Sambal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sambal
Sambal terasi yang disajikan dengan bawang putih dan limau nipis
Sambal belacan.
Tempat asalJawa Tengah, Jawa (kini dalam  Indonesia)[1]
Bahan utamaCili, bawang putih, bawang merah, tomato, garam, cuka, belacan
Tenaga makanan
(per hidangan)
100 kcal (419 kJ)
di Wikibuku Buku Masakan: Sambal  Media berkenaan di Wikimedia Commons Media: Sambal

Sambal (Jawi: سمبل pinjaman bahasa Jawa: ꦱꦩ꧀ꦧꦼꦭ꧀, translit. sambêl)[2] ialah bumbu pedas berasaskan cili yang dikisar, ditumbuk, dilenyek atau dilumat sehingga hancur biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka, dan belacan.

Ia salah satu hidangan istimewa yang wujud serata rantau Nusantara merangkumi Indonesia, Malaysia dan Singapura. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah. Sambal boleh tersedia dalam bentuk dibungkus (dalam botol atau sacet aluminium) siap untuk dimakan mahupun umumnya dijual di warung dan pasar-pasar.

Istilah[sunting | sunting sumber]

Sambal terbahagi kepada dua jenis iaitu sambal kisar dan sambal hiris. Sambal kisar juga dikenali sambal tumbuk teksturnya cili akan lebih halus dan lembut,manakala sambal hiris pula cili yang dihiris kemudian sama ada ditumis ataupun digaul dengan cuka dan potongan bawang secara mentah.

Bahan-bahan[sunting | sunting sumber]

Sambal belacan yang ditumbuk menggunakan lesung batu

Lada yang paling biasa digunakan untuk sambal adalah seperti yang berikut:

  • Adjuma atau habanero: Ia ialah sejenis paprika kecil yang rasanya sangat pedas dan biasanya berwarna kuning.
  • Cili: Warnanya biasa merah dan rasanya sangat pedas. Banyak paprika yang rupanya mirip dengan cili.
  • Madame Jeanette: Cili yang sangat pedas tetapi berbau harum, dengan warnanya kuning atau hijau muda.
  • Cili padi: Cili kecil yang sangat pedas dan yang berwarna merah atau hijau.
  • Lombok: Bentuknya panjang dan warnanya merah atau hijau. Rasanya biasanya tidak sepedas cili padi.

Sebelum Pertukaran Columbus yang memperkenalkan cili ke kepulauan Nusantara abad ke-16, cabai jawa, halia dan lada hitam bahan pemedas utama dalam resipi masyarakat Jawa sementara andaliman lebih digunakan di Sumatera Utara.[3]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Sambal mempunyai kekonsistenan yang lebih pekat dan mengandungi lebih banyak rempah. Sambal dapat berbeza-beza antara kurang pedas sehingga sangat pedas. Terdapat beberapa jenis kelainan, termasuklah:

