Pergi ke kandungan

Pengguna:Yobbaharim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kotak pengguna
Pengguna ini beragama Islam.
frames
frames
Pengguna ini beridentiti Melayu.
Pengguna ini seorang lelaki.
Pengguna ini berasal dari Malaysia.
Pengguna ini berasal dari negeri Terengganu.
Pengguna ini berasal dari daerah Setiu.
Pengguna ini berasal dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Logo Mozilla FirefoxPengguna ini menyumbang menggunakan Mozilla Firefox
Pengguna ini menyokong parti Barisan Nasional.
Pengguna ini menyokong Parti Islam Se-Malaysia.
Pengguna ini Bujang.


wiki Dihargai untuk usaha anda oleh Shih pada 19 Mac 2014.

Hai, salam sejahtera kepada semua pengguna dan pelawat Wikipedia Bahasa Melayu, saya Yob Baharim berasal daripada Setiu, Terengganu. Dibesarkan di ibukota Kuala Lumpur di kawasan kejiranan yang sangat majmuk dan berbilang bangsa iaitu Bangsar, kini menetap dan bekerja di Kuala Terengganu.

Saya baru sahaja tamat pengajian dari Universiti Teknologi Malaysia dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah, sebelumnya saya belajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun, Terengganu dalam pengajian Diploma Kejuruteraan Awam. Saya adalah menjadi alumni kepada beberapa buah sekolah menengah kerana keluarga saya sering berpindah randah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (L) Methodist, Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Kebangsaan Chalok (Model Khas), Setiu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu.

Saya paling minat menyunting rencana juga membaca rencana berkaitan politik, sejarah, geografi, demografi, Etnologi, sukan, dan rencana yang berkaitan dengan statistik.

Tujuan saya berada di Wikipedia

[sunting | sunting sumber]
  1. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu saya sendiri.
  2. Mengembangkan dan meningkatkan capaian atau carian dalam Wikipedia untuk laman rujukan Bahasa Melayu di Internet, dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di peringkat nasional dan dunia.
  3. Mencipta lebih banyak laman baru berdasarkan kepada rujukan dan sumber yang tepat, dengan kandungan dan ciri-ciri yang berkualiti tinggi, intelektual dan mudah difahami oleh pengguna Wikipedia.
  4. Menggalakkan rujukan kandungan terbuka di Internet.

Semoga ensiklopedia ini akan memberi manfaat kepada kita semua.

Pengguna ini bukan seorang penyelia, Wikipedia tetapi ingin menjadi salah satu daripadanya pada suatu hari nanti.
Pengguna ini ingin jadi kaya supaya dia dapat tolong diri sendiri dan orang lain.