Frigat kelas Mogami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Mogami
Pembina:
Pengguna: Bendera tentera laut Jepun Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun
Didahului oleh: kelas Abukuma
Kos: ¥50.0 bilion[1]
Dibina: 2019–kini
Ditauliahkan: 2022–2032 (rancangan)
Dibina: 4
Dirancang:
  • 8 (kumpulan pertama)
  • 22 (jumlah dirancang)
Ciri-ciri umum
Jenis: Frigat
Sesaran:
  • 3,900 tan standard
  • 5,500 tan muatan penuh
Panjang: 133 m (436 ka 4 in)
Lunas: 16.3 m (53 ka 6 in)
Jana kuasa:
Halaju: Lebih 30 knot (56 km/j; 35 mph)
Bot & lancang
yang dibawa:
2 x RHIB, UUV, USV
Krew: 90
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • OPY-2 (radar AESA band-X pelbagai guna)
  • OAX-3(EO/IR)
  • OQQ-25 (VDS + TASS) - ASW
  • OQQ-11 (sonar pencari periuk api)
  • OYQ-1 (sistem pengurusan tempur)
  • OYX-1-29 (sistem paparan konsol)
Peperangan elektronik
& pengumpan:
NOLQ-3E (sistem radar pasif + keupayaan serangan elektronik disepadukan ke dalam antena radar utama), dispenser chaff
Persenjataan:
Pesawat yang dibawa: 1 × helikopter SH-60L
Kemudahan penerbangan: 1 x hangar

Frigat kelas-Mogami (juga dikenali sebagai 30FFM, 30FF, 30DX, atau 30DEX) adalah sebuah kelas frigat halimuman misi pelbagai yang dibangunakn untuk Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun (JMSDF).

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2015, belanjawan pertahanan Jepun menyediakan dana untuk mengkaji pembinaan sebuah "pembinasa baharu berbadan kompak dengan tambahan keupayaan fungsi berbilang" selain sebuah sistem radar baharu untuk pembinasa ini.[2] Pada tahun yang sama, Mitsubishi Heavy Industries (MHI) mendedahkan sebuah konsep model frigat pertama (30FF) yang mana dibangunkan dengan menggunakan dana mereka sendiri.[1][3]

Pada Ogos 2017, Agensi Logistik, Teknologi dan Perolehan (ATLA) telah memilih MHI dan Mitsui Engineering and Shipbuilding sebagai kontraktor dan sub-kontraktor utama untuk membina frigat ini. Selain itu, pihak agensi juga memilih sebuah lagi rekabentuk baharu yang berbeza sepenuhnya (30DX). Kapal baharu ini akan mengantikan pembinasa kelas-Asagiri dan pengiring pembinasa kelas-Abukuma.[1]

Pembinaan 30DX telah bermula pada 2018. Sejumlah 22 buah kapal akan dibina berdasarkan rekabentuk ini sehingga tahun 2032, di mana lapan buah kumpulan pertama tertakluk di bawah kontrak pada 2018; bermakna dua buah kapal akan dibina pada setiap tahun.[4]

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Rekabentuk 30DX bertujuan untuk mencapai sebuah kapal moden bersaiz frigat dengan keupayaan menyamai dengan pembinasa kelas-Akizuki tetapi dengan jumlah anak kapal yang lebih kecil dan mempunyai separuh jumlah sel VLS.[5]

30FF[sunting | sunting sumber]

Tujuan adalah untuk menggunakan model 30FF yang mana rekabentuknya menyerupai kapal tempur pesisir kelas-Freedom milik Tentera Laut Amerika Syarikat dengan sebuah tiang disepadukan. Persenjataannya termasuk sebuah meriam Mark 45 kaliber 5"/54, dua buah stesen senjata kawalan jauh yang terletak di antara bridge dan meriam utama, sebuah SeaRAM di atas hangar helikopter dan sebuah helikopter. Panjang kapal versi ini adalah 120 meter (393 ka 8 in), dengan lunas sepanjang 18 meter (59 ka 1 in), dan sesaran sekitar 3,000 metric ton (3,000 long ton). Rekabentuk 30FF dirancang akan mempunyai halaju maksimum kira-kira 40 knot (74 km/j; 46 mph) dan boleh memuatkan 100 orang anak kapal.[1][6]

30DX[sunting | sunting sumber]

