Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
MotoPerkasa Dengan Teknologi Dan Iman
Ditubuhkan pada2001
Dirasmikan pada24 Julai 2006
Dirasmikan olehSultan Mizan Zainal Abidin
Pengarah terkiniPuan Hajah Zamra Binti Derahman
Timbalan Pengarah (Akademik)Mohyiddin Bin Salleh
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)Ts.Dr.Mohd Hafizil Bin Mat Yasin
LokasiDungun, Terengganu
Nama lama politeknikPoliteknik Dungun Terengganu
Laman webhttps://psmza.mypolycc.edu.my

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dahulunya dikenali sebagai Politeknik Dungun Terengganu (PDT). Ia diasaskan pembinaannya pada tahun 2001 di kaki Bukit Bauk, Dungun, Terengganu. Dibina di atas tapak seluas 100 hektar, politeknik ini mampu menampung pelajar sehingga 5000 orang pada satu masa. Manakala, kediaman siswanya mampu menampung sejumlah 1300 pelajar pada satu masa.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Demi menerajui keupayaan sebagai gedung penghasilan lulusan pelbagai bidang kejuruteraan, PSMZA mempunyai empat jabatan induk iaitu:-

  • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
  • Jabatan Kejuruteraan Awam,
  • Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, dan
  • Jabatan Teknologi Maklumat

Serta tiga jabatan sokongan iaitu:-

  • Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer dan
  • Jabatan Pengajian Am
  • Jabatan Sukan Dan Kokurikulum

PSMZA menawarkan sebanyak 9 program di peringkat Diploma dan 5 program di peringkat Sijil. Bagi melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta urusan pentadbiran, beberapa unit lain diwujudkan yang mempunyai peranan masing-masing seperti Unit Kaunseling & Kerjaya, Unit Latihan & Pendidikan Lanjutan, Unit Pentadbiran dan lain-lain lagi.

Perasmian[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Julai 2006 merupakan detik-detik bersejarah kepada PSMZA apabila Sultan Terengganu Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan untuk merasmikan Politeknik Dungun Terengganu. Semasa majlis perasmian tersebut, baginda telah menanam sepohon pokok dungun iaitu pokok sempena nama bagi daerah Dungun.

Setelah perasmian ini, nama politeknik telah ditukar kepada Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin sempena nama baginda.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Jabatan Kejuruteraan Elektrik[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) telah merencanakan program-program akademik di samping penekanan terhadap disiplin pelajar supaya para lulusan dapat menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta di negara kita. Usaha-usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk menjadi pusat kecemerlengan pendidikan di dalam bidang kejuruteraan dan melahirkan graduan yang berketrampilan, berakhlak mulia serta bertanggungjawab. Jabatan ini mempunyai bilangan kakitangan seramai 77 orang termasuk 3 orang kakitangan sokongan beserta bilangan pelajar adalah seramai 1,098 orang termasuk yang sedang mengikuti Latihan Industri.

Kursus-kursus yang ditawarkan ialah:-

  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (DKE)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) (DTK), dan
  • Sijil Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (SKE).

Pelbagai kemudahan disediakan dalam jabatan ini di antaranya ialah makmal komputer, makmal baikpulih elektronik, dewan kuliah, bilik-bilik kuliah dan lain-lain.

Tapak web rasmi Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Jabatan Kejuruteraan Awam[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) merupakan antara 4 jabatan induk di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.JKA menyediakan tenaga kerja separuh mahir yang akan membantu Jurutera Awam serta profesional industri pembinaan untuk membina bangunan, infrastruktur serta kemudahan awam sesuai dengan Wawasan Negara.

Modul yang ditawarkan di jabatan ini banyak memberi pendedahan kepada para pelajar di dalam aspek teori dan juga kemahiran amali.Para pelajar akan sentiasa diberi bimbingan dan pemantauan di samping dapat menggunakan pelbagai kemudahan terkini di makmal dan bengkel dan seterusnya dapat menjadi graduan yang cekap dan mahir dalam bidang Kejuruteraan Awam

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal[sunting | sunting sumber]

