Senarai Sultan Brunei

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan dan Yang di-Pertuan Negara
Personal Emblem of the Sultan of Brunei.svg
Penjawat kini
Hassanal bolkiah.jpg
Hassanal Bolkiah
Butiran
Gelaran Duli Yang Maha Mulia
Pewaris takhta Al-Muhtadee Billah
Raja pertama Sultan Muhammad Shah
Pembentukan 1363
Brunei

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
di Brunei



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam[1] merupakan pemerintah mutlak negara Brunei. Susur-galur diraja boleh disusur sehingga abad ke-15. Sehingga sekarang, terdapat 29 sultan yang telah memerintah Brunei dan mereka adalah:[2]

  1. Sultan Muhammad Shah (1363-1402)*
  2. Sultan Ahmad (1408-1425)
  3. Sultan Sharif Ali (1425-1432)
  4. Sultan Sulaiman (1432-1485)
  5. Sultan Bolkiah (1485-1524)
  6. Sultan Abdul Kahar (1524-1530)
  7. Sultan Saiful Rijal (1533-1581)
  8. Sultan Shah Brunei (1581-1582)
  9. Sultan Muhammad Hasan (1582-1598)
  10. Sultan Abdul Jalilul Akbar (1598-1659)
  11. Sultan Abdul Jalilul Jabbar (1659-1660)
  12. Sultan Haji Muhammad Ali I (1660-1661)
  13. Sultan Abdul Hakkul Mubin (1661-1673)
  14. Sultan Muhyiddin (1673-1690)
  15. Sultan Nasruddin (1690-1710)
  16. Sultan Husin Kamaluddin (1710-1730)(1737-1740)
  17. Sultan Muhammad Alauddin (1730-1737)
  18. Sultan Omar Ali Saifuddin I (1740-1795)
  19. Sultan Muhammad Tajuddin (1795-1804)(1804-1807)
  20. Sultan Muhammad Jamalul Alam I (1804)
  21. Sultan Muhammad Kanzul Alam (1807-1826)
  22. Sultan Muhammad Alam (1826-1828)
  23. Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828-1852)
  24. Sultan Abdul Momin (1852-1885)
  25. Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin (1885-1906)
  26. Sultan Muhammad Jamalul Alam II (1906-1924)
  27. Sultan Muhd Tajuddin II (1924-1950)
  28. Sultan Omar Ali Saifuddin III (1950-1967)
  29. Sultan Hassanal Bolkiah (1967-kini)

*Selepas Sultan Muhammad Shah mangkat dan sebelum Sultan Ahmad, terdapat seorang sultan iaitu Sultan Abdul Majid Hassan, putera kepada Sultan Muhammad Shah yang memerintah dari tahun 1402 hingga 1408. Tetapi baginda tidak tersenarai di dalam Salasilah Raja-Raja Brunei menyebabkan Sultan Ahmad sebagai Sultan Brunei ke-2.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Perdana Menteri". Jabatan Perdana Menteri Brunei. 
  2. ^ "Sultan-Sultan Brunei" (dalam bahasa Malay). Kerajaan Brunei. Dicapai pada 2011-04-24.