Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun
Pasukan Laut Pertahanan Diri Jepun (JMSDF) 海上自衛隊 (Kaijō Jieitai) | |
---|---|
![]() Bendera Matahari Terbit | |
Ditubuhkan | 1952 |
Kesetiaan | ![]() |
Jenis | Tentera laut |
Peranan | Mempertahankan wilayah perairan Jepun dan syarikat perkapalan. |
Keanggotaan | 45,800 anggota 114 kapal perang[1][2] 339 pesawat |
Markas/Ibu pejabat | Yokosuka, Jepun |
Komander | |
Komander semasa |
Laksamana Katsutoshi Kawano |
Pasukan Laut Pertahanan Diri Jepun (海上自衛隊 Kaijō Jieitai), atau JMSDF, adalah cawangan tentera laut bagi Pasukan Pertahanan Diri Jepun, yang bertugas memberikan pertahanan maritim untuk Jepun. Ia dibentuk setelah terbubarnya Tentera Laut Imperial Jepun, iaitu seusai Perang Dunia Kedua.[3] Angkatan ini memiliki armada yang besar dengan kemampuan operasi laut lepas yang nyata. Kekuatan persenjataannya secara ketat ditujukan untuk pertahanan. Tugas utama angkatan ini adalah mempertahankan kawalan negara ke atas jalur pelayaran dan melakukan rondaan perairan wilayah. Ia juga telah meningkatkan keterlibatannya dalam operasi menjaga keamanan (peacekeeping operation, PKO) dan operasi pencegahan maritim (maritim interdiction operation, MIO) di bawah pimpinan PBB.
Angkatan ini berkekuatan rasmi sekitar sekitar 45,800 anggota. Ketua Turus Pasukan Pertahanan Diri Laut Jepun saat ini adalah Laksamana Katsutoshi Kawano.
Isi kandungan
Pangkat[sunting | sunting sumber]
Berikut adalah butiran pangkat pegawai JMSDF, menunjukkan pangkat Jepun, terjemahan bahasa Inggeris dan persamaan NATO.
- Pegawai Bertauliah
Pangkat Jepun (dalam bahasa Jepun) | Pangkat Jepun (Terjemahan) | Pangkat Jepun (dalam bahasa Inggeris) | Kod NATO |
---|---|---|---|
幕僚長たる海将 (Bakuryō-chō taru Kaishō or kaibaku) | Ketua Turus Laksamana | Laksamana | OF-9 |
海将 (Kaishō) | Laksamana | Laksamana Madya | OF-8 |
海将補 (Kaishō-ho) | Asisten Laksamana | Laksamana Muda | OF-7 |
1等海佐 (Ittō Kaisa) | Kepten Pertama | Kepten | OF-5 |
2等海佐 (Nitō Kaisa) | Kepten Kedua | Komander | OF-4 |
3等海佐 (Santō Kaisa) | Kepten Ketiga | Leftenan Komander | OF-3 |
1等海尉 (Ittō Kaii) | Leftenan Pertama | Leftenan | OF-2 |
2等海尉 (Nitō Kaii)] | Leftenan Kedua | Leftenan Madya | OF-1 |
3等海尉 (Santō Kaii) | Leftenan Ketiga | Leftenan Muda | OF-1 |
- Pegawai Waran
准海尉 (Jun Kaii) | Leftenan Kadet | Pegawai Waran I | OR-9 |
- Pegawai Tanpa Tauliah
海曹長 (Kaisō-chō) | Pegawai Waran II | Pegawai Waran II | OR-8 |
1等海曹 (Ittō Kaisō) | Bintara Kanan | Bintara Kanan | OR-7 |
2等海曹 (Nitō Kaisō) | Bintara Muda | Bintara Muda | OR-6 |
3等海曹 (Santō Kaisō) | Laskar Kanan | Laskar Kanan | OR-5 |
- Lain-Lain Pangkat
海士長 (Kaishi-chō) | Ketua Kelasi | Laskar Kelas I | OR-3 |
1等海士 (Ittō Kaishi) | Kelasi Kelas 1 | Laskar Kelas II | OR-2 |
2等海士 (Nitō Kaishi) | Kelasi Kelas 2 | Laskar Muda | OR-1 |
Pangkat disenaraikan dengan pangkat lebih rendah disebelah kanan.
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
- Pasukan Pertahanan Diri Jepun
- Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun
- Pasukan Pertahanan Diri Udara Jepun
- Tentera Laut Imperial Jepun