Pokok Damar Hitam Gajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok Damar Hitam Gajah
frames
Pengelasan saintifik


Pokok Damar Hitam Gajah ialah satu spesies tumbuhan daripada famili Dipterocarpaceae yang berasal dari Borneo, iaitu Sabah, Sarawak, dan Kalimantan. Nama botaninya *Shorea gibbosa Brandis.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Damar Hitam Gajah tumbuh sehingga 50 meter (164 kaki) tinggi, dengan ukuran lilit sebanyak 5 meter (16 kaki 5 inci). Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

  • Batang kayu: Menampilkan akar-akar banir yang ketara, dengan dahan-dahannya terdapat agak tinggi pada batang kayu.
  • Kulit kayu: Berfisur, dengan warna kekelabu-kelabuan di luar dan perang suram di sebelah dalam. Kulitnya meleleh titik-titik damar hitam atau kekuning-kuningan ketika dipotong.
  • Daun: Berbentuk bujur, dengan vena yang ketara.
  • Buah: Berbentuk empat segi panjang, hampir 3 sentimeter panjang, dengan sayap nipis seakan-akan kertas, serta berbulu. Buah yang masak berwarna perang tetapi ketika mentah, mempunyai warna kemerah-merahan sedikit.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.