Persembahan Bangsawan Di Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buku / Novel
Buku Persembahan Bangsawan Di Sarawak
Persembahan Bangsawan Di Sarawak
Siri
Pengarang Asal Nur Afifah Vanitha Abdullah
Penterjemah
ISBN 978-967-5527-23-4
Kod Buku
Saiz
Genre Tidak diketahui
Terbitan Universiti Malaysia Sarawak
Negara Malaysia
Bahasa Melayu
Tahun Keluaran 2011
Bilangan Muka Surat 324
Harga 66.00

Buku Persembahan Bangsawan Di Sarawak merupakan buku yang diterbitkan oleh Universiti Malaysia Sarawak, dengan nombor ISBN978-967-5527-23-4. Ia terdiri daripada 324 halaman dan berharga RM66.00 dan diterbitkan pada tahun 2011.

Biodata Penulis[sunting | sunting sumber]

Nur Afifah Vanitha binti Abdullah adalah pensyarah kanan Program Drama dan Teater, Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Kota Samarahan, Sarawak.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Drama dari Syracuse University, New York (1997) dan seterusnya Ijazah Doktor Falsafah Drama dan Teater dari Universiti Sains Malaysia (2009).

Bidang kepakaran beliau adalah pengarahan; sejarah teater; serta teori dan kritikan drama dan teater. Beliau terlibat dalam penyelidikan tentang persembahan bangsawan di Sarawak sejak tahun 2002 dan banyak menulis tentang subjek ini sejak tahun 2003.

Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Bahasa, Kesusateraan, dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Persembahan bangsawan mula dipentaskan di Sarawak sekitar awal abad ke-20 oleh kumpulan-kumpulan bangsawan dari Tanah Melayu dan Singapura. Teater Melayu ini komersial sifatnya segera muncul popular dalam kalangan masyarakat tempatan ketika itu. Sekitar 1930-an, masyarakat tempatan negeri ini mula mementaskan bangsawan, terutamanya di kampung-kampung Melayu di sepanjang kawasan persisir pantai Sarawak. Apa yang menarik adalah sebelum ini, ramai yang kurang mengetahui bahawa masyarakat tempatan Sarawak memilik tradisi penganjuran persembahan bangsawannya yang tersendiri. Apakah kaedah dan tujuan persembahan bangsawan masyarakat ini sama dengan pementasan bangsawan yang dianjurkan oleh kumpulan-kumpulan bangsawan dari Tanah Melayu dan Singapura? Buku ini menyediakan jawapan kepada persoalan tersebut dengan memperincikan perkembangan dan perubahan bangsawan di Sarawak selari dengan suasana ekonomi, politik, dan sosial masyarakat melayu tempatan 1914-2004. Persembahan bangsawan di Sarawak dibincangkan mengikut emoat fasa perkembangannya iaitu, bangsawan Tanah Melayu dan Singapura, bangsawan Kampung, bangsawan era 1980-an, dan bangsawan Sarawak. Penerbitan buku ini adalah sebahagian daripada usaha melengkapkan jurang ilmu persembahan bangsawan di Malaysia, khususnya di Sarawak

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nur Afifah Vanitha binti Abdullah. (2009). Perkembangan dan Perubahan Persembahan Bangsawan di Sarawak, 1914-2004. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]