Sambal asam
Sambal ini mirip dengan sambal belacan dan mengandungi asam, biasanya asam jawa.
Sambal bajak
Cili untuk sambal ini digoreng dengan minyak, dan ditambahkan bawang putih, belacan dan ramuan-ramuan yang lain.
Sambal balado (samba lado)
Berasal daripada suku Minangkabau, cili digoreng dengan minyak, bawang putih, bawang merah atau bawang bombay, tomato, garam dan limau nipis.[4] Tidak dihidangkan berasingan tapi sebaliknya lebih kepada asas suatu lauk.[5]
Sambal belacan
Sambal ini mengandungi belacan atau udang yang dilumatkan. Sambal ini juga dapat digabungkan dengan bahan-bahan yang lain, seperti kangkung untuk menghasilkan sambal kangkung, dengan sotong untuk menghasilkan sambal sotong, dan dengan telur untuk menghasilkan sambal telur.
Sambal bongkot
Sambal khas dari Bali dengan campuran rasa manis, masam, dan pedas, dibuat dengan batang bunga kantan, bawang merah, cili, belacan bakar, gula, garam, dan perahan limau nipis.[6]
Sambal goreng
Sambal ini berasa manis yang berbeza daripada sambal lain. Ia mengandungi kacang, ikan bilis, kentang, tempe dan kepingan soya kering yang dimasak bersama kicap soya. Makanan ini terkenal di kalangan masyarakat Jawa.
Sambal Jeruk
Sambal ini mengandungi cili hijau dan limau nipis.
Sambal lu'at
Sambal berasal dari Nusa Tenggara Timur dibuat dari cili, limau nipis, daun siba, dan daun kemangi.[7] Sambal ini biasa disantap dengan daging se'i dan jagung bose.[8] Terdapat juga resipi sambal lu'at yang dimasak dengan akar buluh.[9]
Sambal Kacang
Sambal ini mengandungi kacang tanah dengan rasa pedas manis. Mungkin ditambah ikan bilis (seperti di Kepulauan Riau).[5]
Sambal kemiri
Sambal ini mengandungi buah keras, khas di Jakarta[5]
Sambal Manis
Rasa sambal ini yang mengandungi cili, bawang dan gula agak manis.
Sambal Pencit
Sambal ini dicampurkan dengan hirisan-hirisan buah mangga muda (bahasa Jawa: pencit).
Sambal Setan
Sambal ini amat pedas kerana menggunakan Cili Madame Jeanette.
Sambal Tempoyak
Sambal ini khusus kepada Semenanjung Malaysia dan Sumatera,[10][5] terutama Sumatera Barat, Sumatera Selatan, Bengkulu dan Lampung. Ia menggunakan tempoyak sebagai perasa utama selain bahan sambal.
Sambal Tomato
Sambal ini dicampur dengan tomato, baik yang dihiris kecil-kecil atau dilumatkan.
Sambal terasi
Sambal yang didapati di Jawa Timur[5] tersebar sejauh Belanda.[11] ini mempunyai rasa lebih masam berbanding sambal belacan; ia mengandungi cili merah dan hijau, belacan, gula, garam, dan limau nipis.
Sambal Udang
Sambal ini mengandungi cili yang digoreng dengan minyak, bawang putih dan udang.
Sambal Ulek (Oelek)
Sesetengah resepinya juga menggunakan garam dan limau nipis.
Sambal Pedas Pedas
Sambal Ulek yang ditingkatkan kepedasannya.
Sambal Pehek
Sambal ini menggunakan cili padi atau cili api yang ditumis bersama campuran lain sehingga masak. Lazimnya, sambal ini mampu bertahan lama kerana kandungannya yang mudah dan minyak yang banyak.
Sambal Bacang/ Macang
Sambal ini menggunakan buah bacang, cili, belacan dan bawang.
Sambal Hitam Belimbing Buluh
Sambal ini menggunakan belimbing buluh, ikan bilis, cili api, cili merah, bawang besar.
Sambal Budu
Sambal ini menggunakan budu, cili api, limau kasturi, air asam jawa, bawang putih, bawang merah dan gula.
Sambal Kuini
Sambal ini menggunakan buah kuini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sejak Kapan Masyarakat Indonesia Mengonsumsi Sambal?". KOMPAS. Dicapai pada 23 June 2019.
  2. ^ Rujuk:
    • Faldela Williams (1988). Cape Malay Cookbook. Struik. m/s. 58. ISBN 9781868255603.
    • en Roorda, Gericke (1901). "sambêl". Javaansch-Nederlandsch Handwoordenboek. 18: SaDha–SaNga. E. J. Brill: Leiden, Belanda. m/s. 1: 874 – melalui Sastra Jawa kelolaan Yayasan Sastra Lestari. KN. een toespijs bij de rijst, een mengsel van gemalen spaansche peper, zout en trasi...
  3. ^ Raudatul Adawiyah Nasution (16 Mei 2021). "Jauh Sebelum Portugis Membawa Cabai, Sambal Sudah Jadi Tradisi di Nusantara". TEMPO. Dicapai pada 8 Mei 2023.
  4. ^ "Balado". Indonesia Eats (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Julai 2018.
  5. ^ a b c d e Surya, Reggie; Tedjakusuma, Felicia (2022). "Diversity of sambals, traditional Indonesian chili pastes". Journal of Ethnic Foods. 9 (25). doi:10.1186/s42779-022-00142-7.
  6. ^ "Sambal Bongkot, Masakan Bali yang Menggoyang Lidah". Greatness Indonesia. 6 Ogos 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-16. Dicapai pada 11 Februari 2020.
  7. ^ "Pedasnya Sambal Luat Khas NTT Berikan Sensasi Lidah Terbakar". Okezone Lifestyle. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  8. ^ Destriyana. "Se'i, daging asap khas Nusa Tenggara Timur". Merdeka (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Julai 2018.
  9. ^ "Lakoat Kujawas: Comfort Food and Literature from the Heart of Timor - Indonesia Expat". Indonesia Expat (dalam bahasa Inggeris). 2017-04-11. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  10. ^ Ni Luh Made Pertiwi (2012-10-14). "Pepes Ikan dengan Sambal Durian". KOMPAS. Dicapai pada 1 Julai 2018.
  11. ^ Brissenden, Rosemary (2007). Southeast Asian Food: Classic and Modern Dishes from Indonesia, Malaysia, Singapore, Thailand, Laos, Cambodia and Vietnam (dalam bahasa Inggeris). Periplus Editions (HK) Limited. ISBN 9780794604882.