Perdana Menteri Filipina
Penampilan
Perdana Menteri Filipina (Tagalog: Punong Ministro ng Pilipinas) merupakan bekas jawatan ketua kerajaan Filipina dan berpangkat kedua selepas Presiden Filipina, iaitu ketua negara. Jawatan ini aktif dari tahun 1978 sehingga tahun 1986. Kini penjawatan ini sudah dibubarkan dan presiden memegang jawatan ketua negara dan ketua kerajaan.
Ketika tempoh undang-undang tentera di bawah Ferdinand Marcos, perdana menteri telah berkhidmat sebagai ketua Angkatan Tentera Filipina.
Seketika pada tahun 1899 semasa era Republik Filipina Pertama, jawatan ini telah wujud secara terhad di bawah nama Presiden Majlis Kerajaan.