Perbincangan pengguna:Master2841/Arkib2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Terima kasih atas sumbangan ikhlas anda. Kita sama-sama berniat untuk memajukan bahasa melayu. Saya dalam rancangan untuk menterjemahkan Al Quran dan Hadith Rasulullah kemudian saya akan membuat apa-apa tajuk kemudian akan kaitkan tajuk itu dengan Al Quran dan Hadith. Tetapi apabila saya mencari beberapa tajuk saya tidak ketemukannya dalam bahasa melayu maka saya copykan dari bahasa inggeris agar ada saudara-saudara ikhlas seumpama anda dapat menterjemahkannya kedalam bahasa melayu. Saya tidak berniat hendak menunjuk-nunjuk tetapi terlalu banyak rencana yang belum dibincangkan dalam bahasa melayu. Oleh itu kalau anda rasa perbuatan saya tidak betul atau saudara mempunyai sebab-sebab munasabah untuk melakukannya maka terserahlah kerana laman ini laman bebas. Tetapi harapan saya marilah kita ketepikan perkara-perkara yang tak sepatutnya dibincangkan dalam laman yang mulia ini bahkan kita tetapkanlah matlamat kita memajukan bahasa melayu walaupun ia bermula dari sedikit-sedikit lama-lama mungkin satu hari nanti jadi seperti laman ini, sila clik[1]

Rencana pilihan automatik[sunting sumber]

Hai Master2841, proses mengautomatikkan Rencana Pilihan dalam Laman Utama dah siap dengan beres, hehehe. Pelaksanaannya lagi mudah daripada sangkaan saya! Saya memang tabek User:maveric149 (Daniel Mayer), pencipta ciri hari ulang tahun automatik di Wikipedia bahasa Inggeris, walaupun beliau tidak menghiraukan saya sewaktu saya bertanyanya tentang kaedahnya itu, hehehe.

Sebenarnya, konsepnya amat mudah. Oleh itu, ia lagi harus kita menghormati. Konsep ini cuma menggunakan {{CURRENTDAY}} {{CURRENTMONTHNAME}} sebagai terasnya. Selain itu, kaedah ini cuma menggunakan pautan yang kita biasa menggunakan. Sewaktu tarikh tukar, pautan akan menuju ke halaman yang mempunyai nombor lain. Itu saje!

Oleh sebab rencana pilihan tidak perlu kitaran satu tahun yang memerlukan penciptaan 366 halaman, saya menggunakan kitaran sebulan yang cuma memerlukan 31 hari. Anda cuma dikehendaki memasukkan petikan rencana anda dalam halaman hari Isnin supaya rencana akan bertukar pada hari Isnin secara automatik. Untuk bulan Mei 2006, halaman Isnin ialah:

Kini, Laman Utama dah menggunakan kaedah automatik. Kan kelihatan sama je?

(P/S: Kaedah ini juga boleh digunakan untuk rencana sukan dan sebagainya.) — PM Poon 08:08, 4 Mei 2006 (UTC)


Hai Master2841, disebabkan perbezaan masa, iaitu UTC+8, rencana Isnin akan bermula pada pukul 8.00 pagi, jika saya tak silap. Yang saya tahu, setiap hari memang tidak bermula dengan waktu 12.00 tengah malam di Malaysia. — PM Poon 08:13, 4 Mei 2006 (UTC)

Piala Dunia[sunting sumber]

Ya betul....saya akan redirect...terima kasih....nanti saya akan calonkan dalam bulan jun....hidup bola..makan bola...tidur bola....wiki bola...!..hehehehe...che 07:39, 6 Mei 2006 (UTC)

Templat untuk pengguna baru dan pengguna tidak mendaftar[sunting sumber]

Saya telah mengubah suai format untuk templat: "Selamat Datang" dan mencipta templat baru untuk pengguna yang tidak mendaftar. Kini, kita cuma perlu menulis:

  • ((sd}} untuk pengguna yang baru mendaftar; dan
  • ((td}} untuk pengguna yang tidak mendaftar.