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) merupakan jabatan akademik terbesar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun Terengganu yang diterajui oleh Ketua Jabatan, Tn Hj. Abdul Karim bin Awang Kechik sejak awal pengoperasiannya tahun 2001.Sehingga Sesi Jan 2009, jabatan ini mempunyai tenaga pengajar seramai 96 orang dari 122 orang jawatan yang telah diluluskan.Terdapat 3 orang juruteknik yang mengurus dan menyelenggara peralatan bengkel/makmal dan seorang pembantu tadbir yang menjalankan kerja-kerja pengurusan pejabat.Jumlah pelajar sehingga Sesi Jan 2009 adalah seramai 2193 orang.Jabatan Kejuruteraan Mekanikal menawarkan lima bidang kursus kejuruteraan iaitu Kejuruteraan Mekanikal Am, Mekatronik, Pembuatan, Automotif dan Teknologi Plastik.Misi utama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal adalah untuk melahirkan tenaga kerja separa professional dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi memenuhi keperluan tenaga kerja separa professional dalam bidang kejuruteraan mekanikal bagi memenuhi keperluan tenaga kerja negara dalam sektor awam dan swasta. Enam tenaga kerja negara dalam sektor awam dan swasta.Enam buah bengkel dan sebelas buah makmal yang lengkap dengan peralatan yang canggih dan terkini disediakan untuk pelajar-pelajar membuat latihan amali bagi meningkatkan ketrampilan dan memperdalamkan lagi kefahaman pelajar dalm bidang masing-masing.Pada peringkat awal pengoperasiannya, kursus-kursus di Jabatan ini telah mengguna pakai kurikulum yang telah digunakan di Politeknik-politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia.Pada bulan Mei 2002,jabatan ini telah melaksanakan kurikulum baru serentak dengan politeknik-politeknik lain bagi pengambilan baru. Dalam mempercepatkan penyampaian maklumat daripada pihak pengurusan kepada semua staf JKM selari dengan teras ke 7 dalam Pelan Strategik KPTM, taklimat jabatan sentiasa dijalankan. Berbagai-bagai aktiviti telah dijalankan termasuklah kursus-kursus, tazkirah, mesyuarat dan program kebajikan bagi memenuhi visi dan misi jabatan. JKM sentiasa menitik beratkan kecemerlangan akademik dan juga sahsiah pelajar melalui program-program, bengkel-bengkel dan kem kepimpinan yang telah dijalankan.

Jabatan Teknologi Maklumat[sunting | sunting sumber]

Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) adalah satu jabatan induk yang beroperasi pada sesi Julai 2007 bertempat di tingkat 3 JKE. JTMK diterajui oleh Encik Najmi Wahidi Bin Ab. Wahab sebagai Ketua Program dan digerakkan oleh 44 orang tenaga pengajar serta 1 orang staf sokongan. JTMK menawarkan program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Beberapa kemudahan disediakan untuk para pelajar JTMK bagi melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran).

Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer[sunting | sunting sumber]

Jabatan Matematik, Sains dan Komputer merupakan jabatan sokongan yang terletak di blok D berhampiran dengan Jabatan Elektrik. Jabatan ini bertanggungjawab membantu ketiga-tiga jabatan induk iaitu Jabatan Mekanikal, Elektrikal dan Awam dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kakitangan di JMSK adalah seramai 30 orang termasuk 5 orang kakitangan bukan akademik. Secara amnya, matapelajaran yang diajar ialah Matematik, Sains Juruteknik dan Aplikasi Komputer. Jabatan ini juga menguruskan kemudahan-kemudahan dan menyediakan latihan komputer kepada para pensyarah dan pelajar. Antara kemudahan yang terdapat di JMSK adalah:

Jabatan Pengajian Am[sunting | sunting sumber]

Jabatan Pengajian Am (JPA) telah mula beroperasi secara rasmi di kampus utama Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Terengganu pada 08 Oktober 2001. JPA pada awalnya diterajui oleh seorang pensyarah sahaja kini telah mempunyai 30 orang pensyarah tetap yang terdiri daripada 17 orang pensyarah Pendidikan Islam (mengajar subjek Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Tamadun Islam) dan 13 orang pensyarah Bahasa Inggeris (mengajar subjek English For Technical Purposes 1 – 5). JPA telah menjalankan operasinya di sebuah bangunan 2 tingkat bersebelahan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Awam. Tingkat atas menempatkan bahagian pengurusan jabatan dan tingkat bawah pula menempatkan 3 buah makmal bahasa multimedia yang setiap satu berupaya menampung seramai 40 orang pelajar pada satu masa. Dengan segala prasarana dan kemudahan yang terdapat di jabatan ini memungkinkan semua warga JPA terus cemerlang dan berjaya dalam mengejar cita-cita politeknik bagi merealisasikan misi ke arah menjadi pusat pendidikan yang berkualiti.

Jabatan Sukan Dan Kokurikulum[sunting | sunting sumber]

Jabatan Sukan & Kokurikulum (JSK) merupakan jabatan bukan akademik yang telah ditubuhkan pada Mei 2008 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Peranan :

  • Melaksanakan modul kokurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran
  • Memberi latihan kepada warga PSMZA berkaitan aktiviti sukan & kokurikulum
  • Menganjurkan aktiviti sukan & kokurikulum menjadikan PSMZA sebagai pusat kecemerlangan sukan politeknik.
  • Mengimbangi sahsiah pelajar dari segi rohani, jasmani, fizikal dan intelektual

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]