Pergi ke kandungan

Perodua Myvi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Perodua MyVi)
Perodua Myvi
Myvi semasa (facelift) dengan kit badan GearUp
Maklumat
PengilangPerodua
Juga dikenali
PengeluaranMei 2005 – kini
PemasanganMalaysia: Rawang, Selangor (PMSB)
KelasKereta subkompak/Supermini (B)
Gaya badanHatchback 5 pintu
Reka letakEnjin hadapan, pacuan roda hadapan

Perodua Myvi ialah sebuah kereta subkompak/supermini (segmen B) yang dikeluarkan oleh pengeluar kenderaan Malaysia, Perodua sejak tahun 2005. Berdasarkan Daihatsu Boon (juga dijenamakan sebagai Daihatsu Sirion, Toyota Passo dan Subaru Justy), Myvi merupakan hasil kerjasama Perodua bersama kedua-dua syarikat Toyota dan Daihatsu. Walau bagaimanapun, Myvi generasi ketiga telah direka bentuk dan dihasilkan sepenuhnya di Malaysia, serta tidak lagi berasaskan Boon generasi ketiga. Myvi merupakan kereta terlaris di Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut antara tahun 2006 hingga 2014, dan sekali lagi antara tahun 2018 hingga 2022. Myvi telah menjadi kereta paling laris di Malaysia selama 14 tahun sejak tahun penuh pertama jualannya pada 2006.[2][3][4] Jelang penghujung tahun 2024, jualan Myvi telah mencapai 1.487 juta unit sejak pelancaran generasi pertamanya pada tahun 2005 sebagai model paling laris Perodua.[5]

Nama "Myvi" diambil daripada singkatan "My Vehicle" (Kenderaan Saya), "My Vision" (Visi Saya) dan "Malaysian Vision" (Visi Malaysia).[6]

Generasi Pertama (2005-2011)

[sunting | sunting sumber]
Perodua Myvi

Myvi sebelum rupa baru 2008.
Maklumat
PengilangPerodua
Pengeluaran2005kini
KelasMINI MPV/subpadat
Gaya badanMPV lima pintu
Enjin1.0 L EJ-VE I3 (Generasi pertama)
1.3 L K3-VEI4
BerkaitDaihatsu Sirion/Boon
Toyota Passo
Subaru Justy

Spesifikasi Myvi

[sunting | sunting sumber]

Kereta Myvi terdiri daripada lima variasi: 1.0SR (manual 5 kelajuan), 1.3SX (manual 5 kelajuan), 1.3EZ (auto 4 kelajuan), 1.3SXi (manual 5 kelajuan), dan 1.3EZi "Premium" (auto 4 kelajuan). Juga terdapat Myvi "Edisi Khas" yang berciri bodykit yang terdiri daripada bampar yang terubah suai, skirt sisi dan spoiler. Myvi juga tersedia dengan sepasang beg udara dan ABS.

Myvi dikilangkan dalam warna-warna yang menarik hati rakyat Malaysia iaitu Ebony Black, Olive Green, Ivory White dan Glittering Silver . Rupa baru Myvi diperkenalkan pada tahun 2008 , iaitu dikenali dengan muka yang serba baharu yang kelihatan lebih matang , I a diperkenalkan dengan banyak pilihan warna yang baharu yang terdiri daripada Medallion Grey, Pearl White, Classic Gold, Mystic Red , Caribbean Blue dan Glittering Silver.[7] Perodua Myvi SE mempunyai warna yang sama juga iaitu wanra Ivory White, Ebony Black, Glittering Siver, Pearl White dan warna yang istimewa dikenali sebagai Tangerine Orange yang eksklusif dan hanya ada pada varian Myvi SE.[8]

Prestasi dan Reka Bentuk

[sunting | sunting sumber]

Dalam Myvi, terpasang satu daripada dua enjin empat lejang yang terdingin air daripada Daihatsu Sirion generasi pertama: enjin Ej-VE 1.0 liter dengan tiga silinder terbaris, atau Toyota Passo: enjin K3-VE 1.3 liter dengan empat silinder terbaris; kedua-dua sistem DVVT serta pancitan bahan api elektronik (EFI).