Dengan penggunaan templat ini, anda tidak perlu memasukkan ~~~~ sebab itu telah dimasukkan dalam templat. Saya juga menggunakan perintah subst untuk memasukkan teks templat-templat itu dalam halaman pengguna. Penggunaan ini disyorkan dalam Wikipedia bahasa Inggeris kerana ia kelihatan lebih peribadi, berbanding templat yang memberi tanggapan bahawa pesanan itu merupakan sebahagian pengeluaran besar-besaran. Bagaimanapun, kita masih menggunakan templat. Kalau tidak, mana ada masa! — PM Poon 17:38, 12 Mei 2006 (UTC)


Sori ye, penggunaan subst dan ~~~~ dalam templat sd dan td tak terjadi! Saya silap tadi, ingat terjadi! Oleh itu, kita kena menggunakan:

  • {{subst:sd}} ~~~~; dan
  • {{subst:td}} ~~~~. — PM Poon 18:05, 12 Mei 2006 (UTC)

Hello.I'm wikipedia redactor form Poland. I have a one question. Could You make translation article about en:Katowice into Your native language? Just a few sentences.

Best Regards Stimoroll

Wikipedia:Abstrak rencana pilihan/21[sunting sumber]

Hai Master2841, rencana pilihan tidak muncul pada hari ini kerana kesilapan tidak memasukkan pautan pengalihan untuk Wikipedia:Abstrak rencana pilihan/21.

Kesilapan itu disebabkan kekeliruan saya yang awal terhadap masa UTC. Pada masa itu, saya ingat bahawa kita kena memasukkan rencana pada hari Ahad, iaitu sehari lebih dahulu, supaya ia akan termuncul pada hari Isnin. Selepas saya mendapati kesilapan saya, saya membuat pembetulan tetapi tertinggal pengalihan untuk hari ini tanpa sengaja. Bagaimanapaun, saya telah membetulkan kesilapan itu selepas menerima pesanan anda. Saya juga telah memeriksa pautan yang lain untuk hari-hari Mei yang tinggal dan mendapati semua tiada masalah.

Bolehkah anda mengemaskinikan pautan pengalihan untuk bulan-bulan depan? Oleh sebab setiap bulan mempunyai hari Isnin yang tidak sama, pautan pengalihan kena diubah sewajarnya. — PM Poon 08:48, 21 Mei 2006 (UTC)

Saya dapati Laman Utama hari ini tiada rencana tokoh, jadi saya letakkan Usman Awang sebagai rencana sementara. Silalah tukarkan dengan rencana yang sesuai di Wikipedia:Abstrak rencana pilihan/22. ...Aurora... 06:09, 22 Mei 2006 (UTC)
Oleh kerana rencana pilihan kita sekarang berdasarkan haribulan, adalah lebih logik ia ditukar mengikut haribulan juga, dan bukan lagi setiap Isnin. Kalau tidak, setiap bulan nak tukar alihan, bukankah lagi banyak kerja? Berikut adalah cadangan radikal saya:
Rencana tokoh dan sukan ditukar cuma 2 kali sebulan, tapi berselang seli. Contohnya tokoh setiap 1 dan 16 hb, manakala sukan 8 dan 23 hb. Sebabnya kita bukannya ada banyak sangat rencana2 tersebut. Cadangan pun saya lihat makin lama makin kurang. ...Aurora... 06:26, 22 Mei 2006 (UTC)

Ya. Serbia dan Montenegro sudah berpisah. Lihat pautan Berita Yahoo dan Pautan Wikipedia Inggeris ini. Alistair 阿力斯特伊儿 11:10, 22 Mei 2006 (UTC)


