Pulau Bidong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pulau Bidong
Nama asli:
Pulau Bidong
ڤولاو بيدوڠ
Pemandangan Pulau Bidong
Geografi
LokasiLaut China Selatan
Koordinat5°37′N 103°4′E / 5.617°N 103.067°E / 5.617; 103.067Koordinat: 5°37′N 103°4′E / 5.617°N 103.067°E / 5.617; 103.067
Pentadbiran
Malaysia
NegeriTerengganu
Pulau Bidong

Pulau Bidong ialah sebuah pulau kecil di pesisir Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia. Ia terletak 45 kilometer di luar pantai bandar Terengganu dan Merang di Laut China Selatan.

Dari tahun 1978 hingga paling lewat 2005, Pulau Bidong merupakan kem pelarian Vietnam, dengan populasi mencapai kemuncaknya seramai 40,000 orang pelarian. Seramai kira-kira 250,000 pelarian merupakan penghuni kem tersebut sepanjang tempoh operasinya. Kebanyakan tinggal di Bidong beberapa bulan atau lebih lama dan telah ditempatkan semula di luar negara di negara ketiga, terutamanya Amerika Syarikat.

Kini, pulau Bidong memiliki beberapa infrastruktur, termasuk pusat kajian biologi marin Universiti Malaysia Terengganu,[1] di samping beberapa penginapan pelancongan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Ogos 1978, Pulau Bidong telah dijadikan tapak peralihan warga Vietnam Selatan yang naik perahu melarikan diri daripada perang yang bergolak di sana oleh kerajaan Malaysia dan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dengan penempatan 121 pelarian Vietnam pertama. Melalui pewartaan PU(A) 227, kerajaan negeri Terengganu bersetuju mengistiharkan Pulau Bidung sebagai pusat penempatan pelarian Vietnam, dengan para nelayan tidak dibenarkan menggunakan perairan pulau ini pada serta diisytihar sebagai pulau larangan. Sejak itu sehingga 1991, pulau ini menjadi tempat perlindungan bagi pelarian bot yang melarikan diri daripada pemerintahan komunis dari Vietnam. Satu kapal pelarian ketara ialah kapal Hai Hong yang ditemui di Pelabuhan Klang pada November 1978 dengan sejumlah kira-kira 2,400 orang pelarian di atasnya.

Menjelang Januari 1979, terdapat 18,000 pelarian Vietnam di pulau Bidong dan menjelang Jun 1979 pulau ini pernah menempatkan sehingga 40,000 pelarian Vietnam dan yang lain-lain sebagai tapak peralihan semasa Perang Vietnam.[2]

Selain daripada pelarian Vietnam, ia turut menempatkan pelarian Kemboja pada akhir 70-an, yang lari daripada rejim Khmer Rouge.

Laluan mereka daripada Vietnam dipenuhi ancaman dan bahaya kerana bot pelarian adalah kecil, sesak, dan sering menjadi sasaran lanun. Mereka menjadi mangsa rompakan, diperkosa, dicacatkan, dan dibunuh. Beribu-ribu pelarin mati di laut sebelum sampai ke pantai Bidong.

Ketika ia ditutup pada 1991, kira-kira 250,000 pelarian berada di kem sebelum diterima kebanyakannya oleh Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Perancis. Selepas kem ditutup, banyak pelarian telah dihantar pulang ke Vietnam.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Bekas pelarian pulau Bidong telah mendirikan 2 tugu peringatan di pulau tersebut, bagi memperingati rakan-rakan mereka yang terkorban. Salah satu daripada tugu ini pernah mendapat perhatian kerajaan Vietnam yang menggesa kerajaan Terengganu untuk merombakkan tugu peringatan itu kerana memiliki kenyataan yang dianggap memalukan kerajaan Vietnam.[perlu rujukan]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Stesen Penyelidikan Marin UMT, Pulau Bidong". Universiti Malaysia Terengganu. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 September 2016.
  2. ^ Thompson, Larry Clinton. Refugee Workers in the Indochina Exodus, 1975-1982. Jefferson, NC: McFarland, 2010, 156-160

Pautan luar[sunting | sunting sumber]