Selain prestasi kasar, terdapat ciri-ciri yang sebelum ini jarang terdapat dalam kereta Perodua yang diturunkan oleh Sirion kepada Myvi, antaranya pemancit 4 lubang, uretana berbusa yang diinjek ke dalam A-pillar, centre pillar dan B-pillar untuk menebat hingar, sistem pelumpuh dan binaan badan pengurang kecederaan pejalan kaki empat. Antara ciri-ciri lain pula ialah kawalan aliran udara rangka bawah, pancarongga pengambilan resin dan penutup kepala yang disepadukan dengan peti pembersih udara (untuk enjin 1.0) dan roda tenaga yang pejal untuk mengurangkan getaran jiwa semasa berjalan (untuk transmisi manual).

Versi 2008

[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi enjin


1.0 L 1KR-FE I3

  • Sistem pancitan bahan api elektronik (EFI)
  • Sistem Pemanasan Injap Boleh Laras Dinamik (DVVT)
  • Jumlah penggantian: 989 cc
  • Keluaran maks.: 43 kW (58.5 PS; 57.7 hp) @ 6000 rpm
  • Tork maks.: 88 N·m (65 lb·ft) @ 3200 rpm
  • Muatan tangki bahan api: 40 L (11 US gal; 9 imp gal)


1.3 L K3-VE I4

  • Sistem pancitan bahan api elektronik (EFI)
  • Sistem Pemanasan Injap Boleh Laras Dinamik (DVVT)
  • Jumlah penggantian: 1298 cc
  • Keluaran maks.: 64 kW (87.0 PS; 85.8 hp) @ 6000 rpm
  • Tork maks.: 116 N·m (86 lb·ft) @ 3200 rpm
  • Muatan tangki bahan api: 40 L (11 US gal; 9 imp gal)

Pada 22 Ogos 2008, Perodua Myvi versi baru dilancarkan dengan menampilkan perubahan pada kekisi depan, bampar depan, bonet, bampar belakang, rim aloi, warna dan reka bentuk papan pemuka, pemain MP3/WMA dan fabrik tempat duduk. Model 1.3 Premium pula turut dilengkapi kaca perlindungan UV yang baru, pelaras ketinggian tempat duduk, dan juga sistem audio baru dengan ciri-ciri USB dan Bluetooth.[7]

"Edisi Khas" Perodua Myvi SE baru ini juga dilancarkan pada 10 Oktober 2008 dengan bampar yang baru, lampu belakang yang jernih, lampu puncak gelap, papan pemuka ambar, tempat duduk kulit, dan pemain cakera padat 2-DIN dengan sokongan MP3, WMA, USB dan Bluetooth sebagai ganti unit bersepadu. Ia hanya terdapat dengan enjin 1.3L dengan transmisi manual atau automatik.[8]


Pelancaran Perodua Myvi menandakan kali pertama Perodua bersaing sengit dengan Proton, pembuat kereta kebangsaan Malaysia yang pertama yang memperkenalkan Proton Savvy yang setanding kelasnya ketika itu.

Myvi 1.3 mengetepikan saingan Proton Savvy 1.2, untuk menjadi "Car of the Year 2005/2006" oleh majalah tempatan Autocar ASEAN. Akhbar kewangan tempatan The Edge Daily melaporkan bahawa jualan Myvi jauh melampaui jangkaan awalnya dan menerima sambutan yang amat hangat semenjak diperkenalkan pada bulan April.

Proton Savvy yang mulai dipasarkan beberapa bulan selepas keluarnya Myvi tidak menjejaskan jualan Myvi. Setelah mengambil kira permintaan yang besar untuk Myvi, penjualan kenderaan dan bahagian pasaran Perodua naik mendadak pada tahun 2006.

Richard Hammond, seorang pengacara Top Gear di BBC, memandu uji sebuah kereta Myvi,[9] dan nampaknya berasa kagum. Ulasnya, walaupun mencedok Daihatsu Sirion, namun reka bentuknya diubah sedikit supaya nampak lebih cantik dan berbaloi untuk kereta berharga bawah £7,000 kerana mampu berjalan 50 batu segelen dan mudah dikawal seperti Toyota Yaris.

Bagaimanapun, rakan sejawat Hammond dalam Top Gear, Jeremy Clarkson tidak berkenan dengan brek, pemanduan, tempat duduk dan dalaman sehingga mengulas bahawa "inilah kereta untuk dipandu dengan muka masam".