By the way, saya ternampak kata awak di laman perbualan Aurora untuk menyetujui tempoh penukaran halaman laman utama dilanjutkan ke 2 bulan kerana kurangnya pencalonan rencana. Tetapi saya minta anda semua (termasuk penyelia lain) supaya jangan melakukan perbuatan yang terlalu drastik tampa selidik sebab. Mungkin keadaan ini berpunca daripada ketidaktahuan dan kekeliruan pengguna tentang apa yang perlu diperlakukan untuk mencalonkan rencana. Sebenarnya saya ada terfikirkan mahu menterjemahkan beberapa rencana dan kemudian mencalonkannya, tetapi saya tidak tahu akan prosidurnya. Apabila saya mencari, apa yang saya dapat hanyalah satu kata di satu laman istimewa (lupa yang mana) yang mengatakan bahawa rencana yang hendak dicalonkan mestilah di "satu tempat yang disediakan", akan tetapi manakah tempatnya itu? Baru saya terfikir untuk menanya seseorang penyelia dan kemudian situasi ini pula yang timbul. Alistair 阿力斯特伊儿 09:53, 25 Mei 2006 (UTC)

Garis Panduan Baru[sunting sumber]

Berdasarkan perbincangan di kedai kopi berkenaan isu Bahasa Indonesia dalam ms.wikipedia, saya akan memasukkan satu lagi garis panduan ke dalam bahagian polisi. Sekiranya tiada bantahan ia akan dikuatkuasakan sebagai garis panduan

Garis Panduan yang Dicadangkan ialah:

  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Wikipedia Indonesia secara bulat-bulat
  • Jagan Masukkan Salinan Rencana Bahasa Asing

Kalau ada nama yang lebih baik untuk garis panduan baru ini, tolong cadangkan

(pergi kedai kopi untuk buat undian)

Ychmatematik 08:11, 30 Mei 2006 (UTC)

Gambar seniman agung P. Ramlee ke dalam templat[sunting sumber]

Assalamualaikum, Hai Master2841. Tadi saya sudah mencipta templat peminat seniman agung P. Ramlee kat pengguna saya. Nanti boleh tak tolong masukkan gambar P. Ramlee itu ke dalam templat? - Aiman abmajid 3 Jun 2006

Gambar Sudirman Hj Arshad ke dalam templat[sunting sumber]

Assalamualaikum, Hai Master2841. Lepas saya buat templat pasal P. Ramlee. Saya sudah mencipta templat peminat seniman rakyat Sudirman Hj Arshad kat pengguna saya. Nanti boleh tak tolong masukkan gambar Sudirman itu ke dalam templat? - Aiman abmajid 8 Jun 2006

Templat[sunting sumber]

Terima Kasih! Aiman Ab Majid 8 Jun 2006

Piala Dunia[sunting sumber]

Memang tengah demam ni...boleh tolong kita siapkan tak mengenai Piala Dunia 2006 FIFA dan rencana-rencana yang berkaitan dengannya...sekrg ni tgh semangat England niee.heheheheh!! che 07:23, 10 Jun 2006 (UTC)

Kotak pengguna aktif[sunting sumber]

kotak pengguna aktif[sunting sumber]

Baru-baru ini saya telah mencipta satu kotak pengguna, iaitu pengguna aktif:

Noia 64 apps karm.svg Master2841 telah aktif di Wikipedia selama beberapa lama.


Kotak pengguna ini sebenarnya dicipta sebagai satu penghargaan kepada mereka(terutamanya orang baru)yang giat menyumbang kepada wikipedia.

Saya rasa pemberian dorongan kepada orang baru memang boleh merangsang mereka untuk terus menyumbang untuk wikipedia.

Maka, sekiranya anda menjumpai siapa-siapa orang baru yang aktif dalam wikipedia, jangan kedekut untuk memberi penghargaan ini kepada mereka.

Ychmatematik 16:07, 10 Jun 2006 (UTC)

Gambar kartun Kim Possible dan SpongeBob Squarepants ke dalam templat[sunting sumber]

Assalamualaikum, Hai Master2841. Boleh tak tolong masukkan gambar kartun Kim Possible dan SpongeBob SquarePants ke dalam templat saya? Aiman Ab Majid 11 Jun 2006

Templat Geografi Malaysia dan dunia serta Sejarah Malaysia[sunting sumber]

Assalamualaikum, Hai Master2841. Boleh tak buatkan saya templat untuk Geografi Malaysia dan dunia serta templat untuk Sejarah Malaysia. Aiman Ab Majid 12 Jun 2006

Perbualan Terkini.[sunting sumber]

Hai, Master2841. Sudah lama tidak bertegur sapa. Masing-masing mungkin sibuk. Saya kini sudah memulakan sedikit demi sedikit rencana tentang The Lord of the Rings. Mungkin kebanyakan adalah terjemahan dari wikipedia inggeris kerana saya masih sibuk. Harap anda boleh membantu saya menambah sedikit maklumat atau membantu saya memajukannya jika anda mahu dan terluang.

