Pollock

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rencana ini ialah mengenai ikan dalam genus Pollachius. Untuk pollock Alaska dan Norway, sila lihat Theragra. Untuk kegunaan lain, sila lihat Pollock (disambiguasi).

Pollock
Pollachius pollachius aquarium.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Gadiformes
Keluarga: Gadidae
Genus: Pollachius
Nilsson, 1832

Pollock (turut dieja pollack; sebutan /ˈpɑːlək/) adalah nama yang biasa digunakan untuk salah satu daripada dua spesies ikan laut dari Atlantik Utara dalam genus Pollachius ("P."). Kedua-dua P. pollachius dan P. virens biasanya dirujuk sebagai pollock. Nama-nama lain untuk P. pollachius termasuklah pollock Atlantik, pollock Eropah, lieu jaune, dan lythe; manakala P. virens iturut dikenali dengan Boston blues (berbeza dengan bluefish), coalfish (atau coley), silver bills atau saithe.

Spesis[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini terdapat dua spesies diiktiraf dalam genus ini:[1]

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua spesies boleh tumbuh hingga 3 ft 6 in (1.07 m) dan boleh mencapai berat sehingga 46 lb (21 kg). P.virens mempunyai garis sisi perak jelas berlari ke sisi. Di atas garis sisinya, warna hitam kehijauan. Perutnya putih, manakala P.pollachius mempunyai garis sisi jelas berlalun, belakangnya kekelabuan ke perut emas dan perang gelap. P. pollachius juga mempunyai gigitan bawah yang kuat. Ia boleh didapati di dalam air sehingga 100 fatom (180 m) di sebalik batu, dan mana-mana sahaja dalam kolum air. Pollock adalah sejenis "ikan putih".

Ikan yang lain dipanggil pollock[sunting | sunting sumber]

Salah satu daripada genus Gadus juga biasanya dirujuk sebagai pollock. Ini adalah pollock Alaska atau pollock walleye (Theragra chalcogramma) termasuk bentuk yang dikenali sebagai pollock Norway. Manakala berkaitan (mereka juga ahli-ahli famili Gadidae) ke spesies pollock atas, mereka bukan genus Pollachius. Pollock Alaska biasanya bertelur di akhir musim sejuk dan awal musim bunga di tenggara Laut Bering. Pollock Alaska adalah sebahagian besar daripada perikanan komersil di Teluk Alaska.[2]

Perikanan[sunting | sunting sumber]

Penangkapan komersil global pollock dalam juta tan 1950–2010[3]
Jumlah penangkapan pollock pada tahun 2010 yang dilaporkan oleh FAO adalah 3.2 juta tan metrik [3]

Sebagai makanan[sunting | sunting sumber]

Pollock Atlantik adalah sebahagian besarnya dianggap sebagai ikan putih, walaupun ia adalah satu jenis yang agak kuat rasanya. Secara tradisinya sebagai sumber yang popular bagi makanan di sesetengah negara, seperti Norway, di United Kingdom pula sebelum ini telah menjadi sebagai alternatif yang lebih murah untuk ikan kod dan haddock. Walau bagaimanapun, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pollock telah menjadi lebih popular kerana lebihan penangkapan ikan kod dan haddock. Ia kini boleh didapati di kebanyakan pasar raya sebagai filet segar atau barangan beku. Sebagai contoh, cincangnya digunakan dalam jejari ikan atau sebagai bahan dalam daging ketam tiruan.

Disebabkan warnanya yang sedikit kelabu itu, pollock sering disediakan, seperti di Norway, sebagai bebola ikan goreng, atau jika bersaiz kecil, dilapisi tepung roti dengan oat dan digoreng. Ikan tua secara tradisinya dibelah, diasin dan dikering dio atas perdiangan tanah gambut di Orkney, lalu teksturnya menjadi seperti kayu. Ikan juga boleh diasin dan salai dan menjadi warna seperti jingga salmon, seperti yang dilakukan di Jerman yang ikan biasanya dijual sebagai Seelachs' 'atau salmon laut. Di Korea, pollock boleh berulang kali dibekukan dan dicair untuk mewujudkan hwangtae, separuh kering untuk menjadi ko-da-ri, atau sepenuhnya kering dan dimakan sebagai book-o .

Pada tahun 2009, pasar raya ainsbury's di U.K. menamakan semula pollock sebagai 'Colin' dalam usaha untuk menjadikan ikan sebagai alternatif kepada ikan kod.[4] Sainsbury's, yang berkata nama baru berasal dari perkataan Perancis untuk pollock yang dimasak (Colin), melancarkan produk di bawah nama "Colin dan cip boleh menyelamatkan ikan kod British."

Di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, pollock Alaska adalah ikan utama yang digunakan oleh rantaian McDonald dalam sandwic Filet-O-Fish mereka.[5]

Catatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Cod topics Templat:Commercial fish topics