Prianti Nur Ramadhani binti Priya Ramadhani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nia Ramadhani
Nia Ramadhani 1.jpg
Kelahiran Prianti Nur Ramadhani binti Priya Ramadhani
(1990-04-16) 16 April 1990 (umur 27)
Jakarta, Indonesia Indonesia
Warganegara Indonesia
Nama lain Nia Ramadhani
Pekerjaan
Tahun aktif 2003-kini
Pasangan Anindra Ardiansyah Bakrie (berkahwin 2010)
Anak Mikhayla Zalindra Bakrie (lahir 2012)
Mainaka Zanatti Bakrie (lahir 2015)
Ibu bapa
  • Priya Ramadhani (bapa)
  • Chanty Mercia (ibu)
Saudara
  • Thalita Ramadhani (kakak)
  • Wawan Ramadhani (kakak)

Nia Ramadhani atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani binti Priya Ramadhani (lahir di Jakarta, 16 April 1990; umur 27 tahun) merupakan seorang pelakon di Indonesia berdarah Sunda. Nia dan kakaknya, Thalita Ramadhani dibesarkan oleh ibunya, Chanty Mercia setelah kedua orang tua mereka bercerai ketika Nia berumur 4 tahun. Nia Ramadhani juga pernah rapat dengan anggota daripada peribadi Peterpan yang ketika ini di penjara, Ariel [perlu rujukan].

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nia memulakan kerjayanya di dunia lakonan sejak usianya menjangkau 15 tahun. Namanya mula dikenali ketika membintangi drama "Bawang Merah Bawang Putih". Dalam drama ini, Nia berlakon bersama dengan aktor veteran seperti Dwi Yan, Lidya Kandou, Neena Rosier serta pelakon remaja Dimaz Andrean Hardy dan Revalina S Temat. Sehingga pada tahun 2007, Nia telah berlakon lebih daripada 10 buah drama. Dari kejayaan beliaulah, Nia diberi kepercayaan untuk berlakon di layar perak. Pada tahun 2007, Nia bersama-sama dengan pelakon-pelakon remaja yang lain seperti Mike Lewis, Donita, Eva Anindita dan Lia Waode menjayakan sebuah filem seram bertajuk "Suster Ngesot" arahan Arie Aziz. Dalam filem pertamanya, pemilik wajah cerah ini diarah untuk melakukan adegan ciuman dengan artis baru, Mike Lewis, seorang model kacukan Kanada. Setelah berlakon dalam Suster Ngesot, Nia berlakon lagi dalam filem seram, Hantu Jembatan Ancol (2008) dan berketerampilan seksi dengan memakai bikini. Bahkan ibundanya menyatakan bahawa dia tidak suka dengan 'penampilan terbuka' Nia.[1][2] Dalam pada tahun yang sama, Nia berlakon dalam filem seram juga Kesurupan. Menjelang penayangan filem ini, di Internet tersebar gambar-gambar Nia memakai bikini bergambar bersama dengan beberapa lelaki di kolam renang. Namun, kekecohan tersebut hanya dijawab secara spontan oleh Nia dan dia menyatakan wajar memakai bikini di kolam renang.[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Nia pernah menjalin hubungan dengan penyanyi R&B, Ressa Herlambang, namun hubungan mereka tidak kekal lama. Nia juga pernah menjalinkan hubungan dengan Bambang Reguna Bukit atau yang lebih dikenali sebagai Bams, salah seorang ahli kumpulan muzik Samsons. Hubungan mereka pula tidak berkekalan dan diwarnai dengan isu terdapat orang ketiga.[4][5] Setelah itu Nia dikhabarkan rapat dengan anak lelaki bongsu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono,[6] dan juga dengan anak saudara calon gabenor Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo, Adnan Puritcha Ichfan Yasin Limpo.[7]

Nia kini telah berkahwin pada usia yang muda (20 tahun), dengan seorang pengerusi utama stesen televisyen, tvOne, Ardiansyah Bakrie[8], yang juga merupakan anak kepada Aburizal Bakrie, seorang pengusaha dan ahli politik Indonesia yang terkenal. Perkahwinan tersebut telah diadakan pada 1 April 2010. Setelah berkahwin dengan Ardi Bakrie, Nia memutuskan untuk berhenti dari dunia hiburan. Pada Oktober 2010, Nia dengan rasminya menukar namanya kepada Ramadhania Ardie Bakrie. Anak pertama Nia dilahirkan pada 2 Jun 2012 dan diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie.

Sinetron[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]


Video klip[sunting | sunting sumber]

Komedi[sunting | sunting sumber]

Iklan[sunting | sunting sumber]

  • Permen Bonkies
  • Kacang Yes
  • Frutitamin
  • Permen Lotte
  • Biskuit Khong Guan
  • Shampoo Sunsilk
  • Bank BTN Syariah
  • Bank BII
  • Bank BNI
  • Komix Obat Batuk
  • XL Ramadhan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Amyra Rosli