Oh ya, nampaknya anda dan Aiman sering membuat templat pengguna. Ada kemajuan... Cuma mungkin anda perlu nasihatkan Aiman untuk mengehadkan atau kurangkan dahulu pembuatannya buat masa ini kerana masih belum ramai pengguna yang tahu menggunakannya. Lagipun, tak bermakna kita tak letak templat tu, kita tak suka sesuatu. Mungkin anda boleh ingat kembali perbincangan ini. Walau bagaimanapun, usaha anda berdua berkenaan templat itu memang menggalakkan dan patut diberi pujian. — Polar 11:37, 12 Jun 2006 (UTC)

Hai[sunting sumber]

Hai Master2841, sila lihat laman perbualan "Yosri" untuk keterangan saya yang terkini. — Lokey3310 11:53, 15 Jun 2006 (UTC)

Templat: Pengguna Pulau Pinang[sunting sumber]

Hai Master2841, rajin sungguh anda mengubah sedikit templat tersebut yang juga tempat asal saya. Terima kasih..... - Didie 12:50, 17 Jun 2006 (UTC)

Terima kasih[sunting sumber]

Terima kasih atas ucapan tahniah anda :) Moga-mogaan portal kita dapat diusahakan bersama dengan lebih maju lagi! Alistair 阿力斯特伊儿 16:54, 19 Jun 2006 (UTC)

Kedutaan[sunting sumber]

Kedutaan kita sudah siap dan berdaftar. Alistair 阿力斯特伊儿 08:49, 20 Jun 2006 (UTC)

Rasanya tak perlu kerana yang dibawah tu cuma sekadar ucapan selamat datang tak formal dan juga sebagai indikasi kepada pendatang di mana nak letakkan pesan. Alistair 阿力斯特伊儿 08:52, 20 Jun 2006 (UTC)

Laman Utama[sunting sumber]

Setelah siap menukar format pilihan Laman Utama, saya serahkan kembali perkara ini (RP, GP dan RBI) kepada anda dan Alistair, dan sesiapa lagi yang ingin membantu. Untuk rencana pilihan, anda perlu menukar 1, 11 dan 21 mengikut waktunya. ...Aurora... 01:41, 21 Jun 2006 (UTC)


Perbualan Terkini[sunting sumber]

Hai Master2841. Memang laman tersebut menjadi sasaran. Semalam pada waktu begini juga perkara yang sama berlaku. Kenapa agaknya ya? Tentang laman itu, awak nak lindung atau saya?

Oh ya, saya telah telah melihat cadangan anda pada Wikipedia:Calon rencana bulan ini untuk bulan Julai. Maafkan saya kerana menangguhkan lagi cadangan anda. Bukannya apa, saya sengaja nak simpannya untuk tahun depan. Sementara itu, saya ingin memperbaiki laman-laman yang berkaitan tentangnya. Maaf ya tentang itu. Hehe. Jangan marah. :) — Polar 18:09, 22 Jun 2006 (UTC)

P/S - alang-alang tu, saya dah lindungi laman universiti indonesia itu. Polar 18:13, 22 Jun 2006 (UTC)

Jangan lupa kini Aurora dah ciptakan Wikipedia:Laman dilindungi dan semua rencana yang dilindingi kena disenaraikan di sana. Saya telah memasukkan Senarai Universiti di Indonesia. Pesanan ini saja untuk makluman. Alistair 阿力斯特伊儿 04:24, 23 Jun 2006 (UTC)

Daripada Aiman[sunting sumber]

Tak mengapa. Cuba lagi, cari-cari sampai dapat! Aiman Ab Majid 24 Jun 2006

Sailendra[sunting sumber]

Hai Master2841, anda menulis: "Sailendra ialah salah sebuah kerajaan yang wujud pada masa silam di Indo-China."

