Along Eyzendy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Along Eyzendy
Kelahiran
Mohd Eyzendy bin Mohd Aziz

(1979-10-12) 12 Oktober 1979 (umur 44)
Nama lainEyzendy Aziz
Pusat pendidikanAkademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2003–kini
PasanganHamidah Mohd Yatim
Anak-anak3

Mohd Eyzendy Mohd Aziz atau lebih terkenal sebagai Along Eyzendy (lahir 12 Oktober 1979) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia, terkenal menerusi peranan di televisyen dan filem.[1][2][3]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Along Eyzendy terlebih dahulu memulakan kerjaya awalnya sebagai peniup trumpet. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran dalam jurusan muzik di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).[1] Kerjaya lakonannya bermula pada 2003 menerusi filem arahan Nam Ron, Gedebe yang turut dibintangi oleh Zul Huzaimy dan Soffi Jikan.[4] Tiga tahun kemudian, beliau muncul dalam drama penyiasatan CID 3278 terbitan Rosyam Nor menerusi Suhan Movies & Trading, lakonan bersama Allahyarham Faizal Yusof dan Salina Saibi.

Pada tahun 2008, beliau berlakon bersama Bienda dan Danny X-Factor dalam filem Budak Kelantan arahan Wan Azli Wan Jusoh.[5] Along memegang watak sebagai Rosman, seorang pemandu van jenazah dalam filem seram yang meraih kutipan pecah panggung, Khurafat: Perjanjian Syaitan arahan Syamsul Yusof,[6] diikuti oleh satu lagi filem seram, iaitu Karak arahan Yusry KRU.[7] Kedua-dua filem ini ditayangkan pada 2011.

Eyzendy kemudian bekerjasama dengan Pierre Andre menerusi dua filem arahannnya, Cerita Kita dan 1 Lawan Satu yang kedua-keduanya dikeluarkan pada 2013.[8] Tiga tahun kemudian, beliau berlakon di samping kumpulan Zero dalam filem Lu Mafia Gua Gangster arahan Krishna Roy yang turut dibintangi oleh Jalaluddin Hassan dan Zack Taipan.[9]

Selain sebagai pelakon, Along berkhidmat sebagai pensyarah untuk Teater Tradisional Makyong di ASWARA.[10]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Along berkahwin dengan Hamidah Mohd Yatim dan dikurniakan tiga anak.[11]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2003 Gedebe Cassius Filem pertama
2008 Budak Kelantan Libokbong
2009 Santau Onn
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Man Kuey Teow
Belukar Hitam
2011 Khurafat: Perjanjian Syaitan Rosman
Seru Sam
Karak Jack
2012 Bunohan Gasi
Seram Sejuk Panglima Kodak
Pe3 Along
Strawberi Cinta Naruhundo
2013 Cerita Kita Abu
Pecah Radi
1 Lawan Satu Oman
Paku Pontianak Farid
Lagenda Budak Hostel Put
Longkai Mojo
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang Hamzah
Kolumpo Mat Rempit
2014 Laga Bujang
Kawan Aku Mati Dalam Rumah Sewa Pelakon
Nasi Tangas Faiz
Kaki Kitai Murad
Kasut Ku Kusut Hamid
2015 Gudang Kubur Atan
Hantu Bungkus Ikat Tepi Mojo Penampilan khas
Girlfriend Kontrak Encik Johari
Abang Lejen Karim
Mat Moto Abang Al
Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium Bendahara Tun Pepatih Putih
2016 Lu Mafia Gua Gangster Kenji
Bo-Peng Abdullah
2017 Minah Moto
2018 One Two Jaga Zul
2019 Busut Bonang Joey
2021 Jangan Takut: Kau Takut Aku Pun Takut Pemandu Kereta Buruk
2022 Jeritan Jin Along
2023 Adiwiraku 2: The Gemencheh Boys Ayah Azad Pelakon jemputan
2024 Waruga: Kutukan Ilmu Hitam Sarom
TBA Perisik Pra-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006–2007 CID 3278 Detektif Eddy TV9
2009 Bio-Nik Kamal TV3
2010 Arjuna Bebon
2011 Gerak Khas (Musim 13) Eddie TV2 Episod: "Syurga Rumah Kosong"
Ahmad Albob Yang Punya Hussein TV3
Keranamu Laila Murad
2012 Bini-Bini Perkasa Dol
Friday I'm In Love James Beng TV9
2013 Tanah Kubur (Musim 7) Kamal Astro Oasis Episod: "Cintaku Dunia"
Dewi Lasak TV3 tidak dinamakan
2014 Cinta Pandang Kedua Zuhri TV9
Tanah Kubur (Musim 12) Yusof Astro Oasis Episod: "Fitnah"
2017 Cinta Samar TV1
Muzium Misteri Adam TV3
2018 KOPI Indra Tonton Episod: "Venti"
Gerak Khas (Musim 18) TV2 Episod: "Dron"
2019 Aku Tak Raya Along TV3
2020–2021 Potong Galah Astro Warna Pelakon undangan
2022 Reen Putus Cinta Awesome TV
Epilog 3 Naga Black
Bukan Pi Mai Pi Mai Astro Ria Pelakon undangan
Gila Viral Encik Mut Astro Warna
2023 Penggali Kubur dan Miss Sleepwalker Jaafar Tonton