Bagaimanapun, model 30DX akhirnya dipilih untuk dibina. Rekabentuk 30DX (meskipun moden) adalah lebih konservatif berbanding dengan pendekatan radikal pada 30FF. Tiga faktor utama yang menyebabkan perubahan rekabentuk adalah kemampuan, , pengecilan/automasi, dan keupayaan misi pelbagai.[1] Kapal ini mempunyai panjang keseluruhan 130 meter (426 ka 6 in), lebar 16 meter (52 ka 6 in), sesaran standard 3,900 metric ton (3,800 long ton) dan sesaran dengan muatan penuh sekitar 5,500 metric ton (5,400 long ton), dan halaju maksimum melebihi 30 knot (56 km/j; 35 mph).[7] Frigat ini akan dijanakuasa oleh sebuah turbin gas Rolls-Royce MT30.[8]

Persenjataan untuk 30DX termasuk sebuah meriam Mk 45, dua buah stesen senjata kawalan jauh di atas anjungan, 16-sel Sistem Pelancaran Menegak Mk 41 (VLS) di haluan, 8 buah peluru berpandu anti kapal, sebuah SeaRAM, sebuah helikopter SH-60L, torpedo dan pelancar pengumpan. Antara keupayaan lain adalah kemampuan untuk melancarkan dan memperolehi semula kenderaan bawah air tanpa pemandu (UUV), kenderaan permukaan tanpa pemandu (USV),[9] dan periuk api laut daripada tanjakan belakang yang terletak di bawah dek helikopter.[5] 30DX juga dijangka akan menggunakan peluru berpandu anti udara jarak jauh Type 03 Chū-SAM yang kini digunakan oleh Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun.[10]

Rekabentuk halimuman yang terdapat pada kedua-dua model adalah berdasarkan pembangunan penyelidikan dan pengajaran daripada teknologi halimunan pada pesawat Mitsubishi X-2 Shinshin (sebelumnya: ATD-X), oleh kerana kedua-dua platform telah direka oleh Mitsubishi Heavy Industries.[7][11] Selain keupayaan halimunan, frigat ini juga menitik beratkan pada tahap automasi yang tinggi. Ini akan membolehkan frigat ini memiliki saiz anak kapal yang kecil (90 orang) berbanding dengan kapal-kapal lain dengan saiz yang sama.[12]

Automasi[sunting | sunting sumber]

Konsep frigat 30DX dalam bentuk 3D

Semasa di Sea Air Space 2019, Mitsubishi Heavy Industries mendedahkan cadangan 'Advanced Integrated CIC' mereka untuk frigat ini. Berdasarkan pada laporan, ia akan menggabungkan "wheelhouse", pengurusan bilik kesedaran situasi, bilik enjin dan kawalan janakuasa pusat maklumat tempur dalam sebuah dinding skrin membulat 360-darjah. Ia akan memaparkan pandangan panorama di sekeliling kapal tanpa titik buta di skrin, dan juga akan menggunakan teknologi augmented reality untuk membezakan objek-objek yang ditunjukan dan mengemudi kapal.[12]

Kapal-kapal dalam kelas[sunting | sunting sumber]

No. badan Nama Dibaringkan Dilancarkan Ditauliahkan Pembina
FFM-1 JS Mogami 29 Oktober 2019 3 Mac 2021[13] Dijadualkan pada Mac 2022 Mitsubishi, Nagasaki
FFM-2 JS Kumano 30 Oktober 2019 19 November 2020 Dijadualkan pada Mac 2022 Mitsui, Tamano
FFM-3 JS Noshiro 15 Julai 2020 22 Jun 2021[14] Dijadualkan pada Disember 2022 Mitsubishi, Nagasaki
FFM-4 JS Mikuma 15 Julai 2020 10 Disember 2021 Dijadualkan pada Mac 2023[15] Mitsubishi, Nagasaki
FFM-X FY Reiwa 2 FFM
(02FFM)
24 Jun 2021[16] Dijadualkan pada Jun 2022 Dijadualkan pada Disember 2023 Mitsubishi, Nagasaki
FFM-X FY Reiwa 2 FFM
(02FFM)
Dijadualkan pada Disember 2022 Dijadualkan pada Mac 2024 Mitsubishi, Nagasaki
FFM-X Belum dinamakan TBA Mitsubishi, Nagasaki
TBA Mitsui, Tamano