Kajian oleh J.D. Power & Associates pada tahun 2009 menyaksikan kereta MyVi menduduki tempat teratas kerana mutu awalnya dari segi pemilikan kenderaan baru dalam kategori kereta padat.[10]

Generasi kedua (2011-2017)

[sunting | sunting sumber]
Perodua Myvi 2011

Myvi Extreme 1.5
Maklumat
PengilangPerodua
Pengeluaran20112017
KelasSupermini/subpadat
Gaya badanhatchback lima pintu
Enjin1.3 L K3-VE I4
BerkaitDaihatsu Sirion/Boon
Toyota Passo

Perodua Myvi 2011 dilancarkan pada 16 Jun 2011.[11]

Pada tahun 2012, sebuah replika Myvi Extreme 1.5 pernah dibina menggunakan 1.27 juta bata Lego yang memakan masa kira-kira 2 bulan.[12]

Perodua Myvi ini rebadge dengan Toyota Passo Hana

Kelengkapan

[sunting | sunting sumber]

Perodua Myvi 2011 terdapat dalam tiga perapi untuk 1.3 liter iaitu Standard, Premium dan Elegance, dan dua untuk 1.5 liter iaitu Special Edition dan Extreme. Model Extreme berwarna kuning juga lebih dikenali dengan nama Myvi Taliban. Kesemuanya tersedia dengan transmisi automatik empat kelajuan dan manual lima kelajuan. Semua kereta model ini tersedia pasang beg udara duaan. ABS dan EBD terdapat pada varian Premium dan Elegance. Lampu kabut juga terdapat untuk varian Premium dan Elegance. Varian Standard pula ada rim keluli dengan pelitup manakala varian lain mendapat rim aloi. Kemudi Kuasa Elektronik sudah dipasang di semua kereta. Batang transmisi automatik dialihkan kepada dekat papan pemuka seperti Perodua Alza. Dalam varian Elegance sahaja tersedia sistem navigasi DVD berskrin sentuh 6 inci 2-DIN bersepadu dengan peta yang disumbangkan oleh Telekom Malaysia, di samping pemegang pintu krom dan kit badan yang berbeza.

Myvi terdapat dalam enam warna, lima daripadanya metalik iaitu Ebony Black, Glittering Silver, Medallion Grey, Pearl White dan rona baru Mystical Purple; serta satu warna padu iaitu Ivory White.

Prestasi dan keselamatan

[sunting | sunting sumber]

Myvi 2011 dikuasakan oleh enjin K3-VE 1.3 liter dengan DVVT serta EFI. Walaupun sama enjinnya dengan generasi terdahulu, namun Perodua mengaku kenaikan 4HP dalam Myvi 2011 kerana kemudi kuasa elektronik (EPS) yang membolehkan Perodua untuk menyalurkan kuasa tambahan untuk meningkatkan kuasa kuda. Terdapat rangkaian kuasa automatik 4 kelajuan dan manual 5 kelajuan; kedua-dua transmisi ini memindahkan kuasa enjin kepada roda depan. Pada bampar belakang ada liang udara yang mengurangkan masalah kepakan. Beg udara SRS terpasang dalam semua kereta, maka Myvi merupakan kereta nasional pertama yang dipasang sedemikian. Tali sawat tengah tempat duduk belakang bertukar dari sekadar riba menjadi ELR tiga sudut. ISOFIX juga menjadi piawaian untuk semua Myvi 2011 untuk pemasangan tempat duduk kanak-kanak.

Generasi ketiga (M800; 2017)

[sunting | sunting sumber]
Generasi ketiga
Maklumat
Juga dikenaliDaihatsu Sirion (Indonesia, Februari 2018 – kini)
PengeluaranNovember 2017 – kini
Enjin
Penghantaran
  • Manual 5-kelajuan (1.3 G sahaja, 2017–2021)
  • Automatik 4-kelajuan (2017–2021)
  • CVT (2021–kini)
Jarak roda2,500 mm (98.4 in)
Panjang3,895 mm (153.3 in)
Lebar1,735 mm (68.3 in)
Tinggi1,515 mm (59.6 in)
Berat Kerb955–1,025 kg (2,105–2,260 lb)
Pereka bentukMuhamad Zamuren Musa[13]

Pra-pelancaran

[sunting | sunting sumber]

Generasi ketiga Perodua Myvi telah didesas-desuskan akan dikeluarkan pada lewat tahun 2017 atau awal tahun 2018.[14] Pada 8 November 2017, Perodua mengumumkan bahawa tempahan untuk Perodua Myvi 2018 telah dibuka.[15] Perodua Myvi generasi ketiga membuat kemunculan sulung kepada umum di Malaysia Autoshow di MAEPS, Serdang pada 9–12 November 2017.[16] Walau bagaimanapun, pada masa tersebut, kereta berkenaan diletakkan di dalam kotak khas yang mempunyai beberapa bukaan kecil yang hanya membolehkan intipan singkat.[17] Perodua Myvi generasi ketiga telah dilancarkan secara rasmi pada 16 November 2017. Ia dibangunkan di bawah projek kod D20N.

