Portal:Sains

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


PORTAL SAINS

PORTAL SAINS

Icon

Sains, (bahasa Latin; "scire") merupakan ilmu yang dicipta melalui pemerhatian, hipotesis, eksperimen, dan logik yang mana bertujuan untuk menerangkan dan menjangkakan sesuatu kajian. Pemerhatian, eksperimen, dan alasan yang kritikal memberikan peranan yang besar dalam kepentingan kemajuan ilmu sains. Satu disiplin kebanyakannya boleh dianggap sebagai satu sains. Jika para pengamal mengaplikasikan 'cara saintifik' merujuk kepada falsifikasionis. Ini melibatkan pembentukan satu hipotesis, diikuti percubaan untuk mengesahkan kajian melalui pemerhatian, hipotesis, eksperimen, dan logik. Hipotesis yang telah diuji daripada pelbagai keadaan dan masih lagi dapat bertahan, secara tepatnya diterima sebagai satu anggaran kepada kebenaran, dan memperoleh status teori; pemerhatian masa depan mungkin boleh mengenepikannya.

Rencana pilihan

New Horizon

New Horizons ialah sebuah prob angkasa lepas antara planet yang telah dilancarkan di bawah program New Frontiers oleh NASA. Ia dibina oleh Makmal Fizik Gunaan (APL) Universiti Johns Hopkins dan Institut Kajian Barat Daya (SwRI) dengan kumpulan yang diketuai oleh S. Alan Stern. Kapal angkasa ini telah dilancarkan untuk mengkaji Pluto, bulan-bulannya serta lingkaran Kuiper; ia akan melakukan lintas terbang melalui sistem Pluto dan beberapa objek lingkaran Kuiper (KBO) yang lain.

Biografi pilihan

Carl Linnaeus

Carl Linnaeus (dilatinkan sebagai Carolus Linnaeus, gelaran kebangsawanan dari Sweden Carl von Linné), (12 Mei 1707 – 10 Januari 1778) ialah seorang ahli botani, fizik dan zoologi berbangsa Sweden yang mendirikan asas kepada skim tatanama binomial moden. Beliau dikenali sebagai bapa kepada taksonomi moden, serta juga dianggap sebagai seorang perintis ilmu ekologi moden. Linnaeus lahir di perkampungan Småland, di kawasan selatan Sweden. Bapanya merupakan orang pertama sepanjang salasilah keluarganya yang menggunakan nama keluarga yang tetap; sebelum itu, nenek moyangnya menggunakan sistem penamaan patronimik bangsa-bangsa Skandinavia (serupa dengan nama Melayu). Bapanya menggunakan nama kelatinan Linnaeus bersempena pokok linden di halaman rumah keluarganya. Linnaeus menerima kebanyakan pendidikan tingginya di Universiti Uppsala dan mula mensyarah ilmu botani di situ pada tahun 1730. Beliau berdiam di luar negeri dari tahun 1735–1738, di mana beliau mengkaji dan juga menerbitkan edisi pertama Systema Naturae di Belanda. Sekembalinya di Sweden, beliau menjadi profesor botani di Uppsala. Pada 1740-an, beliau mengembara ke merata Sweden untuk mencari dan menggolongkan jenis tumbuhan dan haiwan. Pada 1750-an dan 60-an, beliau terus mengumpul dan menggolongkan haiwan, tumbuhan dan bahan galian, lalu menerbitkan beberapa jilid penyelidikan lagi. Ketika saat ajalnya, beliau dikenali di seluruh Eropah sebagai salah seorang ahli saintis yang tersohor ketika itu.

Gambar pilihan

Stagg Field reactor.jpg

Chicago Pile-1 (CP-1) ialah reaktor nuklear pertama di dunia. Pembinaan CP-1 merupakan sebahagian daripada The construction of CP-1 was part of the Projek Manhattan, dan dilakukan oleh Metallurgical Laboratory (Met Lab) di Universiti Chicago. Ia dibina di bawah tangga kambing barat Stagg Field. Tindak balas rantai nuklear buatan manusia pertama dimulakan pada T2 Disember 1942 dibawah penyeliaan Enrico Fermi.

Tahukah Anda...

Sagan large2.jpg

...bahawa drupe yang sama dalam lada hitam boleh digunakan bagi menghasilkan lada putih, lada hitam, dan lada hijau?
...bahawa drupe ialah jenis buah yang isi luar (exocarp atau "kulit" dan mesocarp atau "isi") mengelilingi endocarp yang keras dengan biji benih di dalamnya?
...bahawa walaupun manusia mempunyai tiga appendix, yang biasa disebut ialah vermiform appendix?
...bahawa cuaca Precambrian akhir biasanya sejuk dengan glasiar melitupi sebahagian besar muka bumi?
...bahawa Carl Sagan, ahli sains popular, menghisap ganja?

Sains Media

Scientific American merupakan majalah sains popular , diterbitkan secara bulanan sejak 28 Ogos, 1845, menjadikan ia terbitan majalah berkala paling lama di dalam Amerika Syarikat. Ia membawa artikel-artikel tentang penyelidikan baru dan inovatif kepada penonton amatur dan biasa.

Modern Marvels title credits.jpg


Modern Marvels merupakan program pertunjukan dalam saluran The History Channel yang memaparkan bagaimana banyak benda di dalam dunia moden boleh berlaku, dan dari mana mereka datang. Pertama kali dipaparkan dalam tahun 1998, Modern Marvels telah mengeluarkan lebih daripada 300 episod saintifik, teknologi, dan mekanik yang mempunyai kepelbagaian daripada gasolin hingga kepada tembok Berlin hingga kepada aircraft carrier hingga kepada Lebuhraya Alaska/Alcan kepada perikanan komersial. Bagaimanapun, tidak seperti pertunjukan sains dan teknologi lain , Modern Marvels menumpu kepada bahagian signifikan pada episod sejarah subjek berkenaan.

Perkara Yang Anda Boleh Bantu

Bantulah mengembangkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sains. Anda juga boleh memuatkan rencana-rencana yang berkaitan dengan sains sekiranya rencana tersebut masih belum wujud.

Penyumbang

Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan sains, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.

Che090572

Didie

Aurora

Yosri

Rachun Dunia (bincang) 04:16, 14 Oktober 2017 (UTC)

Kategori

Wikimedia Berkaitan

Wikibuku  Wikikamus  Wikiberita  Wikipetikan  Wikisumber  Wikiversity  Wikimedia Commons  Wikivoyage  Wikidata 
Buku Kamus Berita Petikan Teks Sumber pelajaran Imej dan media Panduan kembara Pangkalan data
Wikibooks-logo.svg
Wiktionary-logo.svg
Wikinews-logo.svg
Wikiquote-logo.svg
Wikisource-logo.svg
Wikiversity-logo.svg
Commons-logo.svg
Wikivoyage-Logo-v3-icon.svg
Wikidata-logo.svg

Portal-portal

Purge server cache