Parti Kebangsaan Scotland
Scottish National Party * Pàrtaidh Nàiseanta na h-Alba * Scots Naitional Pairtie | |
---|---|
200px | |
Leader | Nicola Sturgeon |
Depute leader | Angus Robertson |
Ketua Kumpulan Dewan Rakyat | Ian Blackford |
Diasaskan | 1934 |
Gabungan |
|
Ibu pejabat | Gordon Lamb House, Edinburgh, Scotland |
Sayap pelajar | Federation of Student Nationalists |
Sayap belia | Young Scots for Independence |
Keahlian (2016) | ▲ 120,203 |
Ideologi | Nasionalisme Scotland]][1][2] Nasionalisme sivik[3][4] Feminisme[5] Kedaerahan[6] Demokrasi sosial[7][8][9] Pro-Europeanisme[10] |
Kedudukan politik | Tengah kiri[11][12][13][14] |
Penggabungan Eropah | European Free Alliance |
Kumpulan Parlimen Eropah | Greens/EFA |
Dewan Rakyat (kerusi Scotland) | 35 / 59 |
Dewan Pertuanan | 0 / 813 |
Parlimen Eropah (kerusi Scotland) | 2 / 6 |
Parlimen Scotland | 63 / 129 |
Kerajaan tempatan Scotland[15] | 429 / 1,227 |
Tapak web | |
www | |
Politik Scotland Parti politik Pilihan raya Politik the United Kingdom Parti politik Pilihan raya |
Parti Kebangsaan Scotland (SNP; Bahasa Gaelik Scotland: Pàrtaidh Nàiseanta na h-Alba, Bahasa Scots: Scots Naitional Pairtie) ialah sebuah parti politik nasionalis dan demokrasi sosial[8][9] di Scotland. SNP menyokong dan berkempen untuk kemerdekaan Scotland. Ia merupakan parti politik terbesar di Scotland dengan pegangan kerusi terbanyak di Parlimen negara tersebut dan kerusi-kerusi Scotland di Parlimen United Kingdom. Bahkan, ia mempunyai keahlian ketiga terbesar dalam kalangan parti-parti politik United Kingdom serta jumlah bilangan perwakilan di Dewan Rakyat selepas Parti Konservatif dan Parti Buruh. Ketua parti ini, Nicolas Sturgeon telah berkhidmat sebagai Menteri Pertama Scotland sejak 20 November 2014.
Parti ini dibentuk pada tahun 1934 dengan pengabungan Parti Nasionalis Scotland dengan Parti Scotland. Ia telah mempunyai perwakilan berterusan di dalam Parlimen Scotland perwakilan sejak Winnie Ewing memenangi pilihan raya kecil Hamilton 1967. Apabila Parlimen Scotland yang didevolusikan terbentuk pada tahun 1999, SNP menjadi parti kedua terbesar berkhidmat sebagai parti pembangkang selama dua penggal. SNP mendapat peningkatan besar pengaruh mereka dengan perolehan kerusi dalam pilihan raya umum Sctoland 2007, seterusnya membentuk kerajaan minoriti. Mereka kemudiannya memenangi pilihan raya umum seterusnya pada 2011dan membentuk kerajaan majoriti pertama Parlimen Scotland.
SNP adalah parti politik yang terbesar di Scotland dari segi keahliannya yang mencapai lebih 120,000 orang ahli pada Julai 2016, iaitu sekitar 2% penduduk Scotland. Ia kini mempunyai 63 ahli Parlimen Scotland, 35 ahli Parlimen dan lebih 400 ahli majlis perbandaran. Ia juga mempunyai 2 ahli yang duduk di Parlimen Eropah di kumpulan Hijau/Pakatan Bebas Eropah. SNP adalah ahli Pakatan Bebas Eropah. Parti ini tidak mempunyai apa-apa anggota Dewan Pertuanan kerana ia menyokong penghapusan dewan atas. Pada pilihan raya umum UK 2017, SNP kehilangan 21 daripada 56 kerusi mereka dengan 35 ahli Parlimen yang tinggal di Dewan Rakyat; ahli-ahli Parlimen yang hilang kerusi mereka termasuklah bekas pemimpin parti/Pertama Menteri Pertama Alex Salmond dan pemimpin Dewan Rakyat Angus Robertson. Kedua-dua mereka kehilangan tempat duduk mereka kepada calon dari Parti Konservatif yang merupakan kemenangan besar bagi parti tersebut di Scotland sejak tahun 1983. Tidak ada bilangan kerusi baru yang diperolehi oleh SNP pada pilihan raya umum tersebut.
SNP juga merupakan parti berfahaman Pro-Eropah yang inginkan kemerdekaan Scotland dari gabungan United Kingdom sebagai sebuah negara anggota Kesatuan Eropah.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Hassan, Gerry (2009), The Modern SNP: From Protest to Power, Edinburgh University Press, halaman 5, 9
- ^ Christopher Harvie (2004). Scotland and Nationalism: Scottish Society and Politics, 1707 to the Present. Psychology Press. ISBN 978-0-415-32724-4.
- ^ Mitchell, James; Bennie, Lynn; Johns, Rob (2012), The Scottish National Party: Transition to Power, Oxford University Press, halaman 107–116
- ^ Keating, Michael (2009), "Nationalist Movements in Comparative Perspective", The Modern SNP: From Protest to Power, Edinburgh University Press, halaman 214–217
- ^ Alex Salmond to pay tribute to late academic Ailsa McKay
- ^ Frans Schrijver (2006). Regionalism After Regionalisation: Spain, France and the United Kingdom. Amsterdam University Press. halaman 261–290. ISBN 978-90-5629-428-1.
- ^ "About Us".
- ^ a b Eve Hepburn (18 October 2013). New Challenges for Stateless Nationalist and Regionalist Parties. Routledge. m/s. 9. ISBN 978-1-317-96596-1.
- ^ a b Bob Lingard (24 July 2013). Politics, Policies and Pedagogies in Education: The Selected Works of Bob Lingard. Routledge. m/s. 120. ISBN 978-1-135-01998-3.
- ^ Scotland to campaign officially to remain in the EU.
The Guardian [online]. Published 3 March 2016. Retrieved 15 June 2016. Author - Severin Carrell. - ^ Robert Garner; Richard Kelly (15 June 1998). British Political Parties Today. Manchester University Press. m/s. 187. ISBN 978-0-7190-5105-0.
- ^ Ari-Veikko Anttiroiko; Matti Mälkiä (2007). Encyclopedia of Digital Government. Idea Group Inc (IGI). m/s. 398. ISBN 978-1-59140-790-4. Dicapai pada 18 July 2013.
- ^ Josep M. Colomer (25 July 2008). Political Institutions in Europe. Routledge. m/s. 26. ISBN 978-1-134-07354-2.
- ^ Ibpus.com; International Business Publications, USA (1 January 2012). Scotland Business Law Handbook: Strategic Information and Laws. Int'l Business Publications. m/s. 29. ISBN 978-1-4387-7095-6.
- ^ "Local Council Political Compositions". Keith Edkins. 3 February 2017. Dicapai pada 16 February 2017.