Penyatuan Bulgaria
Penyatuan Bulgaria (Bahasa Bulgaria: Съединение на България, Saedinenie na Balgariya) merupakan tindakan penyatuan Prinsipaliti Bulgaria dengan wilayah di Rumelia Timur pada musim luruh 1885.[1][2] Ia telah diselaraskan secara bersama oleh Jawatankuasa Revolusi Pusat Rahsia Bulgaria (BSCRC). Kedua-duanya merupakan sebahagian daripada empayar Uthmaniyah, tetapi Prinsipaliti berfungsi secara de facto bebas sementara Rumelia Timur merupakan wilayah autonomi dengan kehadiran pihak Uthmaniyah. Penyatuan ini dilengkapkan selepas pemberontakan di bandar-bandar Rumelia Timur, diikuti dengan satu rampasan kuasa pada 18 September [G.L.: 6 September] 1885 yang disokong oleh Knyaz Bulgaria, Alexander I. BSCRC, yang diasaskan oleh Zahari Stoyanov, mula mempopularkan idea penyatuan secara aktif dengan menggunakan akhbar dan tunjuk perasaan awam pada musim bunga 1885.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Perang Rusia-Turki (1877–1878) ke-10 tamat dengan Perjanjian San Stefano ditandatangani, yang mana menyaksikan kehilangan besar wilayah empayar Uthmaniyah. Bulgaria muncul kembali selepas 482 tahun pemerintahan oleh kuasa asing, meskipun wujud sebagai sebuah Prinsipaliti di bawah kekuasaan Uthmaniyah.
Para diplomat Rusia mengetahui bahawa Bulgaria tidak akan kekal di dalam sempadan-sempadan ini untuk jangka masa yang lama — perjanjian San Stefano dikenali sebagai "permulaan" oleh pihak Rusia sendiri. Kongres Berlin yang bermula pada 13 June [G.L.: 1 June] 1878 dan berkahir pada 13 July [G.L.: 1 July] 1878 dengan Perjanjian Berlin yang mana mengasaskan sebuah negara lindungan Bulgaria di wilayah yang terletak antara Balkan dan Danube. Kawasan antara Pergunungan Balkan dan Pergunungan Rila dan Rhodope menjadi sebuah wilayah autonomi Uthmaniyyah yang dikenali sebagai Rumelia Timur. Pemisahan selatan Bulgaria kepada wilayah pentadbiran yang berbeza merupakan satu jaminan untuk mengendurkan kegusaran yang ditunjukan oleh Great Britain dan Austria-Hungary bahawa Bulgaria akan mendapat akses ke Laut Aegean, yang mana secara logik bermakna Rusia akan mendekati Mediterranean.
Bahagian ketiga terbesar dalam San Stefano Bulgaria — iaitu Macedonia — tidak mendapat sedikitpun kebebasannya, apabila ia kekal berada di dalam wilayah Uthmaniyah sepertimana sebelum perang tercetus.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Nota
[sunting | sunting sumber]- ^ Chisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. .
- ^ Anderson, Frank Maloy; Hershey, Amos Shartle (1918). "The Bulgarian Revolution of 1885". Handbook for the Diplomatic History of Europe, Asia, and Africa 1870-1914. Washington, DC: National Board for Historical Service, Government Printing Office. m/s. 119–122. Unknown parameter
|chapterurl=
ignored (bantuan);|access-date=
requires|url=
(bantuan)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Schuyler, Eugene (November 1885), "United Bulgaria", The North American Review, 141, m/s. 464–474, JSTOR 25118547.
- Laveleye, Emile de (November 1886). "The Situation in the East". The Contemporary Review. L: 609–619. Dicapai pada 25 September 2018 – melalui Internet Archive.
- Lang, Robert Hamilton (1886). Roumelian Coup D'état, Servo-Bulgarian war, and the latest phase of the Eastern question. London: Harrison and Sons. Dicapai pada 6 September 2018 – melalui Internet Archive.
- Samuelson, James (1888). Bulgaria: Past and Present, Historical, Political and Descriptive. London: Trübner and Co. m/s. 79–83. Dicapai pada 6 September 2018 – melalui Internet Archive.
- Holland, Thomas Erskine (1898), "Bulgaria, Greece and the Treaty of Berlin", Studies in International Law, Oxford: Clarendon Press, m/s. 251–269, dicapai pada 23 September 2018 – melalui Internet Archive
- Gilman, Daniel Coit; Peck, Harry Thurston; Colby, Frank Moore, penyunting (1903). "Bulgaria". The New International Encyclopaedia. III. New York: Dodd, Mead and Company. m/s. 592. Dicapai pada September 6, 2018 – melalui HathiTrust Digital Library.
- J. D. B. (1910). "Bulgaria (Union with Eastern Rumelia)". The Encyclopaedia Britannica; A Dictionary of Arts, Sciences, Literature and General Information. IV (BISHARIN to CALGARY) (ed. 11th). Cambridge, England: At the University Press. m/s. 782–783. Dicapai pada 6 September 2018 – melalui Internet Archive.
- Rose, J. Holland (1922). "The Making of Bulgaria". The Development of the European Nations; 1870-1921 (ed. 6th). New York and London: G.P. Putnam's Sons. m/s. 299–343. Dicapai pada 24 September 2018 – melalui Internet Archive.
- Hyde, Arthur May (1931). "Union of the Two Bulgarias". A Diplomatic History of Bulgaria, 1870-1886. Urbana: University of Illinois. m/s. 141–158. Dicapai pada September 6, 2018 – melalui HathiTrust Digital Library.
- Jono Mitev — "The Unification" / Йоно Митев — "Съединението", Военно издателство