Pengiring pembinasa kelas Abukuma
JS Ōyodo di pelabuhan Maizuru
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Pembina: | |
Pengguna: | Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun |
Didahului oleh: | kelas Yūbari |
Diganti oleh: | kelas Mogami |
Dibina: | 1988–1991 |
Ditauliahkan: | 1989–kini |
Dirancang: | 11 |
Disiapkan: | 6 |
Dibatalkan: | 5 |
Aktif: | 6 |
Ciri-ciri umum | |
Jenis: | Pengiring pembinasa |
Sesaran: |
|
Panjang: | 357 ka (109 m) |
Lunas: | 44 ka (13 m) |
Draft: | 12 ka (3.7 m) |
Jana kuasa: |
|
Halaju: | 27 knot (50 km/j) |
Anak kapal: | 120 |
Sistem penderia dan pemprosesan: | |
Persenjataan: |
|
Pengiring pembinasa kelas Abukuma (atau frigat) (Jepun: あぶくま型護衛艦, rumi: Abukumagatagoeikan ) adalah sebuah kapal pengiring pembinasa yang digunakan oleh Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun. Ia merupakan penerus kepada kelas Yūbari.[1]
Abukuma kini digantikan dengan frigat kelas Mogami.[2]
Rekabentuk
[sunting | sunting sumber]Kelas ini dirancang untuk mengantikan kelas Isuzu sebelumnya dan memiliki kedua-dua keupayaan ASW seperti yang terdapat pada kelas Chikugo dan keupayaan ASuW pada kelas Yūbari, selain daripada pelbagai peningkatan seperti di bawah:
Pengenalan teknologi halimunan
[sunting | sunting sumber]Kelas ini merupakan kapal tempur pertama dalam armada JMSDF yang dilengkapi dengan teknologi halimunan. Superstrukturnya mempunyai permukaan menegak tradisional, akan tetapi badannya dicondongkan untuk mengurangkan keratan rentas radar.
Peperangan elektronik
[sunting | sunting sumber]Ia merupakan kelas kapal pengiring pembinasa pertama yang dipasang dengan Naval Tactical Data System dan sistem arah tempur OYQ-7. Ia juga merupakan kelas pengiring pembinasa pertama yang memiliki keupayaan ECM dengan penyesak OLT-3.
Sistem persenjataan
[sunting | sunting sumber]Sistem Pertahanan Udara Jarak Dekat yang terdiri daripada radar pencari udara OPS-14, radar permukaan dan perolehan sasaran OPS-28, sebuah meriam tembak cepat Otobreda 76 mm yang dikawal oleh sistem kawalan tembakan FCS-2 dan Phalanx CIWS. OPS-14 adalah produk buatan Jepun yang setanding dengan radar AN/SPS-49 buatan Amerika, manakala OPS-28 pula setara dengan TAS Mk.23 buatan A.S. Phalanx CIWS memberi kelebihan dalam keupayaan pertahanan diri menentang peluru berpandu anti kapal. Sistem Peluru Berpandu Pertahanan Titik, Mk.31 RAM GMWS telah dirancang akan tetapi belum dipasang.
Sistem ASW terdiri daripada sebuah sonar lekapan badan, OQS-8 (setanding dengan DE-1167 buatan A.S), roket anti kapal selam, ASROC yang terdiri daripada lapan buah pelancar roket Type 74 (pengeluaran berlesen daripada Mark 16 GMLS buatan A.S) dan torpedo ringan ASW daripada dua buah pelancar tiub torpedo berkembar tiga, HOS-301 324 mm (12.8 in). Sebuah Sistem Sonar Jujukan Tunda Taktikal juga dirancang tetapi belum dipasang.
JMSDF merancang untuk membina 11 buah kapal dari kelas ini, tetapi akhirnya hanya enam buah yang telah dibina di sebabkan pembinasa kelas-Hatsuyukis telah mula diaturgerak. Kesemua enam buah kapal dalam kelas ini dinamakan bersempena dengan nama sungai-sungai di Jepun.
Kapal-kapal dalam kelas
[sunting | sunting sumber]No. Pennant | Nama | Dibaringkan | Dilancarkan | Ditauliahkan | Pelabuhan |
---|---|---|---|---|---|
DE-229 | Abukuma | 17 Mac 1988 | 21 Disember 1988 | 12 Disember 1989 | Kure |
DE-230 | Jintsū | 14 April 1988 | 31 Januari 1989 | 28 Februari 1990 | Sasebo |
DE-231 | Ōyodo | 8 Mac 1989 | 19 Disember 1989 | 23 Januari 1991 | Ominato |
DE-232 | Sendai | 14 April 1989 | 26 Januari 1990 | 15 Mac 1991 | Maizuru |
DE-233 | Chikuma | 14 Februari 1991 | 25 Januari 1992 | 24 Februari 1993 | Ominato |
DE-234 | Tone | 8 Februari 1991 | 6 Disember 1991 | 8 Februari 1993 | Kure |
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ "Abukuma Class Destroyer Escorts". Naval Technology (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-27. Dicapai pada 2024-07-09.
- ^ Fish, Tim (2022-04-11). "Japan Countering China's Naval Build-up with Modern Fleet". USNI News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-13. Dicapai pada 2024-07-09.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pengiring pembinasa kelas Abukuma |
- Jane's Fighting Ships 2005-2006
- Wertheim, Eric (2007). Naval Institute Guide to Combat Fleets of the World: Their Ships, Aircraft, and Systems. Naval Institute Press. m/s. 385–386. ISBN 978-1-59114-955-2.