Perdana Menteri Timor Leste
Timor Leste |
![]() Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Perdana Menteri Timor Leste ialah ketua kerajaan di Timor Leste. Presiden pula ialah ketua negara. Perdana Menteri dipilih oleh parti-parti politik atau lebih tepat lagi perikatan parti-parti politik yang mempunyai kuasa majoriti didalam badan perundangan kebangsaan negara itu dan dilantik secara formal oleh presiden. Perdana Menteri mengawal selia dan mentadbir urusan kerajaan dan merupakan pengerusi Majlis Menteri-menteri.
Daftar Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]
Berikut merupakan daftar Perdana Menteri Timor Leste sejak mencapai kemerdekaan pada 20 Mei 2002.
# | Nama | Mulai bertugas | Selesai bertugas | Parti |
---|---|---|---|---|
1 | Mari Alkatiri | 20 Mei 2002 | 26 Jun 2006 | FRETILIN |
2 | José Ramos Horta | 10 Julai 2006 | 19 Mei 2007 | Bebas |
3 | Estanislau da Silva | 19 Mei 2007 | 8 Ogos 2007 | FRETILIN (Pemangku PM sehingga selepas pilihan raya parlimen 30 Jun 2007) |
4 | Xanana Gusmão | 8 Ogos 2007 | 16 Februari 2015 | CNRT (CNRT telah membentuk kerajaan campuran) |
Rui Maria de Araújo | Fretilin | |||
Mari Alkatiri | Fretilin | |||
Taur Matan Ruak | PLP |
Dari 26 Jun 2006 sehingga 10 Julai 2006, José Ramos Horta dilantik menjadi pemangku Perdana Menteri sebelum dilantik menjadi perdana menteri sepenuhnya pada 10 Julai 2006.