Perbincangan pengguna:Ceball1923

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ceball1923, dan Selamat datang ke Wikipedia!

Sila ingat untuk tandatangan nama anda di laman perbincangan dengan menekan Button sig.png atau Insert-signature.png atau dengan menaip empat tilde (~~~~); ini secara automatik akan menghasilkan nama pengguna anda dan tarikh. Juga, sila melakukan yang terbaik dengan sentiasa mengisi menyunting bidang ringkasan. Berikut adalah beberapa pautan berguna untuk memudahkan penglibatan anda. Selamat menyumbang! Claude (bincang) 07:38, 4 April 2020 (UTC)

Bermula dengan
Menyunting rencana
Mendapatkan bantuan
Bagaimana anda boleh membantu

Templat:Data pandemik COVID-19/Kes perubatan Malaysia[sunting sumber]

Boleh saya tahu mengapa anda membatalkan semakan saya di sini? Saya menyembunyikannya kerana merasakan data sangat berlainan dengan apa yang saya masukkan input dalam kes bagi daerah sebelum ini. Boleh anda memperbetulkan semula data terutama bagi daerah di Sabah dan Sarawak kerana ada kotak yang kosong isinya. Claude (bincang) 06:09, 12 April 2020 (UTC)

Saya berbuat demikian untuk pengguna mengenal pasti daerah hijau.Daerah yang kosong itu ialah daerah hijau.Saya juga telah mengisi maklumat berkaitan itu dengan tepat dan sahih..Saya minta maaf kerana telah membatalkan semakan anda.Ceball1923 (bincang) 07:59, 12 April 2020 (UTC)

Tidak mengapa. Anda mungkin boleh merujuk Wikipedia bahasa Inggeris. Saya biasanya merujuk disana. Terima kasih kerana sering mengemaskini berkenaan maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia secara harian. Saya menghargainya usaha anda. Berkenaan tandatangan pula selepas anda meninggalkan komen ataupun melakukan sebarang undian di Wikipedia, anda boleh melakukannya dengan menaip --~~~~ Claude (bincang) 08:32, 12 April 2020 (UTC) .

Baiklah terima kasihCeball1923 (bincang) 09:00, 12 April 2020 (UTC)

Mungkin saudara salah faham. Maksud saya dengan meletakkan tandatangan selepas meninggalkan komen itu bermaksud apabila saudara memberikan pendapat yang berkaitan dengan komuniti di Wikipedia dan juga membalas pesanan daripada pengguna lain. Bukannya selepas menyunting rencana kemudian meletakkan tandatangan. Claude (bincang) 09:44, 12 April 2020 (UTC)

Oh begitu,saya minta maaf.Saya sangka selepas menukar rencara perlu tandatangan.Ceball1923 (bincang) 09:47, 12 April 2020 (UTC)

Boleh saya tahu sumber kepada data yang anda kemaskini setiap hari di bahagian kes aktif mengikut daerah?Ceball1923 (bincang) 13:33, 25 November 2020 (UTC)

Pandemik COVID-19 di Malaysia[sunting sumber]

Terima kasih kerana anda sering membantu dalam mengemaskini templat mengenai COVID-19 secara harian. Mungkin selepas ini anda boleh mengemaskini data di rencana Pandemik COVID-19 di Malaysia dibahagian kotak info (infobox) yang ada kotak merah jambu dibahagian atas rencana tersebut. Claude (bincang) 11:00, 18 April 2020 (UTC)

Sama-sama.Boleh saya tahu bagaimana ingin mengemaskini peta yang berwarna itu dibahagian info box di rencana Pandemik COVID-19 di Malaysia.Ceball1923 (bincang) 11:46, 18 April 2020 (UTC)
Peta itu biasa ada pengguna lain mengemaskini dari Commons. Biasa kalau nak dapatkan peta itu boleh rujuk di Wikipedia Inggeris memandangkan Wikipedia Inggeris selalu menyediakan fail (gambar) yang lebih baik.Claude (bincang) 11:59, 18 April 2020 (UTC)
Lupa nak pesan. Sekiranya anda ada sebarang masalah atau nak nyatakan sebarang usul. Anda boleh bertanya di laman perbincangan Kedai Kopi atau mana2 penyelia. Claude (bincang) 23:56, 18 April 2020 (UTC)
Baiklah terima kasih.Ceball1923 (bincang) 03:36, 19 April 2020 (UTC)

Permintaan menyumbangkan kepada rencana Garis masa pandemik COVID-19 di Malaysia.[sunting sumber]

Assalamualaikum tuan Ceball1923, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda sebagai penghargaan kerana anda telah menyumbang kepada rencana Pandemik COVID-19 di Malaysia. Bolehkah saya mohon tuan Ceball1923 untuk menyiapkan juga rencana Garis masa pandemik COVID-19 di Malaysia. Hal ini kerana saya mendapati sebarang suntingan atau pengemaskinian di rencana Pandemik COVID-19 di Malaysia sekarang menjadi lebih sukar untuk dimuat naik bagi tujuan paparan pembaca kerana mempunyai saiz bait yang begitu besar. Jadi saya ingin mengosongkan garis masa di rencana asal dan memindahkannya ke rencana khas iaitu di Garis masa pandemik COVID-19 di Malaysia. Jadi, rencana asal menjadi lebih kemas dan bait bersaiz lebih kecil.

Anda boleh menterjemahkannya dari rencana Bahasa Inggeris iaitu TImeline of COVID-19 pandemic in Malaysia. Walau bagaimanapun, elakkan terjemahan langsung (direct translate) tanpa menyemak terjemahan tersebut dan anda boleh mengikut panduan terjemahan artikel di Wikipedia agar rencana dalam bahasa Melayu nampak lebih natural dan ayat lebih gramatis. Harap tuan Ceball1923 boleh menyumbangkan sesuatu terhadap artikel tersebut.Shahsukanulis (bincang) 13:58, 8 Disember 2020 (UTC)

Waalaikumussalam, Insya Allah saya akan sunting semula artikel tersebut.Ceball1923 (bincang) 04:19, 9 Disember 2020 (UTC)

Jemputan pengundian PeaceSearcher sebagai penyelia[sunting sumber]

Salam Wikipediawan dan Wikipediawati! Anda dijemput untuk membuat pengundian ke atas PeaceSearcher sebagai penyelia di Wikipedia Bahasa Melayu. Laman pengundian telah dicipta dan anda sudah boleh mengundi pada bila-bila masa. Sekiranya anda mempunyai apa-apa soalan untuk diajukan kepada calon, anda dibenarkan berbuat demikian di bahagian yang telah disediakan. Saya harap anda semua boleh bersama-sama melakukan undian sama ada bersetuju atau tidak bersetuju dengan rasional. Kerjasama anda amat diperlukan. Sekiranya anda mempunyai permasalahan berhubung pengundian, sila hubungi mana-mana penyelia. Sekian. MediaWiki message delivery (bincang) 09:25, 17 Januari 2021 (UTC)

Symbol support vote.svg Setuju Ceball1923 (bincang) 12:30, 17 Januari 2021 (UTC)

Bintang Penghargaan[sunting sumber]

COVID-19 Barnstar.png Bintang Penghargaan COVID-19
Tahniah! Saya amat kagum kerja keras anda tentang topik COVID-19. Muhammad Farish ^o^ (bincang)