Rumelia Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rumelia Timur
Източна Румелия
Ανατολική Ρωμυλία
روم الى شرقى‎
Wilayah autonomi di Empayar Uthmaniyyah
1878–1908a
Flag of Rumelia Timur
Principality of Bulgaria (1890).svg
Rumelia Timur pada 1890.
  •   Rumelia Timur
Ibu kotaPlovdiv
Populasi 
• bancian 1884
975,030
Kerajaan
 • JenisWilayah autonomi
Gabeneor-Jeneral 
• 1879–1884
Aleksandar Bogoridi
• 1884–1885
Gavril Krastevich
• 1886
Aleksandar Battenberg
• 1887–1908
Ferdinand Sakskoburggotski
Sejarah 
13 Julai 1878
6 September 1885 / 1908a
Didahului oleh
Diganti oleh
Empayar Uthmaniyyah
Prinsipaliti Bulgaria
Hari ini sebahagian daripada Bulgaria

Rumelia Timur (Bahasa Bulgaria: Източна Румелия, Iztochna Rumeliya; Bahasa Turki Uthmaniyah: روم الى شرقى‎, Rumeli-i Şarkî; Bahasa Yunani: Ανατολική Ρωμυλία, Anatoliki Romylia) adalah sebuah wilayah autonomi (oblast yang terletak di Bulgarian, vilayet dalam bahasa Turki) dalam empayar Uthmaniyyah. Ia diasaskan pada tahun 1878 ekoran Perjanjian Berlin dan de facto berakhir pada tahun 1885, apabila ia bersatu dengan Prinsipaliti Bulgaria, yang mana juga terletak di bawah kedaulatan Uthmaniyah. Ia terus menjadi wilayah de jure di Uthmaniyah sehingga tahun 1908, apabila Bulgaria mengistiharkan kemerdekaannya.

Ethnik Bulgaria membentuk penduduk majoriti di Rumelia Timur, di mana terdapat kehadiran penduduk minoriti Turki dan Greek yang ketara. Ibukotanya adalah Plovdiv (Uthmaniyah Filibe, Greek Philippopolis).

Populasi dan demografi etnik[sunting | sunting sumber]

Peta komposisi etnik di Balkan oleh ahli kartografi Jerman-Inggeris E. G. Ravenstein pada 1870.
Peta komposisi etnik di Balkan oleh A. Synvet pada 1877, seorang profesor Perancis dari Lyceum of Constantinople Uthmaniyyah. Ia dianggap sebagai pro-Greek oleh para sejarawan terkemudian.[1]
Peta komposisi etnik di Balkan oleh Andrees Allgemeiner Handatlas, Edisi Pertama, Leipzig 1881.
Peta komposisi etnik di Balkan oleh ahli geografi dan kartografi Jerman, Heinrich Kiepert pada 1882.

Komposisi etnik di Rumelia Timur berdasarkan bancian wilayah yang dibuat pada tahun 1884, adalah seperti berikut:[2]

Etnik (bancian 1884) Penduduk Peratusan
Bulgaria 681,734 70.0%
Turki 200,489 20.6%
Greek 53,028 5.4%
Roma (Gipsi) 27,190 2.8%
Yahudi 6,982 0.7%
Armenia 1,865 0.2%
Jumlah 975,030 100%

Komposisi etnik di wilayah-wilayah Bulgaria di Pazardzhik, Plovdiv, Stara Zagora, Haskovo, Sliven, Yambol dan Burgas, yang mana merangkumi wilayah yang lebih kurang sama dengan Rumelia Timurd berdasarkan bancian pada 2001 seperti berikut:

Etnik (2001 census)[3] Penduduk Peratusan
Bulgaria 2,068,787 83.7%
Turki 208,530 8.4%
Roma (Gipsi) 154,004 6.2%
Armenia 5,080 0.2%
Rusia 4,840 0.2%
Greek 1,398 0.1%
Yahudi 251
Lain-lain 8,293 0.3%
Tidak dinyatakan 21,540 0.9%
Jumlah 2,472,723 100%

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

↑a From 1885 Eastern Rumelia was de facto part of the Principality of Bulgaria 
↑b The western part of this canton refused to recognize the authority of Eastern Rumelia, formed the so-called Republic of Tamrash and in 1886 was ceded back to the Ottoman Empire by the Tophane Agreement 
↑c The canton of Kardzhali was ceded back to the Ottoman Empire by the Tophane Agreement 
↑d Burgas, Haskovo, and Pazardzhik provinces also include territory that was not part of Eastern Rumelia, while other parts of Eastern Rumelia are now in the provinces of Sofia, Smolyan and Kardzhali. The de facto independent Republic of Tamrash, which is now divided between the provinces of Smolyan and Plovdiv, didn't participate in the 1884 census. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Robert Shannan Peckham, Map mania: nationalism and the politics of place in Greece, 1870–1922, Political Geography, 2000, p.4: [1]
  2. ^ "6.1 European population committee (CDPO)". Council of Europe. m/s. II. The Demographic Situation of Ethnic/minority Groups 1. Population Size and Growth.
  3. ^ http://www.nsi.bg/Census/Ethnos.htm

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Делев, Петър; Валери Кацунов; Пламен Митев; Евгения Калинова; Искра Баева; Боян Добрев (2006). История и цивилизация за 11. клас (dalam bahasa Bulgarian). Труд, Сирма.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]