Pergi ke kandungan

Anugerah Juara Lagu ke-31

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anugerah Juara Lagu
ke-31
Tarikh22 Januari 2017
TempatDewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
PengacaraFara Fauzana
Sarimah Ibrahim
Awal Ashaari
Fizie
PenerbitNurhul Huda Khalid
Ketua JuriAzmeer
PengarahDato' Ramli M. S.
Tempoh Tayangan3 jam
Juara Lagu"Lelaki Teragung"'
Nyanyian: Dayang Nurfaizah
Muzik: Natasyah
Lirik: Iman Imran
Sorotan
Persembahan TerbaikKhalifah
("Hang Pi Mana")
Vokal TerbaikDayang Nurfaizah ("Lelaki Teragung")

Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2016. Tema untuk acara tahun ini ialah "Cerita Dalam Lagu" yang mana ia mengangkat konsep seni kata dan penciptaan lagu yang diinterpretasikan daripada sesebuah cerita.

Separuh Akhir Muzik Muzik

[sunting | sunting sumber]

Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-31, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 31.

Persembahan Selingan

[sunting | sunting sumber]
Artis Persembahan
El Gamma Penumbra & Jaclyn Victor "Gemilang"
Man Bai, Ameng Spring & Ella "Masih Aku Terasa, Sampai Hati, Permata Pemotong Permata & Layar Impian"
(Tribute kepada Mama Juwie & Loloq)

Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.

Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-31:

No Tajuk Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Petikan Album Label
1 "Obses" Hang Nadim[1] & Laq[2] Akim The Majistret "Patriot" [3] Nova Music - Astro Entertainment
2 "Ku Rela Dibenci" A.C.K. Riena Aiman Tino [4];
kemudian dimuatkan dalam "Anugerah Terbaik" (2019) [5]
Aries Music
3 "Anugerah Terindah" Omar K Black Hanifah [6] Seventeen Eleven Music - Monkey Bone
4 "Setia" Faizal Tahir, Mike Chan & Ezra Kong Elizabeth Tan & Awi Rafael (Menggantikan Faizal Tahir) [7] Warner Music - Faithful Music
5 "Kalah Dalam Menang" Syamsul Yusof Mawi & Syamsul Yusof "Runut Bunyi Filem Munafik" [8] Sony Music - Arteffects Productions
6 "Hang Pi Mana" Harry Khalifah Yabang Khalifah Khalifah "Cerita Kita" [9] MVM - Padu Records
7 "Terakhir" Sirkhan & Rinkarnain Sirkhan Sufian Suhaimi [10] Aries Music
8 "Di Amaran Mama" Ajai Ad Samad Hazama & The Penglipur Lara [11] Nova Music - Astro Entertainment
9 "Lelaki Teragung" Natasyah Iman Imran Dayang Nurfaizah [12];
kemudian dimasukkan dalam "Dayang Nurfaizah" (2017) [13]
Indigital Music - DN&AD
10 "Terima Ku Seadanya" Ajai Misha Omar & Hafiz Suip [14] Sony Music - Astro Entertainment
11 "Sudah Ku Tahu" Razif Projector Band [15];
kemudian dimuatkan dalam "Setia Menantimu" (2018) [16]
MAP Music
12 "Selamanya Cinta" Shila Amzah Shila Amzah & Alif Satar "My Journey 心旅" [17] Sony Music- Shila Amzah Entertainment / Shilala (HK) Ltd.

Keputusan

[sunting | sunting sumber]
Senarai Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu Ke-31 (AJL 31)
Anugerah Kedudukan Judul Lagu Komposer Penulis Lirik Penyanyi Ganjaran
Juara Lagu Juara "Lelaki Teragung" Natasyah Iman Imran Dayang Nurfaizah RM 50,000 dan trofi
Naib Juara "Terimaku Seadanya" Ajai Misha Omar & Hafiz Suip RM 35,000 dan trofi
Tempat Ketiga "Sudah Ku Tahu" Razif Projector Band RM 20,000 dan trofi
Persembahan Terbaik "Hang Pi Mana" Harry Khalifah Yabang Khalifah Khalifah RM 12,000 dan trofi
Vokal Terbaik "Lelaki Teragung" Natasyah Iman Imran Dayang Nurfaizah

Jemaah Juri

[sunting | sunting sumber]
  1. Tam Spider
  2. Siso
  3. Habsah Hassan
  4. Datuk Mokhzani Ismail
  5. Pak Ngah
  6. Azlan Abu Hassan
  7. Edrie Hashim
  8. Edry Abdul Halim
  9. Jay Jay

Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.

  • Rata-rata penyanyi yang mara ke AJL edisi kali ini memperlihatkan barisan penyanyi baharu dan buat pertama kali melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu, seperti Sufian Suhaimi, Projector Band, Alif Satar, Aiman Tino, Syamsul Yusof dan Khalifah.
  • Dayang Nurfaizah merupakan artis senior memasuki Anugerah Juara Lagu. Dayang pertama kali menyertai semasa AJL-16 (2001) dan memenangi kategori balada dengan lagu "Seandainya Masih Ada Cinta".
  • Edisi kali juga memperlihatkan penyanyi yang pernah memenangi kategori Vokal Terbaik iaitu Misha Omar (2003 & 2004), Black Hanifah (2009), Hafiz Suip (2010 , 2011 & 2012) dan Dayang Nurfaizah (2014 & 2015).
  • 3 band/kumpulan berjaya ke pentas akhir AJL iaitu Projector Band, Khalifah dan Akim & The Majistret.
  • Lagu "Kalah Dalam Menang" (Mawi & Syamsul Yusof) merupakan lagu tema (OST) filem Munafik. Lagu ini mengulangi sejarah lagu "Gelisah Mimpi" (AJL-17) yang merupakan OST filem KL Menjerit, "Pulangkan" (AJL-19) yang merupakan OST filem Pontianak Harum Sundal Malam , "Ku Seru" (AJL-21) yang merupakan OST filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 dan "Ombak Rindu" (AJL-27) yang merupakan OST filem Ombak Rindu.
  • Lagu "Lelaki Teragung" (Dayang Nurfaizah) merupakan lagu tema (OST) drama 7 Hari Mencintaiku yang masih dalam tayangan semasa Separuh Akhir Muzik-Muzik 31 dan berjaya meraih Juara Lagu dan Vokal Terbaik sekaligus menjadi lagu runut bunyi drama kedua yang memenangi Juara Lagu selepas lagu "Potret" (Akim & The Majistret) untuk drama Dia Isteri Luar Biasa.
  • Edisi kali ini menyaksikan Hafiz Suip menjadi penyanyi pertama yang berjaya memenangi setiap anugerah utama dan tempat di Anugerah Juara Lagu selepas pemenang mengikut kategori atau genre dimansuhkan. Beliau menjadi juara pada edisi ke-26 (2011) dan ke-28 (2013), naib juara pada edisi ini bersama Misha Omar, tempat ke-3 pada edisi ke-25 (2010) dan ke-27 (2012), vokal terbaik pada edisi ke-26 hingga ke-28 (2011-2013) dan persembahan terbaik pada edisi ke-28 (2013). Beliau kemudian terus melebarkan rekodnya apabila turut memenangi vokal dan persembahan terbaik pada edisi ke-34 (2019).

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]