Pergi ke kandungan

Portal:Sains komputer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PORTAL SAINS KOMPUTER

Portal Sains komputer

Selamat datang ke Portal Sains komputer! Kami sedang giat mengumpulkan sukarelawan untuk mengembangkan portal ini. Anda dialu-alukan untuk mencipta dan menyunting seberapa banyak rencana yang boleh untuk dimuatkan dalam ruangan Rencana pilihan kami. Jika anda ingin menyumbang, sila lihat Kerjasama bulan ini.

Pengenalan Sains komputer

Sains komputer ialah satu kajian terhadap asas teori maklumat dan pengiraan serta pelaksanaan dan penggunaannya di dalam sistem komputer. Terdapat banyak bidang yang berkembang luas di bawah disiplin ilmu sains komputer; sebilangannya menekankan pengiraan hasil-hasil tertentu (seperti grafik komputer), manakala sebilangan yang lain pula (seperti teori kerumitan pengiraan) berkait dengan ciri-ciri masalah pengkomputeran. Ada juga bidang yang memfokuskan terhadap cabaran-cabaran dalam melaksanakan pengiraan berkomputer. Sebagai contoh, kajian teori bahasa pengaturcaraan mengambil pendekatan dengan menggambarkan suatu pengiraan, manakala pengaturcaraan komputer pula menggunapakai bahasa pengaturcaraan tertentu untuk menyelesaikan beberapa masalah pengiraan yang konkrit.

Rencana pilihan

Mesej ralat HTTP 404', 404 Not Found, 404, Page Not Found, atau Server Not Found adalah kod respons standard Hypertext Transfer Protocol (HTTP), dalam komunikasi rangkaian komputer, untuk menunjukkan bahawa penyemak imbas dapat berkomunikasi dengan pelayan tertentu, tetapi pelayan tidak dapat menemui apa yang diminta. Kesalahan itu juga dapat digunakan ketika pelayan tidak ingin mengungkapkan sama ada ia mempunyai maklumat yang diminta.

Biografi pilihan

Charles Babbage (26 Disember 179118 Oktober 1871) adalah seorang ahli matematik, ahli falsafah analisis, jurutera jentera dan ahli (proto-) sains komputer Inggeris, yang memulakan idea tentang komputer boleh atur cara. Sebilangan bahagian mekanismenya yang belum siap kini dipamerkan di Muzium Sains London. Pada 1991, sebuah enjin beza yang dibina berdasarkan pelan asal Babbage pada toleransi yang mampu tercapai pada abad ke-19 berfungsi dengan sempurna, dan membuktikan bahawa mesin Babbage boleh jalan. Sembilan tahun kemudian, Muzium Sains menyelesaikan pencetak Babbage yang telah direka bentuk untuk enjin bezanya; kerumitannya adalah mengkagumkan bagi sebuah peranti abad ke-19.

Baca rencana ini...

Arkib biografi pilihan

Gambar pilihan

Gambaran grafik maklumat struktur jaringan WWW pada Wikipedia

Kategori

Tahukah anda...

  • ... bahawa sintaks PHP diilhamkan dari, C, Java, dan Perl?
  • ... bahawa populariti Ruby mengatasi Perl di Jepun?
  • ... bahawa kontroversi penamaan GNU/Linux merujuk kepada perbahasan yang berterusan terhadap nama yang sepatutnya diberikan kepada sistem pengendalian yang dibina dengan menggabungkan GNU dan Linux?
  • ... bahawa ciri keselamatan dalam algoritma penyulitan MD5 dipersoalkan sejak beberapa kelemahan besar ditemui pada tahun 2005?
  • ... bahawa selain Linux, Linus Torvalds juga membangunkan sebuah perisian kawalan versi yang dinamakan Git?

Kerjasama bulan ini

Bina:

Kembangkan:

Sila ke Kamus Istilah KaryaNet untuk rujukan istilah.

Portal berkaitan

Wikimedia Berkaitan

  1. LENCONG

Portals?

Purge server cache