Perbincangan:Venice

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Usulan pemindahan ke laman bernama lain[sunting sumber]

Saya mencadangkan kita kena kembalikan keseluruhan kandungan laman kepada nama Venezia agar lebih konsisten penamaan tempat di Itali: nama tempat seperti "Sicilia" dan "Napoli" daripada bahasa Itali saya lihat sudah lazim dipakai di sini tanpa dipertikaikan hal kearifannya, mengapa tidak kita pindahkan sahaja kepada laman mengikut nama lazim setempat? Lagipun, nama-nama seumpama "Turin" dan "Venice" hanyalah peminjaman bahasa (terutamanya bahasa Inggeris) yang semestinya tiada kaitan dan serasi dengan lokasinya di Itali...nak kata alasan kononnya kita ikuti Indonesia pun sudah ada celanya (flawed) kerana mereka menggunakan kata pinjaman pengaruh bahasa Belanda. Kita sepatutnya menggunakan nama yang neutral agar lebih mencerminkan status Wikipedia ini yang berkecuali negara.

--Anumengelamun (bincang) 14:19, 10 September 2019 (UTC)