Generasi Myvi ini direka bentuk sepenuhnya secara dalaman oleh bahagian reka bentuk dan penggayaan Perodua sendiri yang diketuai oleh Muhamad Zamuren Musa, yang juga mereka bentuk Perodua Bezza, tanpa melakukan penjenamaan semula (rebadging) daripada Daihatsu Boon generasi ketiga.[18] Ia merupakan sebuah kereta yang serba baharu, di mana Toyota hanya memberikan khidmat nasihat dan pembekalan enjin kepada Perodua bagi pembangunan Myvi baharu ini.

Luaran dan Dalaman

[sunting | sunting sumber]

Kelengkapan standard bagi semua varian merangkumi lampu hadapan pemantul LED, pelarasan manual aras lampu hadapan, lampu belakang LED, cermin sisi pelaras elektronik, sensor pengunduran, tayar simpanan saiz penuh, sistem kemasukan dan penghidupan tanpa kunci, cermin kuasa di semua pintu dengan fungsi automatik pada pemandu, kawalan penyaman udara digital, stereng boleh laras kecondongan, tempat duduk pemandu boleh laras ketinggian, tempat duduk belakang lipat nisbah 60:40, serta cangkuk barangan dan cangkuk anti-ragut terbina dalam. Varian 1.3 dilengkapi dengan rim aloi 14 inci berreka bentuk berarah 7-jejari, manakala varian 1.5 dilengkapi dengan rim aloi 15 inci berreka bentuk 5-jejari berkembar dengan kemasan dua tona. Varian Standard G menampilkan gril hadapan berwarna perak dan pemegang pintu luaran mengikut warna badan, manakala varian lain menampilkan gril hadapan krom dan pemegang pintu luaran krom. Varian 1.5 menambah 'splitter' hadapan, spoiler belakang, serta 'skirt' sisi dan bampar belakang dua tona. Di bahagian dalam, varian Standard G mempunyai kemasan perak di sekeliling corong penyaman udara, manakala varian lain mempunyai kemasan krom di samping serlahan tambahan perak dan krom di sekeliling kabin. Varian Standard G dilengkapi dengan unit kepala terbina dalam dengan radio dan input USB. Varian Premium X dan High mendapat ketersambungan Bluetooth, manakala varian Advance dilengkapi dengan unit kepala skrin sentuh bersama kamera pengunduran, GPS dan fungsi cerminan telefon pintar. Varian Premium X mendapat tambahan port USB, stereng balutan kulit dengan butang pelbagai fungsi, dan tempat duduk belakang dengan penyandar kepala boleh laras. Varian 1.5 High menambah pembaca tol terbina dalam (SmartTAG terbina dalam), manakala model Advance menambah tinted filem keselamatan dan tempat duduk balutan kulit. Varian lain menggunakan tempat duduk balutan fabrik.[19]

Semasa Pameran Motor Antarabangsa KL (KLIMS) 2018, sebuah konsep Myvi GT telah dipertunjukkan. Perubahan bahagian luaran berbanding Myvi standard merangkumi bampar hadapan yang berbeza, garis merah pada lampu hadapan yang mengalir dari gril, arka roda yang lebih lebar, rim 17 inci, sistem brek yang dinaik taraf, spoiler belakang yang lebih besar, bampar belakang yang berbeza dan paip ekzos yang terdedah. Bagi bahagian dalaman, perbezaannya merangkumi serlahan merah, tempat duduk jenis 'bucket' dan stereng bahagian bawah rata (flat-bottom).[20]

Kemas kini

[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2020, Perodua Myvi menerima kemas kini minor. Kemas kini tersebut merangkumi ciri keselamatan yang ditingkatkan dan pilihan warna yang dikemas kini. ASA 2.0 telah ditambah dan dijadikan standard pada semua varian 1.5 serta pilihan pada varian 1.3 Premium X. Warna Granite Grey yang sebelum ini eksklusif untuk varian 1.5 turut ditawarkan bagi varian 1.3 Premium X.[21]

