Plastingia naga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Chequered Lancer
Plastingia naga 805.png
Plastingia naga
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Artropoda[1]
Subfilum: Hexapoda[1]
Kelas: Serangga[1]
Order: Lepidoptera[1]
Superkeluarga: Hesperioidea[1]
Keluarga: Hesperiidae[1]
Genus: Plastingia[1]
Spesies: P. naga[1]
Nama binomial
Plastingia naga
(de Niceville, 1884)[2]
Sinonim
  • Hesperia naga
    de Nicéville, [1884]
  • Plastingia palawata
    Staudinger, 1889
  • Plastingia valenia
    Fruhstorfer, 1909[3]
  • Plastingia naga valenia
    Fruhstorfer, 1909

Plastingia naga atau Chequered Lancer, Silver-spot Lancer[1], adalah kupu-kupu yang termasuk dalam kelompok keluarga Hesperiidae dan sub-keluarga Hesperiinae. Ia mempunyai lebar sayap sekitar 33–38 mm.[2][4]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Plastingia naga diandaikan dinamakan sempena naga, yang mana telah disebutkan dalam nama saintifiknya, Plastingia naga. Dalam cerita rakyat Asia Tenggara, naga merujuk kepada makhluk yang dilaporkan mendiami Sungai Mekong di Kemboja dan Thailand. Naga dianggap sebagai simbol dalam agama Buddha, ia mempunyai badan anakonda dan kepala naga. Lagenda mengatakan bahawa ia boleh meludah bola api merah ke langit.[5]

Penerangan[sunting | sunting sumber]

Corak pada bahagian bawah Chequered Lancer terdiri daripada tompok empat segi dan urat hitam di atas warna latar putih kelabu. Bahagian bawah memiliki jalur kuning-bata, kuning pada dasar sayap. Pada bahagian atas sayap hadapan jantan terdapat tompok perang gelap dengan hyaline putih, termasuk dua tompok sel, pada hujung sel dan di atas tompok bulat pada ruang 2. Terdapat juga tompok lain pada ruang 3, 6, dan 7 termasuk juga jalur bukan-hyaline pada ruang 1b. Sayap belakang memiliki jalur sel kuning pucat, kabur dan jalur inter-neural. Betina biasanya lebih besar, lebih gelap dan kurang bertompok berbanding jantan. Tompok pada ruang 7 dan tompok pada sel bawah pada sayap hadapan mungkin tiada. Perut Chequered Lancer adalah berbelang hitam-dan-putih, sementara sesungut memiliki belang keputihan selepas belantan ("club").[2][4][6][5]

Kelompok[sunting | sunting sumber]

Spesies ini mempunyai kelompok taburan yang luas. Ia boleh ditemui dari kawasan Assam sehingga Myanmar, Thailand, Laos, Malaysia, Singapura, Borneo, Indonesia, dan Filipina.[3]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Chequered Lancer lebih suka kawasan teduh dan biasanya ditemui di dalam hutan.[4]

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Spesies ini dikatakan pantas terbang dan biasanya aktif dari waktu pagi sehingga ke petang. Walau bagaimanapun, ia lebih suka untuk berehat di dalam hutan sepanjang hari. Apabila ianya diganggu, kupu-kupu ini terbang dalam kelajuan maksima, tetapi akan sering kembali pada beberapa kawasan kegemarannya untuk berehat dengan sayapnya dilipat tegak.[5]

Tumbuhan utama[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan utama bagi spesies ini adalah Caryota mitis, juga dikenali sebagai Fishtail Palm.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i Savela, Marrku. "Plastingia". Lepidoptera and some other life forms. nic.funet.fi. Dicapai 15 Jun 2013. 
  2. ^ a b c Pisuth Ek-Amnuay. Butterflies of Thailand (edisi 2). m/s. 856. 
  3. ^ a b "Plastingia naga (de Niceville,[1884])". http://yutaka.it-n.jp/. Dicapai 4 Jun 2013.  pautan luar dalam |publisher= (bantuan)
  4. ^ a b c Khew Sin Khoon. A field guide to the Butterflies of Singapore. m/s. 293. 
  5. ^ a b c "Butterfly of the Month"– April 2009 The Chequered Lancer (Plastingia naga)". ButterflyCircle. 11 April 2009. Dicapai 8 Jun 2013. 
  6. ^ A. Steven Corbet and H.M. Pendlebury. The Butterflies of the Malay Peninsula (edisi 4). m/s. 367. 
  7. ^ "ButterflyCircle Checklist - Plastingia naga (Chequered Lancer)". ButterflyCircle. Dicapai 3 Jun 2013.