक्षिण dakṣiṇa[3]) antara banjaran-banjaran Gat Barat dan Gat Timur menuju selatan dari sungai Narmada. Kawasan ini dipenuhi bukit-bukau berbongkah batu menjulat besar antara 100 hingga 1000 meter dengan ketinggian purata sekitar 600 meter.[3] Penara ini merangkumi beberapa negeri dalam negara India: barat laut penara berada dalam Maharashtra, bahagian timur laut dalam negeri Odisha, bahagian paling selatan dalam Tamil Nadu manakala selebihnya dalam negeri-negeri Telangana, Andhra Pradesh dan Karnataka.

Kawasan ini menyaksikan perkembangan dan kewujudan banyak dinasti kerajaan besar sepanjang tempoh ketamadunan di India termasuk Pallava, Satavahana, Vakataka, Chalukya dan Rashtrakuta, Chalukya Barat, Dinasti Kadamba, Empayar Kakatiya, Musunuri Nayakas, Vijayanagara dan Empayar Maratha dan Kesultanan Bahmani, Kesultanan Dakkan, dan Kenizaman Hyderabad.

Geologi[sunting | sunting sumber]

Penara ini dibentuk daripada lapisan batu basalt bertindih-tindih hasil kegiatan gunung berapi yang berlaku menjelang akhir zaman Batu Kapur antara 67 dan 66 juta tahun yang lalu sehingga membentuk suatu kawasan penara yang luas dan rata; titik panas kegiatan vulkanik ini dihipotesiskan berada di bawah dasar pulau Réunion di Lautan Hindi.[4] Timbunan batu basalt ini meliputi kawasan seluas lebih 500,000 kilometer persegi dengan isipadu sebanyak 511,000 kilometer padu.

Penara ini dikelilingi longgokan batu igneus sebelah barat laut merentasi negeri Maharashtra.

Kawasan penara ini kaya dengan galian; bijih-bijih utama yang terdapat di sini adalah batu cermin dan bijih besi di wilayah Chhota Nagpur serta intan, emas dan logam lain di wilayah Golconda.

Rujukan [sunting | sunting sumber]

  1. ^ Henry Yule, A. C. Burnell (13 June 2013). Hobson-Jobson: The Definitive Glossary of British India. Oxford. ISBN 9780191645839.
  2. ^ Monier-Williams Sanskrit-English Dictionary, p. 498 (scanned image at SriPedia Initiative): Sanskrit dakṣiṇa meaning 'southern'.
  3. ^ a b Editors of Encyclopedia Britannica (2014), Deccan plateau India, [https://www.britannica.com/place/Deccan Encyclopaedia Britannica
  4. ^ "Deccan | plateau, India". Encyclopedia Britannica.