Pengawal Bergerak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pengawal Bergerak ([ طليعة متحركة, Tali'a mutaharikka, "Pengawal hadapan yang bergerak"] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan))[1] ialah sebuah pasukan berkuda ringan tentera al-Rasyidin yang ditubuhkan semasa kempen di Syria. Pasukan ini di bawah pemerintahan panglima Islam, Khalid bin al-Walid. Pasukan ini dikhaskan sebagai pasukan simpanan berkuda dan digunakan apabila perlu.

Selepas kemenangan muktamad dalam Pertempuran Ajnadain pada tahun 634 M, Khalid dan angkatannya dari Iraq seramai 8,000 orang membentuk sebuah pasukan seramai 4,000 tentera berkuda yang disebut para sejarawan awal sebagai Tentera Pengasah. Pasukan ini diletakkan di bawah pemerintahan peribadi Khalid bin al-Walid.

Catatan pertama berkaitan dengan penggunaan pasukan ini adalah pada Pertempuran Damsyik pada tahun 634 M. Penggunaan terbaik pasukan berkuda Khalid ini ternampak dalam Pertempuran Yarmuk (635 M): Khalid, yang faham benar akan kebolehan pasukan berkudanya menggunakan pasukan ini pada saat-saat genting dalam pertempuran tersebut bagi menangani gerakan musuh. Dengan kebolehan pasukan ini untuk bertarung dan berundur, dan memusing semula untuk menyerang dari arah rusuk ataupun belakang, Pengawal Bergerak berjaya mematahkan serangan musuh dan berjaya mengalahkan tentera Empayar Byzantine (juga digelar Empayar Rom atau Rum oleh sejarawan Arab Muslim). Pasukan penyerang bergerak yang kuat ini digunakan sebagai pasukan pengawal hadapan dalam kempen-kempen berikutnya.[2] Pasukan ini berkebolehan untuk menewaskan musuh dengan ciri mudah geraknya dan dengan itu ia menikmati kelebihan apabila berhadapan dengan tentera Byzantine. Satu daripada kemenangan besar Pengawal Bergerak di bawah pemerintahan Khalid berlaku dalam Pertempuran Hazir pada tahun 637 M. Dlam pertempuran ini, tidak seorangpun tentera Byzantine yang hidup.[3] Dengan bantuan pasukan berkuda ini, pihak Muslim berjaya menawan Syria dengan mudah dan tanpa mengalami kerugian yang banyak, termasuklah kemenangan-kemenangan besar dalam Pertempuran Jambatan Besi dan penyerahah kalah Antakya (Antioch) berikutnya.

Khalid bin al-Walid juga mengatur sistem pegawai turus – permulaan ringkas yang kemudiannya akan dikenali sebagai Staf Am dalam pasukan tentera. Beliau memilih sebilangan orang yang bijak dan rajin dari semua wilayah yang beliau tempuh – Semenanjung Arab, Iraq, Syria dan Palestine – yang bertindak sebagai pegawai turusnya, kebanyakannya sebagai pegawai perisikan.[4] mereka ini akan mengumpul maklumat, mengatur perutusan dan menyoal agen, dan memastikan Khalid sentiasa diberi maklumat terkini berkaitan dengan keadaan di medan. Ini lebih merupakan staf peribadi daripada staf markas tentera; ke mana Khalid pergi, staf ini akan mengikutinya dan merupakan sebahagaian daripada Pengawal Bergerak. Pasukan Pengawal Bergerak ini kekal di bawah pemerintahan Khalid buat masa lebih kurang empat tahun (634-638 M) sehinggalah saat Khalid dipecat daripada pucuk pimpinan tentera Islam di Syria oleh Khalifah Umar sejurus selepas penaklukan Levant selesai.

Pasukan berkuda yang kuat ini dibubarkan selepas pemecatan Khalid sebagai panlima tertinggi. Seorang daripada panglima pasukan ini, Qa'qa bin Amr telah dihantar ke barisan hadapan Parsi pada tahun 637 M bersama-sama pasukan pengukuh bagi Pertempuran al-Qadisiyah, dan Qa'qa memainkan peranan penting dalam pertempuran tersebut. Sebahagian lagi dihantar ke Parsi juga sebagai pesukan pengukuh dalam kempen untuk menakluk Parsi. Ramai daripada anggotanya meninggal dunia akibat penyakit wabak bubonik pada tahun-tahun 639-640 M yang dikatakan telah menyebabkan kematian seramai 25,000 orang Muslim di Syria. Ini termasuklah subkomander seperti Pengawal Bergerak seperti Zirrar bin Azwar. Mereka yang terselamat menyertai tentera di bawah Amr bin al-As yang pergi menakluk Mesir.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Francis Joseph Steingass, English-Arabic Dictionary: For the Use of Both Travellers and Students (1882) Archive.org
  2. ^ Sword of Allah: by Lieutenant-General Agha Ibrahim Akram, ISBN 978-0-7101-0104-4
  3. ^ Tabari: Vol. 3, p. 98.
  4. ^ Waqidi: Vol. 2, p. 47.
  5. ^ Sword of Allah: by Lieutenant-General Agha Ibrahim Akram, ISBN 978-0-7101-0104-4