Saya memang keliru. Mengikut Wikipedia bahasa Inggeris dan beberapa tapak web dalam carian Google, termasuk Balivision.com:

At a point in time when Sri Vijaya had been the established leader in the Southeast Asian region for about 100 years, the Sailendra Dynasty of Java emerged.

Menurut makalah ini, Jawa merupakan pusat kemaharajaan Sailendra, sedangkan sebahagian Kemboja merupakan cawangan. Rencana Sailendra di Wikipedia bahasa Indonesia langsung tidak mengatakan apa-apa pun tentang Jawa. Tak kan orang Indonesia boleh silap tentang sejarah sendiri?

Lagi satu.... Wikipedia bahasa Indonesia mengeja "Sailendra" sebagai "Syailendra". Kini, kita kena ikut ejaan bahasa Inggeris atau ejaan bahasa Indonesia (jika Sailendra benar-benar berasal dari Jawa)? — PM Poon 05:01, 6 Julai 2006 (UTC)

Sailendra[sunting sumber]

Hai Master2841, sebenarnya saya ingat anda menyalin ayat itu daripada rencana Wikipedia bahasa Indonesia yang mengatakan:

Dinasti Syailendra diduga berasal dari daratan Indocina (sekarang Thailand dan Kamboja). Bhanu adalah pendiri dinasti ini pada tahun 752

apabila anda bertulis:

Sailendra ialah salah sebuah kerajaan yang wujud pada masa silam di Indo-China.

Kan kedua-dua ayat ini lebih kurang sama sahaja? Tapi anda memang gentleman. Tak banyak pengguna seumpama anda, khususnya di Wikipedia bahasa Inggeris, yang sudi mengaku kesilapan, termasuk profesor-profesor dan pakar-pakar perubatan yang selalu kita anggap mereka patut dihormati, hehehe. Semua orang membuat kesilapan kecuali Tuhan. Kekadang saya silap, kekadang anda silap... tak perlu berlagak, kan?

Kini, saya memang keliru. Adakah bahasa Melayu lebih dekat dengan bahasa Inggeris atau bahasa Indonesia? Saya ingin menulis surat kepada Berita Harian apabila angin datang. Saya ingin membuat sungutan terhadap Dewan Bahasa yang selama ini membuat kerja louyar untuk memurtabaklembukan (beef up) bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Malaysia, hehehe. — PM Poon 07:40, 6 Julai 2006 (UTC)

Templat:Infobox Football World Cup[sunting sumber]

Hai Master2841, bolehkah anda menunjukkan versi terakhir anda? Saya akan menunjukkan mana yang anda telah silap supaya anda boleh membelajarnya. Kan lebih baik?

Saya pernah buat Templat:Pasukan bolasepak kebangsaan untuk Che Det, tetapi kemahiran anda lebih tinggi berbanding beliau dan oleh itu, amat senang saje bagi anda menangkap cara menciptakannya. — PM Poon 12:14, 10 Julai 2006 (UTC)


Hai Master2841, mungkin anda telah padamkan versi anda. Bagaimanapun, saya dah siapkan templat itu tetapi belum mengujinya. Jika ada apa-apa perubahan yang anda hendak, sila pesankan.

Bagi templat-templat yang akan datang, sila buat di portal ini supaya saya boleh melihat mana anda menghadapi masalah. Sebenarnya, templat tidak susah untuk mencipta. Cuma ada lebih kurang sepuluh perintah saje yang diulang berkali-kali. — PM Poon 14:44, 10 Julai 2006 (UTC)

Tentang templat[sunting sumber]

Hai Master2841, jika anda menghadapi keberatan untuk mencipta templat pada bila-bila masa, pesan saje! Saya memang boleh membantu dalam semangat bekerjasama dalam penciptaan rencana. Sebenarnya, saya tadi telah mencipta banyak juga templat bagi tujuan menghapuskan pautan merah daripada rencana Julius Caesar, iaitu rencana pilihan untuk bulan depan.

