Porpois ambu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Porpois ambu
Gambaran pada stem Indonesia
CITES Appendix I (CITES)[2]
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Infraorder: Cetacea
Keluarga: Phocoenidae
Genus: Neophocaena
Spesies:
N. phocaenoides
Nama binomial
Neophocaena phocaenoides
(G. Cuvier, 1829)

Porpois ambu atau lumba-lumba ambu (Neophocaena phocaenides)[3][4] ialah salah satu daripada lapan spesies porpois. Di bahagian utara Jepun, haiwan ini dikenali sebagai sunameri. Jenis air tawar yang didapati di Sungai Yangtze di China ini digelarkan oleh orang-orang tempatan sebagai jiangzhu atau "babi sungai".

Taburan[sunting | sunting sumber]

Porpois ambu hidup di perairan pinggir laut Asia, khususnya di sekitar India, China, Indonesia, dan Jepun. Jenis air tawar yang unik terdapat di Sungai Yangtze. Taburannya yang paling barat termasuk sepanjang pantai barat India sehingga Teluk Parsi.

Porpois ambu hidup berhampiran dengan pantai di dalam perairan cetek sehingga 50 meter dalam. Perairan tersebut sering mempunyai dasar laut yang lembut atau berpasir. Dalam kes-kes berkecuali, haiwan ini terdapat sehingga 100 batu dari pantai di China Timur dan Laut Kuning, walaupun masih di air cetek.

Huraian fizikal[sunting | sunting sumber]

Porpois ambu hampir langsung tidak mempunyai sirip. Sebaliknya, haiwan ini mempunyai satu rabung rendah yang dilitupi dengan kulit tebal yang mempunyai dentikal seolah-olah gigi kecil. Ini membuktikan bahawa bentuk badan yang dipilih oleh evolusi untuk yu, lumba-lumba, dan porpois bukannya bentuk badan tunggal yang mungkin bagi haiwan laut.

Porpois ambu dewasa mempunyai warna kelabu muda yang seragam. Kebanyakan bayi haiwan ini berwarna hitam dengan warna kelabu di sekeliling kawasan rabung dorsal. Bagaimanapun, warna haiwan ini menjadi kelabu selepas 4 - 6 bulan. Haiwan dewasa ini boleh mencapai 1.55 meter panjang. Haiwan jantan menjadi matang tentang seks antara 4.5 - 9 tahun, berbanding dengan haiwan betina yang mencapai kematangan antara 3 - 7 tahun. Porpois ambu makan berbagai-bagai ikan, udang, serta sefalopod, atau apa-apa sahaja yang ada.

Pemuliharaan[sunting | sunting sumber]

Tidak terdapat data yang mencukupi untuk memasukkan porpois ambu dalam senarai spesies terancam, kecuali di China di mana haiwan ini benar-benar terancam. Kecendurungan haiwan ini untuk hidup berhampiran dengan pantai mendedahkannya kepada bahaya kegiatan menangkap ikan. Banyak porpois ambu dibunuh setiap tahun oleh jala-jala atau mata kail yang ditempatkan di seberang sungai-sungai.

Tidak terdapat juga anggaran-anggaran yang baik untuk bilangan porpois ambu yang masih hidup. Bagaimanapun, perbandingan antara dua tinjauan, satu pada lewat 1970-an dan yang lain itu pada tahun 1999/2000, menunjukkan kemerosotan bilangan dan taburan haiwan ini. Ahli sains mempercayai bahawa kemerosotan ini telah berlangsung selama berdekad-dekad dan bilangannya yang terkini hanya merupakan sebahagian kecil daripada bilangan sejarahnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wang, J.Y.; Reeves, R. (2017). "Neophocaena phocaenoides". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T198920A50386795. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T198920A50386795.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ "Appendices | CITES". cites.org. Dicapai pada 2022-01-14.
  3. ^ Mohd Lazim bin Mohd Saif, Conservation and Management of Endangered Species: Marine Mammals (PDF), Turtle and Marine Ecosystem Center (TUMEC), dicapai pada 26 Januari 2024
  4. ^ Ekosistem-Ekosistem Di Sabah (PDF). Jabatan Hidupan Liar Sabah. 2003. m/s. 34. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 November 2011. Dicapai pada 10 Januari 2013.