Pergi ke kandungan

Pilihan raya umum United Kingdom 2015

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pilihan raya umum United Kingdom 2015

← 2010 7 Mei 2015 2017 →
Pengundi hadir66.4%[1] (1.3%)
  David Cameron Ed Miliband
Parti Konservatif Buruh
Undian popular 11,334,226 9,347,273
Peratusan 36.9% 30.4%

  Nicola Sturgeon Nick Clegg
Parti Parti Kebangsaan Scotland Demokrat Liberal
Undian popular 1,454,436 2,415,916
Peratusan 4.7% 7.9%


Komposisi Dewan Rendah UK

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sebelum pilihan raya

David Cameron dan Nick Clegg
Gabungan Konservatif dan Lib Dem

Perdana Menteri selepas pilihan raya umum

David Cameron
Konservatif

Pilihan Raya Umum United Kingdom berlansung pada 7 Mei 2015, untuk memilih ahli parlimen bagi baru Parlimen United Kingdom yang kali ke-56. Pengundian dan pengulas telah meramalkan jurang kemenangan adalah tipis yang akan memaksa dewan parlimen digantung buat kali kedua berturut-turut atau lebih rumit berbanding pada pilihan raya umum tahun 2010. Pendapat pendapat ini akhirnya tidak terbukti apabila Parti Konservatif memperoleh 330 kerusi dan berjaya membentuk kerajaan. Setelah mentadbir dalam gabungan dengan Demokrat Liberal sejak tahun 2010, kali ini, Konservatif mengesahkan kemenangan pertama mereka secara langsung dalam tempoh dua puluh tiga tahun.

Parti Buruh, yang diketuai oleh Ed Miliband, menyaksikan kenaikan kecil dalam bahagian pengundiannya kepada 30.4%, tetapi mengalami kehilangan 26 kerusi, menyaksikan seramai 232 ahli parlimen terpilih ke Dewan Rendah. Beberapa calin Kabinet bayangan Parti Buruh, terutamanya Ed Balls, Douglas Alexander dan ketua buruh Scotland, Jim Murphy telah dikalahkan. Parti Kebangsaan Scotland, yang mendapat sokongan padu sejak referendum kemerdekaan Scotland tahun 2014, mencatatkan beberapa perubahan lebih daripada 30% daripada Buruh, kerana memenangi 56 daripada 59 kerusi di Scotland untuk menjadi parti ketiga terbesar di Dewan Rendah.

Parti Demokrat Liberal di tempat ke-4, yang diketuai oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg, mendapat keputusan terburuk sejak pembentukannya pada 1988, parti pimpinannya hanya memenangi 8 kerusi daripada 57 kerusi pada tahun 2010, dengan beberapa menteri kabinet antaranya Vince Cable, Ed Davey dan Danny Alexander berjaya ditewaskan. UKIP mendapat tempat ke-5 dari segi undi dengan 12.6%, tetapi hanya memenangi 1 kerusi, manakala pemimpin partinya, Nigel Farage gagal memenangi kerusi di South Thanet. Parti Hijau di tempat ke-6, memenangi undi tertinggi dengan 3.8%, dan mengekalkan satu-satunya kerusi tunggal di Dewan Rendah. Miliband dari Parti Buruh dan Murphy (sebagai pemimpin Scotland) kedua-duanya meletak jawatan, seperti yang dilakukan Clegg untuk partinya. Di Ireland Utara, Parti Kesatuan Ulster kembali ke Dewan Rendah dengan 2 orang Ahli Parlimen yang terpilih selepas ketiadaan selama lima tahun, manakala Parti Perikatan Ireland Utara kehilangan 1 kerusi walaupun terdapat peningkatan bilangan undi popular.

Keputusan

[sunting | sunting sumber]
330 232 56 8 24
Konservatif Buruh SNP Lib Dem Lain-lain

Setelah 650 kerusi disahkan, keputusan adalah seperti berikut:[2]

Parti Pemimpin Ahli Parlimen Undi
Jumlah Jumlah
Parti Konservatif David Cameron 330 50.8%
330 / 650
11,299,609 36.8%
Parti Buruh Ed Miliband 232 35.7%
232 / 650
9,347,273 30.4%
Parti Kebangsaan Scotland Nicola Sturgeon 56 8.6%
56 / 650
1,454,436 4.7%
Parti Demokrat Liberal Nick Clegg 8 1.2%
8 / 650
2,415,916 7.9%
Parti Kesatuan Demokratik Peter Robinson 8 1.2%
8 / 650
184,260 0.6%
Sinn Féin Gerry Adams 4 0.6%
4 / 650
176,232 0.6%
Plaid Cymru Leanne Wood 3 0.5%
3 / 650
181,704 0.6%
Parti Sosial Demokratik dan Buruh Alasdair McDonnell 3 0.5%
3 / 650
99,809 0.3%
Parti Kesatuan Ulster Mike Nesbitt 2 0.3%
2 / 650
114,935 0.4%
Parti Kemerdekaan UK Nigel Farage 1 0.2%
1 / 650
3,881,099 12.6%
Parti Hijau Natalie Bennett 1 0.2%
1 / 650
1,111,603 3.8%
Yang di-Pertua Speaker John Bercow 1 0.2%
1 / 650
34,617 0.1%[3]
Kesatuan Bebas Sylvia Hermon 1 0.2%
1 / 650
17,689 0.06%[4]
  1. ^ "The May 2015 UK elections: Report on the administration of the 7 May 2015 elections, including the UK Parliamentary general election" (PDF). m/s. 3.
  2. ^ "2015 UK general election results". Th3 Electoral Commission. Dicapai pada 14 June 2017.
  3. ^ "Speaker's results: Election 2015". BBC News. Dicapai pada 25 September 2015.
  4. ^ "BBC News election results". Dicapai pada 25 September 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]