Bagaimanapun, jika anda hendak belajar seluk beluk untuk mencipta templat (kini, taraf templat Wikipedia bahasa Inggeris telah meningkat dengan begitu pesat), pesan saya juga! Selalu simpan versi percubaan templat anda, walaupun templat itu rosak. Saya akan mengkaji masalah templat itu dan beritahu anda mana yang silap.

Saya memang sudi mengajar sesiapa yang tidak sombong dan tidak bersikap menjual ikan, iaitu pengguna-pengguna pilihan seperti anda yang cuma makan ikan, tetapi tidak menjualnya, hehehe. — PM Poon 17:59, 11 Julai 2006 (UTC)


Hai Master2841, Bagi nama orang, gelaran ditinggalkan. Oleh itu Ahmad Yani‎ adalah lebih tepat berbanding Jeneral Ahmad Yani‎. Ini kerana gelaran boleh berubah-ubah, boleh ditambah atau dilucutkan. Yosri 00:36, 20 Julai 2006 (UTC)

Betul cakap Yosri. Sejak 1 Oktober 1966, Jeneral Ahmad Yani digelarkan "Allahyarham Jeneral Ahmad Yani". Rasa tak akan tukar lagi. — PM Poon 14:53, 22 Julai 2006 (UTC)

Hebatnya laman pengguna baru anda. Tahniah. — Alistair 阿力斯特伊儿 08:09, 21 Julai 2006 (UTC)

Templat Pendahuluan[sunting sumber]

Hai Master2841, saya telah mencipta Wikipedia:Senarai rencana Asia Tenggara yang perlu ada. Bolehkah anda menggantikan kandungan Templat:Pendahuluan dengan kandungan Perbualan Templat:Pendahuluan yang telah ditambahkan rujukan kepada senarai tersebut? — PM Poon 14:48, 22 Julai 2006 (UTC)


Cepatnyaaaa!!! Tak nampak anda masuk pun! Tadi ingat anda hanya masuk macam burung hantu selepas tengah malam, hehehe! Kini, anda merupakan penyelia tunggal yang paling tekal kehadiran anda.

Tak perasaan halaman pengguna anda begitu canggih! Baru nampak ketika salah masuk tadi. — PM Poon 14:58, 22 Julai 2006 (UTC)

Morocco[sunting sumber]

Hai Master2841, adakah nama Melayu untuk negara "Morocco" merupakan "Maghribi"? Mengikut Wikipedia bahasa Melayu, Morocco ialah Morocco dan Maghribi ialah "Maghreb". — PM Poon 18:41, 28 Julai 2006 (UTC)

Terima kasih Master2841. — PM Poon 19:02, 28 Julai 2006 (UTC)

The Powerpuff Girls[sunting sumber]

Don't revert my edit. The image you readded has no source information. Marcus2 21:57, 31 Julai 2006 (UTC)

Interwiki removal[sunting sumber]

Hi, I removed the interwiki to lt: in 1066 since the entry on lt: is a redirect to 1060s and it causes troubles to bots, no vandalism. Thanks --131.111.8.102 17:57, 1 Ogos 2006 (UTC)

Bantuan[sunting sumber]

Hai Master2841, bolehkah anda terjemahkan rencana berkenaan huruf Arab. Anda tahu dan minat Jawi kan? Jadi, saya perlukan bantuan anda terjemahkan rencana ini kerana saya telah masukkan banyak rencana baru di Wikipedia Melayu ini, jadi banyak rencana yang saya masukkan ini perlu saya terjemahkan ia dari Wikipedia Inggeris yang saya ambil. Juga tidak mengapa jika anda tidak mampu. — Legolas Greenleaf 07:36, 3 Ogos 2006 (UTC)

Hmm??[sunting sumber]

Hmm.... anda tidak suka saya ke?? Apasal tak reply?? — Legolas Greenleaf 08:22, 3 Ogos 2006 (UTC)