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Sanggul Beracun Astro Citra
2012 Parut Asyikin
2013 Opah Raya Stail Devan Astro Ria
2014 Kem Cuci Tangan (Kecut) AG Unifi TV
2016 Ada Hantu Malam Raya
2017 Misteri Sofa Lama Khusaini Astro Citra
Lambor Kanan Belakang Dewan
2018 Janin Astro Citra
2022 Dalang TV1
2023 Bro Jenin Astro Citra
Bonji Bonji TV2

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Nominasi Keputusan
2012 Anugerah Skrin 2012 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Parut Asyikin Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Budak Kelantan mahu jadi superstar Diarkibkan 2018-04-07 di Wayback Machine Kosmo! (15 Mei 2011). Dicapai pada 30 April 2012.
  2. ^ Along Eyzendy: Dadah buat diri lebih dikenali Utusan Malaysia (15 Februari 2015). Dicapai pada 30 April 2015.
  3. ^ Amirul Haswendy Ashari (9 Ogos 2015). Cabar diri buat bisnes Harian Metro. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
  4. ^ Luqman Hakim (20 Ogos 2003). Filem Gedebe - Percubaan yang berani Diarkibkan 2018-08-18 di Wayback Machine Utusan Malaysia. Diperoleh pada 18 Ogos 2010.
  5. ^ Izuan Shah (2008-10-24). "Budak Kelantan". gua.com.my. Dicapai pada 2008-11-02.[pautan mati kekal]
  6. ^ Saspens, Kejutan Diuji Dalam 'Khurafat' Diarkibkan 2011-01-25 di Wayback Machine, mStar Online, 20 Januari 2011. Dicapai pada 2 Februari 2011.
  7. ^ Wahiduzzaman (5 Jun 2011). Momentum seram musnahkan Karak mSTAR Online. Dicapai pada 27 April 2012.
  8. ^ "Aksi 1 Lawan Satu". Kosmo!. 27 Jun 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-03. Dicapai pada 17 Oktober 2013.
  9. ^ Kemalia Othman (15 April 2016). "Lu Mafia Gua Gangster untuk individu tertekan". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-08. Dicapai pada 17 April 2016.
  10. ^ Norhayati Nordin (6 Julai 2019). Tak lupa minat asal Harian Metro. Dicapai pada 29 Mei 2020.
  11. ^ Nur Huda Musa (16 April 2021). Along Eyzendy, isteri selamat dibedah pagi semalam Kosmo!. Dicapai pada 18 April 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]