Azlee Khairi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Azlee Khairi
KelahiranAzlee Khairi bin Zulah Hainee
(1989-01-19) 19 Januari 1989 (umur 30)
Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UITM)
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2010–2016
Terkenal keranaLove You Mr. Arrogant

Azlee Khairi Zulah Hainee[1] (lahir 19 Januari 1989) atau lebih dikenali sebagai Azlee Khairi ( Jawi: ازلي خيري ) merupakan pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau merupakan bekas graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan filem.[2] Beliau mula meraih populariti menerusi drama Love You Mr. Arrogant sebagai pelakon utama yang digandingkan dengan Zara Zya.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Azlee merupakan anak kedua daripada enam orang adik-beradik.[3] Beliau pernah menjadi pemain bola sepak untuk pasukan negeri Perak FA.[4]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pernah muncul dalam iklan Brylcreem.[5] Azlee telah menjadi pengacara untuk sebuah rancangan berbentuk kuiz yang diberi nama Ello!Ello! dan ditayangkan di Astro Ceria.

Banyak program realiti telah menjemput beliau, antaranya adalah Ada Bran!: Lebih Ekstrem yang ditayangkan TV9 pada tahun 2013; Woot! Woot! Episod 2 dimana beliau berpasangan dengan Angah Raja Lawak yang ditayangkan TV3 pada tahun 2013; Remaja Ekstrem Episod 9 ditayangkan pada tahun 2013; ResQ yang ditayangkan TV3 pada 8 Februari 2014 dan Yabedabedu juga ditayangkan pada 8 Februari 2014 oleh TV9. Azlee juga menjadi pengacara rancangan Shop In Love di TV2.

Pada malam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 yang dianjurkan buat pertama kali pada 22 Februari 2014, beliau telah merangkul Anugerah Pelakon Drama Lelaki Pilihan untuk drama Love You Mr. Arrogant.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Azlee
2011 Raya Tak Jadi! Ali
Ratu The Movie Johan
Ombak Rindu Dr Borhan
2012 Bujang Terlajak Pemuda Misteri
2016 Warna Cinta Impian

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2010 Kemelut Cinta Azman
2011 Tarbiyah Ala Datin Ustaz Hafiz
Geisha Melayu Terakhir Astro Ria
Pusing Beraya Fendi
Qaseh & Aiman Danny
Korban Tak Jadi Fendi
2012 Mencari Athirah
Baju Kebaya Terakhir Bapak Ustaz Ashraff
Cinta Si Tukang Kasut Aduka
Mak Sanggup Bakri
Cinta Dari Syurga Zarul Aiman
Dewi Kasihku
Setahun Setengah Mencari Cinta Kid
2013 Hanya Dikau Iqbal
Lara Qaseh Imran TV3
Suamiku Jururawat Dr. Fakri
Andai Itu Takdirnya Fitri
Anak Menantu Aiman
Miss Aaliyah Azlan
Takdir Cinta Syamsul
Mimpi Fara Haikal
Dari Ibu Hazim
2014 Setulus Kasih Kamil
Rania Tip Top Irfan
Nikah Kita Bercinta Danial
3 Hati Ibu Razman
Dzikir Ramadan
Cinta Ramadan Adam
Love You Mr. Arrogant Raya Zafriel Irham TV3
Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Raya Raimy TV3
Baju Raya Yaya
Vaanakam Cikgu
Kontrak Cinta Safwan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Ponti Anak Remaja The Series Kamal
2011 Rojak Malik
2011 Iparku Diva Hamzah
2011 Annissa Imran
2011 Dingin Lavenda Azhar
2011 Jangan Bunuh Matahariku 2
2011 Kelaas Kau Maria
2011 Karma Eizlan
2012 Mahabbah Iskandar
2012 Mencari Atirah
2012 Bukan Bidadari Kamal
2012 Julia Azwan
2012 Syukur Allah Hayat
2013 Dalam Setiap Sujud Fareez
2013 Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Raimy
2013 Cinta Yang Satu Arif
2013 Fira Ayuni Duqqi Amani
2013 Love You Mr. Arrogant Zafriel Irham
2014 Kias Ramadan Episod 1
2014 Raya Ni Mesti Kahwin Hisham
2015 Setulus Janji Ilham
2016 Pergilah Air Mata Darius

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2014 Pelakon Drama Lelaki Pilihan (Love You Mr. Arrogant) Menang
Hero-Heroin Drama Pilihan (bersama Zara Zya) Menang
Barisan Pelakon Drama Pilihan (Sebenarnya, Saya Isteri Dia!) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Gandingan Serasi di Layar (bersama Zara Zya) Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]