Rangkaian kuasa

[sunting | sunting sumber]

Enjin yang disediakan untuk Myvi telah diubah suai oleh Perodua bagi meningkatkan kecekapan bahan api dan memperoleh standard Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) seperti mana Axia dan Bezza. Dua pilihan enjin disediakan:

  1. Enjin 1NR-VE dengan sesaran 1,329 cc (1.3 liter) yang menghasilkan 70 kW (95 ps; 94 hp) pada 6000 rpm dan 121 Nm (89 lb⋅ft; 12.3 kgf.m) pada 4000 rpm.
  2. Enjin 2NR-VE dengan sesaran 1,496 cc (1.5 liter) yang menghasilkan 76 kW (103 ps; 102 hp) pada 6000 rpm dan 137 Nm (101 lb⋅ft; 14.0 kgf.m) pada 4200 rpm.

Kedua-dua enjin mempunyai aci sesondol di atas kepala berganda (DOHC) dan pemasaan injap boleh ubah berganda yang dijenamakan sebagai Dual VVT-i.

Enjin 1.3 liter boleh didapati sama ada dengan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik 4-kelajuan. Berbeza dengan Myvi generasi sebelumnya, enjin 1.5 liter hanya boleh didapati dengan transmisi automatik 4-kelajuan sahaja.[22]

Keselamatan

[sunting | sunting sumber]

Buat julung kalinya bagi kereta berjenama Malaysia, Myvi menawarkan 'Bantuan Keselamatan Lanjutan' (Advanced Safety Assist / A.S.A.) pada varian tertinggi 1.5 AV.

Bantuan Keselamatan Lanjutan (A.S.A.) merangkumi:

  • Amaran Pra-Pelanggaran (PCW)
  • Brek Pra-Pelanggaran (PCB)
  • Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
  • Kawalan Kesilapan Operasi Pedal (PMC)

Penarafan ASEAN NCAP
Perodua Myvi (2017) (Kod Rujukan: 3870)

  • Bintang Keseluruhan: 5 / 5 Bintang
  • Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP): 45.43 mata
  • Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP): 22.01 mata
  • Bantuan Keselamatan (SA): 20.83 mata

Myvi generasi ketiga versi facelift telah dilancarkan pada 18 November 2021.[23] Perodua Smart Drive Assist (PSDA), yang juga dikenali sebagai ASA 3.0, menggantikan ASA 2.0 pada model pra-facelift terdahulu dan dijadikan standard pada semua varian kecuali varian asas 1.3 G yang disediakan sebagai pilihan. Terdapat 5 varian ditawarkan. Pilihan enjin 1.3 liter kini terdiri daripada 2 varian sahaja iaitu G asas dan G dengan PSDA, manakala pilihan enjin 1.5 liter merangkumi varian X, H dan AV. Transmisi automatik 4-kelajuan yang diguna pakai sejak Myvi generasi pertama telah digantikan dengan D-CVT yang turut digunakan pada Perodua Ativa. D-CVT merupakan satu-satunya pilihan transmisi. Transmisi manual 5-kelajuan yang sebelum ini hanya ditawarkan pada varian 1.3 liter telah digugurkan berikutan jualan yang rendah iaitu hanya 1 peratus.[24] Varian AV tertinggi menerima ciri-ciri baharu termasuk kawalan pelayaran adaptif (ACC), pemantauan titik buta, amaran lintasan trafik belakang dan amaran penyelewengan laluan bersama pencegahan penyelewengan laluan.[25]

Myvi generasi ketiga telah dilancarkan di Indonesia pada Februari 2018 sebagai Daihatsu Sirion,[26] Singapura pada April 2019,[27] Mauritius pada Ogos 2019[28] dan Brunei pada Julai 2020.[29]

Di Indonesia, Myvi generasi ketiga dijenamakan semula sebagai Daihatsu Sirion. Spesifikasi bagi pasaran Indonesia hampir menyerupai varian Premium X bagi pasaran domestik Myvi, melainkan ia menawarkan 2 pilihan transmisi, penggunaan rim aloi 15 inci yang lebih besar daripada Myvi 1.5 pasaran domestik pada bahagian luaran dan unit kepala skrin sentuh di bahagian dalaman. Ia telah dikemas kini pada Mac 2020 dengan pengubahsuaian pada bahagian luaran. Pilihan warna Granite Grey dan Electric Blue turut disediakan, manakala varian automatik mendapat penambahbaikan kosmetik daripada Myvi 1.5 pasaran domestik.[30] Ia menerima versi facelift pada 2 Jun 2022 dengan dua varian: 1.3 X dan 1.3 R, kedua-duanya dilengkapi dengan transmisi CVT.[31][32]

Di Singapura, 2 varian ditawarkan: 1.3 X dan 1.5 H, manakala di Mauritius, 2 varian ditawarkan: 1.3 G dan 1.5 H.

