Projector Band

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Projector Band
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenrePop rock, slow rock
PekerjaanVokal, Pemuzik
Tahun aktif2016 - kini
Syarikat rakaman
MAP Music
Laman sesawang
Projector Band Official facebook.com
AhliIskandar Dzulqarnain (Penyanyi utama)
Razif (Gitar utama)
Isnaidi (Gitar kedua)
Ahmad Khusairi (Gitar bass)
Syafiq(Dram)

Projector Band ialah kumpulan muzik rock Malaysia yang berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor. Projector Band mula muncul di industri muzik Malaysia dengan single hangat mereka "Sudah Ku Tahu" pada tahun 2016.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Projector Band menonjolkan penampilan yang sederhana meskipun sudah popular dengan single-single mereka. Keunikan kumpulan ini ialah ketika verse lagu mereka, mereka akan bernyanyi slow note kemudian ke chorus pula mereka akan high note. Mereka juga anak didik gitaris Kumpulan Khalifah iaitu Harry. Gitaris kumpulan ini iaitu Razif juga mampu mencipta dan menulis sesebuah lagu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pembetukan (2013-2016)[sunting | sunting sumber]

Projector Band ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Nama Projector (kini Projector Band) di cetuskan dari Ahmad Khusairi iaitu bassist kumpulan ini yang merupakan tulang belakang band ini. Pada asalnya, Projector Band hanya mempunyai 3 orang ahli kumpulan iaitu Iskandar atau lebih mesra dipanggil Is (Vokalis), Razif atau Angah (Gitar utama), Ahmad Khusairi atau Mat (Gitar bass), [1] Kemudian mereka tambah lagi dua orang ahli iaitu Isnaidi atau lebih mesra dipanggil Eddy (Gitar kedua) dan Syafiq atau Apit (Drum). Pada tahun 2014, mereka memuat naik video pertama mereka di YouTube, video tersebut ialah mereka menyanyikan lagu "Sudah Ku Tahu".

(2016 - kini)[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Disember 2015, Projector Band dengan rasminya telah di lamar oleh syarikat rakaman Map Music untuk merakamkan single pertama mereka "Sudah Ku Tahu" untuk dimasukkan ke corong-corong radio.

Selepas itu, bermula bulan Februari "Sudah Ku Tahu" dikeluarkan ke corong-corong radio, Projector Band mula mendapat perhatian rakyat Malaysia dengan lagu "Sudah Ku Tahu" kerana melodi lagu ini seakan seperti lagu balada tahun 90'an dan penghayatan vokalis kumpulan ini membawa lagu ini dengan sungguh baik. Lagu "Sudah Ku Tahu" mulai tular dan disambut hangat di corong-corong radio, mengungguli kebanyakan carta corong-corong radio di Malaysia dan banyak tontonanya di Youtube hingga mencecah 20 juta tontonan pada Januari 2017 .Lagu ini berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan memenangi tempat ke-3 pada malam tersebut. Selepas hangat dengan single pertama mereka "Sudah Ku Tahu, mereka muncul dengan single kedua mereka iaitu "Pasti Ada Kamu" dikeluarkan ke corong-corong radio awal bulan Disember 2016.

Anggota Kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Iskandar Zulkarnain Shafin atau Is (Penyanyi utama)
  • Razif Zainuddin atau Razif (Gitar utama)
  • Isnaidi Eidham Razali atau Eddy (Gitar kedua)
  • Ahmad Khusairi Saferi atau Mat (Gitar bass)
  • Syafiq Zainuddin atau Apit (Dram)[2]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Kedudukan Tertinggi Nota
ERA
[3]
Hot FM
[4]
Muzik Muzik
[5]
JOOX
[6]
2016 "Sudah Ku Tahu" 1 1 1 1
"Pasti Ada Kamu" 30 2 12 1
2017 "Aishah" 4 1 2 1
"Meskipun Kau Tahu" 13 6 6 2
2018 "Setia Menantimu"
2019 "Cinta Kita" 23
"Akhirnya Ku Tahu"

Single lain[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Catatan
2016 Sudah Ku Tahu Raya
Drink It Yourself
2018 Percaya Hati Duet bersama Eka Sharif
Rakan Teman Aidifitri Bersama Eka Sharif, Ashral Hassan, Iqmal Haziq, dan Emy Mentor.

Anugerah dan Pencalonan[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik (AIM)
Tahun Kategori Lagu Album Keputusan Tewas Kepada
2016 (AIM22) Artis Baru Terbaik
Dicalonkan Syamel
Lagu Strim Paling Tinggi "Sudah Ku Tahu" Menang
Video Muzik Malaysia Paling Popular di YouTube Menang

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu
Tahun Lagu Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2016 (AJL 31) Sudah Ku Tahu Razif Razif Terbuka Menang
  • Tempat Ketiga
Lain-lain
Tahun Anugerah Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Kolaborasi Duo/Berkumpulan Popular Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]