Pergi ke kandungan

Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker
GenreSeram
Cinta
Komedi
PenciptaNur Farhana Yalah
Ditulis oleh
  • Amin Shakib
  • Ib Nawawi
  • Sharina NBJ
PengarahAzmi Hatta
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanCinta Malam Purnama - Ziha Salleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
PenerbitDato Sri Jaspal S. Korotana
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Orangetree Production Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTonton
Format gambar
Format audioDolby Digital
Tayangan ulang di
TV3 (Slot Samarinda)
18 September 2024 — 8 Oktober 2024
Siaran asal12 Mac 2023
Kronologi
MengikutiLelaki Melayu Terakhir
Diikuti olehCalar Cinta

Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker merupakan siri drama Malaysia dalam siri Tonton Originals yang disiarkan di platform atas talian Tonton. Drama ini diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd, di bawah arahan pengarah Azmi Hatta. Drama ini dibintangi oleh Izzue Islam dan Riena Diana.[1]

Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran TV3 di bawah Slot Samarinda pada 18 September hingga 8 Oktober 2024 bagi menggantikan siri drama Lelaki Melayu Terakhir dan digantikan oleh siri drama Calar Cinta.

Asyraf (Izzue Islam) selesa dan gembira dengan kehidupannya di bandar. Namun, bapanya, Pak Hamid, mempunyai hasrat yang berbeza bagi anak terunanya itu. Asyraf telah dipujuk untuk pulang ke kampung dan menetap di situ bagi meneruskan legasi bapanya sebagai penggali kubur.

Tatkala Asyraf teruja untuk melamar buah hatinya, Jasmine, satu plot telah dirancang oleh Razif, anak kepada bosnya, untuk memastikan dia dipecat. Kehilangan pekerjaan serta buah hatinya kepada Razif telah melahirkan rasa kecundang dalam dirinya. Kekecewaannya mendorongnya untuk pulang ke kampung halamannya.

Setibanya di kampung, baru dia mengetahui bahawa bapanya akan pergi melancong ke seluruh negara. Maka, tanggungjawab atas tanah perkuburan jatuh atas bahunya.

Malangnya, dalam perjalan ke destinasinya, kemalangan telah menimpa Pak Hamid. Namun, mayatnya tidak dapat ditemui. Hal ini telah menyebabkan kematiannya tidak dapat dipastikan.

Oleh demikian, Asyraf terpaksa mewarisi pekerjaan bapanya. Dia juga mewarisi penyodok ajaib yang memberikannya kelebihan untuk menggali lubang 10 kali lebih cepat berbanding tenaga lelaki biasa.

Pada ketika perkara ini berlangsung, terdapat seorang gadis yang bernama Syifa (Riena Diana) serta keluarganya yang baru pindah ke kampung. Mereka berharap kehidupan di kampung adalah lebih aman daripada di bandar. Ibu bapa Syifa beranggapan persekitaran kampung adalah lebih selamat buat anak perempuan mereka yang mempunyai tabiat tidur sambil berjalan. Perkara ini tidak diketahui umum.

Tabiat Syifa itu telah menyebabkan orang kampung percaya bahawa terdapat pontianak yang berkeliaran di kampung.

Pada suatu malam, sambil dia berada dalam status tidur, Syifa telah merayau-rayau sehingga ke tanah perkuburan di mana dia bertemu dengan Asyraf. Asyraf berasa yakin bahawa pontianak kampung itu hanyalah seorang gadis cantik yang sesat.

Sewaktu Asyraf cuba memperkenalkan dirinya kepada Syifa sewaktu dia sedar, Syifa tidak dapat mengenali jejaka tersebut kerana dia hilang ingatan apabila dia bangun dari tidurnya.

Khabar angin tentang harta Pak Hamid yang tidak diketahui lokasinya serta tuduhan bahawa Asyraf mengamalkan sihir mula tersebar dengan meluas. Asyraf berada dalam situasi yang sukar.

Selain perlu mencari harta bapanya dan membersihkan namanya, dia juga perlu mencari jalan untuk membantu Syifa dengan masalah tidurnya dan memenangi hati gadis tersebut. Mampukah Asyraf melakukan semuanya?

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
  • "Cinta Malam Purnama" - Ziha Salleh
  • "Lafaz" - Syafeek Ikhwan
  • "Cinta Buat Dara" - Yulia Kamelia

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam
Sebelumnya Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker Berikutnya
Lelaki Melayu Terakhir Calar Cinta
  1. ^ Drama Penggali Kubur Dan Miss Sleepwalker mcentralmy. Dicapai pada 17 April 2023.