Di Brunei, 2 varian ditawarkan: 1.3 G dengan transmisi automatik 4-kelajuan sahaja yang spesifikasinya menyerupai varian 1.3 Standard G pasaran domestik, dan S-Edition. S-Edition merupakan varian 1.3 G dengan bahagian muka hadapan yang berbeza, bibir bawah tambahan pada bampar belakang, 'skirt' sisi, pelekat pada bahagian sisi serta rim yang berbeza. Telah disahkan bahawa penambahan pada S-Edition ini dilakukan oleh pengedar rasmi Perodua di Brunei iaitu GHK Motors dan bukannya oleh Perodua sendiri.[33] Myvi versi facelift tidak diperkenalkan di pasaran Brunei berikutan penghentian penawaran model tersebut pada Mei 2023 disebabkan jualan yang sangat perlahan.

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

Dilaporkan bahawa selepas seminggu pelancarannya, sebanyak 1,000 unit telah dihantar kepada pelanggan.[34] Selepas sebulan dijual, iaitu pada Disember 2017, dilaporkan sebanyak 4,500 unit telah dihantar.[35] Dalam tempoh 2 12 bulan selepas pelancaran pada Januari 2018, sebanyak 11,000 unit telah dihantar. Ia juga mendedahkan bahawa model 1.5 menyumbang sebanyak 85% daripada keseluruhan tempahan.[36] Angka penghantaran sebanyak 28,000 unit, 38,000 unit dan 100,000 unit masing-masing dilaporkan pada Mac 2018,[37] Mei 2018[38] dan Februari 2019.[39]

Pada Ogos 2018, gangguan bekalan daripada salah sebuah pembekal telah menyebabkan pengeluaran Myvi terhenti seketika. Perodua Myvi dipromosikan sebagai kereta terlaris di Malaysia selama 12 daripada 16 tahun sejak tahun 2006. Rekod jualan tertinggi setakat ini adalah pada tahun 2021 dengan 47,525 unit terjual.[40]

Myvi generasi ketiga umumnya menerima ulasan yang positif daripada pengkritik di pasaran domestiknya. Wartawan automotif Malaysia, Hafriz Shah daripada paultan.org memuji reka bentuk, kualiti dan ciri-ciri yang ada pada Myvi. Pakej keseluruhan yang ditawarkan mendapat pujian luar biasa, di mana Shah mendakwa sekiranya anda ingin membeli sebuah kereta di bawah RM100k, lihatlah Myvi terlebih dahulu. "Ia sememangnya sangat bagus." Walau bagaimanapun, Shah turut mengkritik meter kelajuan yang agak kecil, hanya mempunyai satu ruang penyimpanan barang, dan penggunaan bahasa Inggeris pada unit kepala (headunit).[41] Kon daripada evomalaysia.com memuji Myvi sebagai sebuah kereta yang bergaya, mampu milik dan praktikal, namun memberi ulasan bahawa ia bukan untuk penggemar tegar pemanduan (enthusiasts) dan "model terdahulu adalah lebih lapang di bahagian dalam."[42]