Eksport[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua rekabentuk frigat telah dipamerkan di empat buah pameran tentera laut bagi menarik minat para pelanggan eksport berpotensi. Rekabentuk 30FF telah dipertontonkan di PACIFIC 2015 sebagai sebuah pesaing untuk Program Frigat SEA5000 ASW untuk Tentera Laut Diraja Australia dan dipamerkan sekali lagi di Sea Air Space 2017.[6][11] Rekabentuk 30DX juga dipamerkan di Sea Air Space 2018 (juga pada tahun 2019) dan Euronaval 2018.[5][17]

Jepun merancang untuk mengeksport empat buah frigat ke Indonesia, dan empat buah lagi akan dibina di Indonesia dalam satu kontrak bernilai ¥300 bilion.[18] Pada Mac 2021, Jepun dan Indonesia telah menandatangani sebuah perjanjian kerjasama ketenteraan, yang mana memperbaiki jadual penghantaran.[19]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Japan's ATLA Selected MHI & Mitsui to build 30DX Surface Combatant for JMSDF". Navy Recognition. 16 August 2017. Dicapai pada 26 October 2018.
  2. ^ "Defense Programs and Budget of Japan Overview of FY2015 Budget" (PDF). Japan Ministry of Defense. January 2015. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 March 2016. Dicapai pada 26 October 2018.
  3. ^ "Mitsubishi Heavy Industries Unveiled 30FF or DEX Next Generation Vessel Concept for the JMSDF". Navy Recognition. 12 June 2015. Dicapai pada 26 October 2018.
  4. ^ "Acquisition Program Analysis and Evaluation Report (New frigate)" (PDF). Ministry of Defense (Japan). 31 August 2018. m/s. 27–28.
  5. ^ a b c "SAS 2018: Japan's MHI Showcasing 30DX Multi-Mission Frigate Design". Navy Recognition. 12 April 2018. Dicapai pada 26 October 2018.
  6. ^ a b DefenseWebTV (5 April 2017). "Sea-Air-Space 2017 Day 3 / Part 1 - International Presence & US Naval Technology". YouTube. Dicapai pada 26 October 2018.
  7. ^ a b DefenseWebTV (12 April 2018). "Sea-Air-Space 2018 Day 3 - JMSDF 30DX - Zodiac H-1300 - MARTAC Mantas - HII LX(R) - Airbus VSR700". YouTube. Dicapai pada 26 October 2018.
  8. ^ "Rolls-Royce MT30 Gas Turbine to Power Japan's New 30FFM Frigate". Navy Recognition. 29 May 2018. Dicapai pada 26 October 2018.
  9. ^ Inaba, Yoshihiro (August 31, 2021). "New USV for Japan's Mogami-class FFM Frigate Breaks Cover". www.navalnews.com.
  10. ^ Takahashi, Kosuke (2 November 2018). "MHI to build two new multirole frigates for JMSDF". Jane's 360. Dicapai pada 11 February 2019.
  11. ^ a b "PACIFIC 2015: Pictures of the Contenders for the Australian Navy SEA5000 ASW Frigate Program". Navy Recognition. 10 October 2015. Dicapai pada 26 October 2018.
  12. ^ a b "JMSDF Future Frigate To Feature Futuristic 360° Augmented Reality Wall". Naval News. 28 May 2019.
  13. ^ Takahashi, Kosuke. "Japan's MHI launches second 3,900 tonne-class multirole frigate for JMSDF". Janes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-03-08.
  14. ^ "launch ceremony held for FY Reiwa 1 planned multirole frigate" (PDF). www.mod.go.jp.
  15. ^ "令和元年度計画護衛艦の起工式の開催". www.mod.go.jp.
  16. ^ "令和2年度計画護衛艦の起工式を開催" (PDF). 九州防衛局. 2021-06-24. Dicapai pada 2021-11-05.
  17. ^ "Euronaval 2018: Mitsubishi from Japan new concept of Future Multi-Mission Frigate". Navy Recognition. 26 October 2018. Dicapai pada 11 February 2019.
  18. ^ "Japan plans to export MSDF destroyer to Indonesia". The Japan Times. 5 November 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-25. Dicapai pada 3 March 2021.
  19. ^ "Japan could deliver eight Mogami-class stealth frigates to Indonesia".