Ok...ok saya minta maaf. — Legolas Greenleaf 07:14, 4 Ogos 2006 (UTC)

Nama aneh[sunting sumber]

Hai Master2841, ada pengguna baru bernama "langsuir berjaya". Nama dia saya rasa nama buruklah, bolehkah anda sekatkan pengguna baru ini? — Soulslayer 16:34, 8 Ogos 2006 (UTC)

Terima kasih. — Soulslayer 16:46, 8 Ogos 2006 (UTC)

Tolong lindung laman pengguna saya[sunting sumber]

Hai Master2841, bolehkah anda tolong lindungkan laman pengguna saya kepada sysop mode dari dirosakkan oleh kojek?? Sila buat saja. Terima kasih. — Silverman 08:45, 9 Ogos 2006 (UTC)

Isu semasa[sunting sumber]

Hai Master! Saya rasa terpanggil untuk menulis artikel mengenai keadaan di Timur Tengah..baru2 ini saya ada menterjemahkan Resolusi Majlis Keselamatan PBB dan pelbagai isu lain di timur tengah...pada saya inilah masanya untuk menterjemahkan artikel-artikel yang berkaitan ....boleh bantu saya! che 17:48, 13 Ogos 2006 (UTC)

Hal Semasa[sunting sumber]

Saya kagum melihat laman pengguna anda. Melihatkan banner di atas, saya rasa anda patut letakkan mengenai sambutan hari merdeka pada Laman Utama / Hal Semasa. Yosri 12:45, 17 Ogos 2006 (UTC)

Hai Master2841, saya amat suka dengan laman pengguna anda... Boleh saya guna juga? :p Hehehe. — Polar 13:03, 17 Ogos 2006 (UTC)

Tun Perak[sunting sumber]

Hai Master2841, lu punya Tun Perak melanggar hak cipta Perpustakaan Negara Malaysia. Saya telah mengubah suai rencana itu dengan menukarkan mangkuknya. — PM Poon 19:13, 17 Ogos 2006 (UTC)


Hai Master2841, saya telah pindah semua bahan Perpustakaan Negara Malaysia yang tinggal ke Wikipedia bahasa Melayu, hehehe. Nampaknya Perpustakaan Negara kita tak banyak bahan.

Sebenarnya, bagi semata-mata mengelakkan hak cipta, kita tidak perlu menambahkan bahan. Hak cipta cuma menumpukan kepada bentuk terakhir, iaitu final expression of the works, dan bukan kandungannya. Oleh itu, kita terpaksa mengubahkan struktur-struktur ayat asal. Sila bandingkan rencana Perpustakaan Negara Malaysia dengan rencana Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh yang merupakan satu percubaan saya untuk mengelakkan pelanggaran hak cipta tanpa sebarang matlumat baru (nak bahan baru pun tak ade, hehehe). Ini bukanlah contoh unggul, cuma satu percubaan yang hina sahaja, hehehe. — PM Poon 02:44, 19 Ogos 2006 (UTC)

Undian usercheck[sunting sumber]

Anda dijemput untuk memilih siapa yang layak menjadi usercheck. Sila sertai di Wikipedia:Kedai Kopi. - Didie 14:04, 21 Ogos 2006 (UTC)

Pingkat Wikipedia[sunting sumber]

Hai Master, saya berasa kita harus memeliharakan prestij pingat-pingat Wikipedia. Bagi saya:

  • pingat emas adalah untuk pengguna yang telah menyumbang dengan berkesan untuk tempoh yang amat lama, umpamanya Yosri dan Aurora;
  • pingat perak untuk pengguna-pengguna yang mempunyai sekurang-kurang keaktifan enam bulan buat sementara, dan kelayakan ini akan dinaikkan kemudian jika terdapat lebih banyak pengguna yang aktif. Buat sementara, sya berasa hanya kumpulan yang terdiri daripada anda, Alistair, Polar, Ymatematik, Che Det, dan mungkin lagi satu atau dua pengguna lain berlayak untuk pingat ini. — PM Poon 10:42, 28 Ogos 2006 (UTC)