Perbincangan:Kongzi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Featured articleKongzi is a featured article; it (or a previous version of it) has been identified as one of the best articles produced by the Wikipedia community. Even so, if you can update or improve it, please do so.
?Featured article candidatePromoted
  • Error: invalid date 'sebelum 2007' detected in parameter 'maindate' (help).
  • Warning: no date specified for action 1; please add a date to parameter 'action1date' or remove the other parameters beginning with 'action1' (help).
Crystal personal.svg Rencana ini berada dalam bidang WikiProjek Biografi. Untuk maklumat lanjut, lawati laman projeknya.
Rencana pilihan RP Rencana ini yang digolongkan sebagai Kelas RP pada skala mutu projek ini. [FAQ]
Maintenance An appropriate infobox may need to be added to this article, or the current infobox may need to be updated. Please refer to the list of biography infoboxes for further information.

Oleh sebab portal ini merupakan portal Bahasa Melayu, baik kita menggunakan nama bahasa Melayu yang rasmi, sebagaimana yg diberikan oleh Dewan Bahasa.

Secara kebetulan, namanya sama saja dengan Bahasa Inggeris. Beli loteri pun tak begitu tepat!!! — PM Poon 14:55, 21 Mac 2006 (UTC)

Ya? Terdapat Confucius dalam Kamus dewan dan pustaka?? Saya selalu menggunakan Kamus dewan online iaitu Dewan tetapi "Tiada Sebarang Keputusan Dapat Dicapai" termuncul. Mungkin tersilap menggunakan bahan rujukan. Terima kasih akan menyedari saya adanya rujukan yang lebih tepat. Walau bagaimanapun, Confucius tetap tidak wujud. - 05:49, 22 Mac 2006 (UTC)

Memandangkan adanya rujukan yang tepat, Konfucianisme digantikan dengan Ajaran Confucius. - 06:26, 22 Mac 2006 (UTC)


Hai Bacabaca, kalau anda hendak mencari terjemahan untuk nama "Confucius", memang istilah itu tidak berada dalam Kamus Dewan dalam talian kerana mereka biasanya tidak memberikan terjemahan untuk nama orang ataupun nama tempat. Oleh sebab itu, kita kenalah fleksibel (hehehe, ganjil kan ejaan ini? Buat pertama kali saya melihatnya! Bagaimanapun, ia bukan ciptaan saya) menggunakan kamus itu.

Jangan cari nama orang atau tempat. Selalu carikan kata sifatnya ataupun kata nama lain yang berkaitan. Pada halaman yang telah diberikan dahulu di atas, terjemahan adalah seperti berikut:

Confucian mandarinate: sistem pentadbiran Confucius.

sedangkan:

confucianism: konfusianisme

Kan jelas bahawa nama "Kong FuZi" ialah "Confucius" dan bukannya "Konfucius" ataupun "Konfusius"? Anda mungkin berkata: Tetapi "confucianism" diterjemahkan menjadi "konfusianisme". Dari sini, kan nama "Confucius" patut dieja sebagai "Konfusius"?

Tak! Mengikut sistem Bahasa Melayu yang direka oleh Dewan Bahasa, bahasa ini berdasarkan sistem fonetik; oleh itu, "confucianism" bukannya "confucianisme" tetapi "konfusianisme". Bagaimanapun, nama khas untuk orang (dan tempat) dikekalkan dan merupakan penyimpangan daripada sistem fonetik. Oleh sebab itu, nama "Jesus" telah dikembalikan daripada "Yesus" dahulu.

Bahasa Melayu masih dalam proses evolusi yang pesat, jika anda melihat Kamus Istilah Dewan Bahasa yang menerangkan perbezaan antara istilah lama dan istilah baru. Ini telah menyebabkan banyak kekeliruan. Sewaktu saya di sekolah, istilah "ianya" sentiasa digunakan. Sekarang dah kata tak betul pulak!!!

Bagaimanapun, Confucius ini memang amat menimbulkan konfusyen (ciptaan saya: hak cipta terpelihara, hehehe) sehingga saya pun selalu konfused, hehehe. — PM Poon 11:55, 22 Mac 2006 (UTC)

Karyanet sudah mati dan tidak dapat diakses, lebih baik kita menggunaan pendekatan sendiri. Saya memilih memindahkan nama kepada namanya dalam bahasa Mandarin - bahasa lazim digunakan pemerintahan kerajaan Cina ketika zamannya - sebagai pencerminan neutral negara (Malaysia menggunakan nama Inggeris bulat-bulat manakala Indonesia menggunakan nama Hokkien untuknya) subjek sebagai seorang pemikir Cina. Nama Inggerisnya sebenarnya nama dalam bahasa Latin, tapi dia bukan orang Romawi...sebaiknya kita gambarkan bangsanya setepatnya. Anumengelamun (bincang) 15:43, 8 Mei 2019 (UTC)