Pergi ke kandungan

Pengoptimuman enjin gelintar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Satu halaman hasil gelintaran yang tipikal.

Pengoptimuman enjin gelintar atau pengoptimuman enjin carian (bahasa Inggeris: search engine optimization, SEO) ialah proses meningkatkan kuantiti dan kualiti trafik ke sesuatu laman sesawang daripada enjin gelintar atau enjin carian melalui hasil carian semula jadi (organik), bukan melalui iklan berbayar. Secara umum, semakin tinggi kedudukan sesuatu laman sesawang dalam halaman hasil enjin carian (SERP), semakin besar kemungkinan ia dikunjungi oleh pengguna. SEO juga merangkumi pengoptimuman untuk pelbagai jenis carian, termasuk carian imej, carian setempat dan carian menegak yang khusus mengikut industri.

Matlamat syarikat enjin carian adalah untuk memberi maklumat terbaik berdasarkan carian pengguna. Oleh itu, enjin carian menggunakan algorithm yang “memberi markah” kepada laman sesawang yang mereka jumpai. Laman sesawang yang mempunyai "markah tinggi" bakal menduduki posisi tertinggi di dalam keputusan carian. SEO adalah proses untuk menaikkan "markah" laman sesawang dan memberitahu enjin carian mengenai laman sesawang tersebut.[1]

Sebagai strategi pemasaran untuk meningkatkan kaitan sesuatu laman sesawang, SEO mempertimbangkan bagaimana algoritma gelintaran berfungsi dan apakah para pembaca sedang mencari. Usaha SEO melibatkan pengekodan, penyampaian dan struktur laman sesawang, serta juga penyelesaian masalah yang boleh menghalang atur cara pengindeksan enjin gelintar daripada melelabahkan sepenuhnya sesuatu tapak.

Usaha-usaha lain yang lebih ketara termasuklah menambahkan kandungan kepada sesuatu laman sesawang dan memastikan kandungan itu mudah diindeks oleh robot enjin gelintar, selain daripada membuatkan laman sesawang itu lebih menarik kepada para pengguna. Satu kelas teknik yang dikenali sebagai SEO Black Hat atau pengindeksan spam mempergunakan kaedah seperti ladang pautan dan penyumbatan kata kunci yang cenderung menjejaskan pengalaman pengguna enjin gelintar. Justera, enjin carian mencari-cari laman sesawang yang mempergunakan teknik ini dan menyingkirkannya daripada senarainya.

Parap "SEO" juga boleh merujuk kepada "pengoptimum enjin carian", sepatah istilah yang telah digunakan oleh industri perunding yang menjalankan projek pengoptimuman bagi pihak pelanggan, serta juga oleh para pekerja yang melakukan perkhidmatan SEO sendiri.[2]

Para pengoptimum enjin carian boleh membekalkan SEO sebagai suatu perkhidmatan tersendiri atau sebagai sebahagan kempen pemasaran yang lebih luas. Oleh sebab SEO yang lebih berkesan mungkin memerlukan perubahan kod sumber HTML bagi sesuatu tapak, maka taktik SEO boleh digabungkan ke dalam pembangunan dan reka bentuk laman sesawang. Istilah "ramah enjin carian" boleh dipergunakan untuk menghuraikan reka bentuk, menu, sistem pengurusan kandungan dan kart beli-belah yang boleh dioptimumkan dengan mudah.

Dalam konteks industri SEO di Malaysia, pengoptimuman enjin carian dalam bahasa Melayu masih lagi rendah. Ini bermakna proses untuk menaikkan lagi kedudukan carian kata kunci dalam Bahasa Melayu di laman pertama adalah lebih mudah berbanding bahasa Inggeris.[3]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Enjin carian yang utama

[sunting | sunting sumber]

Enjin carian utama tempatan

[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan SEO

[sunting | sunting sumber]

SEO yang terkenal

[sunting | sunting sumber]

Wakil enjin carian

[sunting | sunting sumber]

Nota kaki

[sunting | sunting sumber]
  1. Tips SEO Malaysia
  2. What is an SEO Audit?
  3. Adam Harrs (21 May 2024). "Apa Itu SEO dalam Pemasaran Digital". Semantic.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]