Anugerah dan pengiktirafan

[sunting | sunting sumber]
  • Kereta Bajet - iCar Asia People's Choice Awards 2017[43]
  • 3 Hibrid/Hatchback Kompak Terbaik Malaysia - Aurizn Awards 2018 'Cars of Malaysia'[44]
  • Kenderaan Terbaik Tahun Ini 2018 - DSF.my Allianz Vehicle of the Year (VOTY) 2018[45]
  • Hatchback Kompak Terbaik - Carsifu Editor's Choice Awards 2018[46]
  • Hatchback Kompak (Pemenang Emas) - Carlist.my People's Choice Awards 2018[47]
  • Kereta Luar Biasa Asas Tahun Ini - Malaysia Car of the Year (COTY) 2018[48]
  • Cap Reka Bentuk Baik Malaysia 2018[49]
  • 3 Kereta Bandar Terbaik - 2019 'Cars of Malaysia'[50]
Tahun Malaysia[51][i]
2005 34,050
2006 80,322
2007 84,709
2008 88,219
2009 90,594
2010 77,652
2011 81,897
2012 91,085
2013 98,936
2014 82,377
2015 74,227
2016 51,232
2017 55,846
2018 82,121
2019 81,964
2020 66,328
2021 47,520
2022 74,837
2023 71,155
2024 72,214
2025 72,724
  1. Angka berdasarkan pendaftaran
  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Daihatsu Sirion 1st gen news 2"
  2. "Press Release by Motor Trader Malaysia, Source from Malaysian Automotive Association". Diarkibkan daripada yang asal pada March 5, 2010.
  3. Tan, Paul. "Perodua achieves record sales in 2010: 5-year old Myvi is still Malaysia's best selling car". Paultan.org.
  4. "Sales of Perodua passenger vehicles in Malaysia, 1994 – 2013". 29 January 2014. Dicapai pada 1 February 2014.
  5. https://paultan.org/2025/02/07/perodua-has-sold-5-1-million-cars-since-inception-see-each-past-current-models-production-numbers-here/
  6. "Daihatsu launches the Partially Redesigned Myvi". DAIHATSU Global Website (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-22.
  7. 1 2 Tan, Paul. "New Perodua Myvi facelift launched in Malaysia". Paultan.org. Dicapai pada 2010-12-02.
  8. 1 2 Tan, Paul. "2008 Perodua Myvi SE - full details and prices". Paultan.org. Dicapai pada 2010-12-02.
  9. "Richard Hammond Test Drive Myvi". Mirror.co.uk. 2006-09-08. Dicapai pada 2010-12-02.
  10. "Myvi Tops Initial Quality For New Compact Car". Bernama.com. 2009-10-21. Dicapai pada 2010-12-02.
  11. Lim, Anthony. "2011 Perodua Myvi – full details and first impressions". Paultan.org. Dicapai pada 2011-09-16.
  12. Perodua MyBi – life-size replica of a Myvi Extreme 1.5; 1.27 million Lego bricks; around two months to build
  13. Zainuddin, Mohd Zaky (20 February 2018). "Myvi bukan lagi model 'ciplak'". Berita Harian. Dicapai pada 10 February 2021.
  14. "New Perodua Myvi coming Q4 2017 – research house". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2017-09-25. Dicapai pada 2017-10-28.
  15. "Bookings for new Myvi open, prices start from RM44,300". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-08. Dicapai pada 2017-11-09.
  16. "New 2018 Perodua Myvi details - RM44,300 to RM55,300!". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-08. Dicapai pada 2020-08-01.
  17. "New Perodua Myvi makes public debut in Malaysia - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-09. Dicapai pada 2020-08-01.
  18. Hezeri Samsuri (2017-11-16). "Anak Kedah ketuai pasukan rekabentuk Myvi 2017". Careta. Dicapai pada 2018-04-24.
  19. "2018 Perodua Myvi officially launched in Malaysia - now with full details and pics, priced from RM44,300 - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-16. Dicapai pada 2020-08-01.
  20. "KLIMS18: Perodua Myvi GT - sporty hot hatch concept - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2018-11-22. Dicapai pada 2020-08-01.
  21. "2020 Perodua Myvi Gets ASA 2.0, New Electric Blue Colour - Auto News - Carlist.my". Carlist.my - Malaysia's No.1 Car Site (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-01.
  22. "2018 Perodua Myvi officially launched in Malaysia – now with full details and pics, priced from RM44,300". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-16. Dicapai pada 2017-11-16.
  23. Tan, Danny (18 November 2021). "2022 Perodua Myvi facelift launched – RM46k-RM59k, D-CVT, ASA 3.0, ACC, 5% better FC, 20% faster 0-100". paultan.org.
  24. King, Nicholas (2021-11-22). "Perodua: Only 1 per cent manual transmission ownership for previous Myvi | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-11-23.
  25. Tan, Danny. "2022 Perodua Myvi facelift spec-by-spec comparison – how to pick between 1.3G, 1.5X, 1.5H, 1.5AV variants". paultan.org.
