Pokok Setar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Pokok Setar
frames
Pengelasan saintifik


Pokok Setar [1] atau juga dikenali sebagai pokok Kundang Hutan, atau pokok Kundang Daun Besar[2] merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Bouea macrophylla Griff.[3], [4]

Pokok Setar (Bouea macrophylla Griff.) merupakan asal usal nama bandar Alor Setar[5] adalah daripada nama pokok Setar ini yang tumbuh di sepanjang alor sungai. Pokok Setar kini jarang ditemui di Malaysia dan hanya boleh ditemui di kampung dan ditanam dalam konsep dusun.


Dua jenis pokok Kundang adalah:-

Ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae, dan memiliki kaitan dengan pokok mangga.

Buah mengkal di Jawa. Buah masak bewarna kuning bata.
Bouea macrophylla atau Buah Remia/Setar/Kundang masak dijual di Malaysia

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Daunnya yang masih muda digunakan sebagai ulam. Buahnya berair, rasanya manis-masam.[6] Buah ini boleh langsung dimakan selepas dipetik dari pohonnya.[7] Buah yang muda pula boleh dijadikan sambal, rojak, atau dimakan langsung[8] atau sebagai ulam-ulaman.[9] Kayunya boleh digunakan untuk membuat sarung keris dan daunnya digunakan untuk ubat.[6]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]