Perbincangan:Asmah Ahmad

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tidak setuju dihapuskan. Malaysia sebuah negara sedang membangun. Krgiatan menulis bukan satu kebiasaan.Ahli keluarga sendiri tidak terpanggil untuk menulis tentang ahli keluarga keluarganya, apa lagi orang lain. Tidak pernah ada diari atau buku sejarah keluarga. Alangkah baiknya kita mengikut gaya penulisan Raja Ali Haji.

Hal sejarah 'kecil' hanya dapat disahkan setelah beberapa lama, itupun jika ada yang berminat membuat kajian/ temubual.Kalau ada tesis mahupun latihan ilmiah, ia terhad di bilik pensyarah atau perpustakaan sahaja.Lapuk tak berjenguk.

Lihatlah orientalis barat, mereka masuk kampung keluar kampung, merakam sastera lisan dari Pawang Ana , Mir Hassan di Chenderiang, Perak. Kalau tak kerana jasa orientalis ini, sastera lisann yang kononnya 'tak bermutu' akan hilang dek zaman.

Lihatlah kejayaan Harry Potter , Mr Bean. Ia berasaskan cerita tradisional tempatan, cerita lisan , cerita dongeng. Tetapi sekarang diminati kanak-kanak dan orang dewasa di seluruh dunia. Penulisnya boleh buat duit lagi.Malekhanif (bincang) 07:06, 16 Julai 2009 (UTC)[balas]

Seperti saya katakan, ia tidak dapat disahkan, dengan itu berlawanan dengan prinsip Wikipedia. Contoh, jika seseorang mendakwa menerima gelaran datuk, kemudian menggunakan maklumat di Wikipedia ini bagi menyakinkan orang lain untuk kegiatan jenayah; siapa yang bertanggung jawab. Sila pastikan hanya maklumat yang boleh disahkan diletakkan di sini. Lagi pun, kalau tidak silap saya semua guru menanda tangan surat akur janji tidak terbabit berpolitik. Jika benar dia aktif politik, boleh dipecat secara sah, tak perlu tukar sekolah. Yosri (bincang) 09:19, 16 Julai 2009 (UTC)[balas]
Perbincangan ini tidak relevan sebenarnya. Kandungan laman ini diciplak dari http://tgkarang.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=18&Itemid=26 dan akan saya hapuskan sekiranya tidak diperbaiki dalam masa terdekat. ...Aurora... (b) 10:33, 16 Julai 2009 (UTC)[balas]
Lebih baik dihapuskan sahaja, lebih-lebih lagi kerana kandungan rencana disalin bulat-bulat daripada laman tersebut tanpa petikan sumber. - Hezery99 (bincang) 03:26, 21 Julai 2009 (UTC)[balas]