  26. "New Daihatsu Sirion launched in Indonesia - rebadged Perodua Myvi, 1.3L MT and AT, RM53k to RM56k - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2018-02-13. Dicapai pada 2020-08-01.
  27. "Perodua Myvi launched in Singapore, from RM197k - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-15. Dicapai pada 2020-08-01.
  28. "Perodua Myvi introduced in Mauritius - RM81k-90k - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2019-08-06. Dicapai pada 2020-08-01.
  29. "Perodua Myvi officially launched in Brunei - 1.3G and S-Edition; new SE or GT body kit coming to Malaysia? - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-04. Dicapai pada 2020-08-01.
  30. "Daihatsu Sirion receives Myvi bodykit in Indonesia - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2020-03-20. Dicapai pada 2020-08-01.
  31. Lye, Gerard (2022-06-03). "2022 Daihatsu Sirion facelift – Indonesia's Myvi gets Android Auto, Apple CarPlay, air purifier; from RM69k". Paultan.org. Malaysia: Driven Communications. Dicapai pada 2022-06-03.
  32. MR, Harryt (2022-06-02). Panji Nugraha (penyunting). "Daihatsu New Sirion 2022 Meluncur, Bidik Milenial, Harga Segini". GridOto.com (dalam bahasa Indonesian). Indonesia: Kompas Gramedia. Dicapai pada 2022-06-03.CS1 maint: unrecognized language (link)
  33. "Perodua Myvi S-Edition launched in Brunei does not come with a factory/official body kit - company CEO - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2020-07-09. Dicapai pada 2020-08-01.
  34. "New Perodua Myvi deliveries reach 1,000 units one week after launch, over 80% are 1.5L variants - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2017-11-24. Dicapai pada 2020-08-01.
  35. "Demand for Myvi Exceeds 20,000. 4,500 Units Delivered |". www.dsf.my (dalam bahasa Inggeris). 8 December 2017. Dicapai pada 2020-08-01.
  36. Carsifu (2018-01-19). "New Myvi a runaway success, bookings hit 36,000 units". CarSifu. Dicapai pada 2020-08-01.
  37. Howe, Goh Thean (2018-03-18). "28,000 new Myvis delivered by Perodua | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-01.
  38. Bernama (2018-05-03). "Perodua delivers over 38,000 Myvis out of 70k bookings | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-01.
  39. Bernama (2019-02-12). "Perodua delivers 100,000 units of Perodua Myvi since Nov 2017 | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-08-01.
  40. "Perodua Myvi – 47,525 units sold in 2021, bestselling car in Malaysia for 12 out of 15 years since 2006 - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2022-01-04. Dicapai pada 2022-04-19.
  41. "DRIVEN: 2018 Perodua Myvi - full road-test review - paultan.org". Paul Tan's Automotive News (dalam bahasa Inggeris). 2017-12-17. Dicapai pada 2020-08-01.
  42. "2018 Perodua Myvi 1.3 X & 1.5 Advance Review". evomalaysia.com. Dicapai pada 2020-08-01.
  43. "Nine Car Brands Honoured At iCar Asia People's Choice Awards 2017". Carlist.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 2018-11-25.
  44. "AURIZN AWARDS 2018". EVOMALAYSIA.COM (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-27. Dicapai pada 2018-11-27.
  45. "Vehicle Of The Year 2018 results. The best…… honoured". DS&F (dalam bahasa Inggeris). 12 May 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-08. Dicapai pada 2018-12-08.
  46. "2018 CarSifu Editors' Choice Awards: Why cars won". carsifu Star (dalam bahasa Inggeris). 5 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-27. Dicapai pada 2018-11-27.
  47. "The people have spoken! Here are the Malaysian's most favourite car models as voted across all the categories". Carlist.my (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-25. Dicapai pada 2018-11-25.
  48. Mohamad Hanif (4 December 2018). "PEUGEOT 3008 1.6 ACTIVE MENANG CAR OF THE YEAR 2018!". Careta.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-06. Dicapai pada 2018-12-06.
  49. "Perodua is proud to receive the Malaysian Good Design Mark (MGDM) from the Malaysian Design Council for the Myvi & Axia respectively". instagram.com (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-24. Dicapai pada 2019-01-12.
  50. "CARS OF MALAYSIA 2019". EVOMALAYSIA.COM (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-11. Dicapai pada 2019-08-11.
  51. "Perodua Myvi : Popularity over the Years". data.gov.my.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]